Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 19 Oktober 2015
Selamat memulakan sesi persekolahan
Resepi Bubur Nasi
RESIPI: BUBUR NASI
Bahan-Bahan diperlukan:
- 1 cawan beras.
- 1 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu minyak ikan
- 1sudu minyak bijan
- 1 sudu kecil garam.
- 1 inci halia diketuk.
- 3 ulas bawang putih diketuk.
- 1 dan 1/2 liter air stok ayam atau gunakan 1 kiub stok ayam knorr.
Cara menyediakan:
1. Baruh beras bersih. Toskan. Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan garam. Gaulkan rata. Perap selama 1jam.
2. Masak air stok ayam atau air biasa ditambah kiub stok segera, halia , bawang putih. Bila air mendidih masukkan beras dan kacau rata.
3. Rebus beras sehingga hancur butiran nasi dalam api dapur sederhana biasanya mengambil masa 45 minit - 1 jam. Kacau selalu beras yang sedang masak untuk cepat hancurkan nasi dan jaga kerak tidak wujud.
4. Tambah garam jika perlu, taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, lobak masin dan cili di atas hidangan. makan bersama dengan telur masin atau ikan masin tenggiri. Selamat mencuba.