Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 13 Oktober 2011
Hujan yang lebat di tengahari
Hujan yang lebat pula tika jemari ini menulis.Ingatkan panas hari ini akan sampai ke petang. Alhamdulillah kerja untuk hari ini berjalan lancar ..Cuma masih ada sisa-sisa kerja yang masih berbaki antaranya:
- Perlu siapkan borang LNPT..
- Buku rekod mengajar dah seminggu tidak terusik
- Siapkan surat kepada PIBG mohon sumbangan komputer dan printer untuk pengurusan Disiplin.TadiPK HEM dah arahkan suruh buat..
- Rancangan pengurusan HEM PPKI untuk 2012 mesti juga diambil perhatian
- Fikirkan aktiviti untuk pengurusan disiplin tahun depan.
- Sijil,trofi dan cenderamata untuk Anugerah Kecemerlangan pelajar mengganggu fikiran..
PPKI hari ini buat bacaan tahlil untuk arwah bapa kepada PPM PPKI PnNorahimah yang meninggal dunia beberapa hari yang lepas..Sakitnya sebuah kehilangan..saya sebenarnya takut hadapi saat ini..Takut kehilangan insan-insan tersayang .
Lega hari ini semua guru dapat balik awal.biasanya setiap khamis pasti ada taklimat atau mesyuarat ..Indahnya rasa dapat balik awal tanpa termangu kat bilik mesyuarat tu.
Tengahari ni berkira-kira nak belikan barang-barang jualan Kedai Keusahawanan.Pastinya Kedai Bujang sudah tidak asing lagi dengan diri ini.Ada yang salah sangka ingat diri ini peniaga juga.Hakikatnya aku cuma seorang guru yang ingin membantu murid berdikari.Mahir dalam selok belok berniaga.Biasanya selepas kedai bujang,Pasaraya Supermall menjadi destinasi seterusnya..mencari barang-barang yang tidak terdapat di kedai Bujang..
Hari ini Alif dan Alya ada sukan di stadium..kesian dia orang sebab hujan yang turun mencurah.Rasanya pasti dalam kebasahan.
masih mencari sebuah kebenaran yang dalam kesamaran...!!
Langgan:
Catatan (Atom)