Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 8 Mac 2012

UG14 - Bunga Larangan (Kisah Aku dan Lagu)


Pagi ini tertiba teringin dengar lagu ni "Bunga Larangan" UG 14.Lantas bila sampai di sekolah ,perkara pertama yang dibuat buka laptop dan jemari mula menaip dan mencari lagu ini.Zaman remaja dulu inilah antara lagu yang halwa telinga ini suka dengar.Waktu lagu ini popular dulu..aku di tingkatan 6.Masa sekolah di Sekolah Ibrahim Fikri dulu. 
Mendengar lagu ini pelbagai raut wajah yang pernah bersama datang silih berganti.Arwah Tokteh dan Ayah Teh..kawan-kawan serta insan-insan yang pernah menciptakan kenangan bersama.Syahdu sungguh bila dengar lagu ini.Memori lama kembali segar diingatan.Peritnya untuk menimba ilmu ..jalan kaki pergi dan balik sekolah.Baca buku dalam gelap ditemani cahaya neon di tepi jalan.Sindiran insan-insan yang tidak memahami. dihimpit masalah .kewangan serta tolak ansur dan pengertian yang sukar diperolehi...Semuanya berlaku dalam masa yang sama.Ketabahan dan keazaman kuat yang ada dalam diri ,masalah diatas cuba diketepikan.Masa itu semangat berkobar untuk membuktikan pada insan-insan yang cuba memperlekehkan keupayaan diri.Cuba untuk menyahut cabaran serta peluang yang diberikan.Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar rintihan hambanya..Cahaya kabur kini terang dan bersinar.
Lagu ini menjadi kenangan kerana bila waktu petang balik sekolah lagu ini yang selalu di dengar dicorong-corong radio.Ada juga dinyayikan oleh seseorang bila terlihat kelibat saya.Lucunya macam dia tahu masa tu hati saya telah dimiliki.Setiap hari insan ini pasti akan menunggu saya pulang dari sekolah.Terkadang sikap dia tu menimbulkan perasaan takut pada saya.Apapun itu cerita lama..kini semuanya telah berubah seiring dengan putaran masa.