Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 19 Oktober 2015

Resepi Bubur Nasi

RESIPI: BUBUR NASI 

Bahan-Bahan diperlukan:

- 1 cawan beras.
- 1 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu minyak ikan
- 1sudu minyak bijan
- 1 sudu kecil garam.
- 1 inci halia diketuk.
- 3 ulas bawang putih diketuk.
- 1 dan 1/2 liter air stok ayam atau gunakan 1 kiub stok ayam knorr.

Cara menyediakan:

1. Baruh beras bersih. Toskan. Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan garam. Gaulkan rata. Perap selama 1jam.

2. Masak air stok ayam atau air biasa ditambah kiub stok segera, halia , bawang putih. Bila air mendidih masukkan beras dan kacau rata.

3. Rebus beras sehingga hancur butiran nasi dalam api dapur sederhana biasanya mengambil masa 45 minit - 1 jam.  Kacau selalu beras yang sedang masak untuk cepat hancurkan nasi dan jaga kerak tidak wujud.

4. Tambah garam jika perlu, taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, lobak masin dan cili di atas hidangan. makan bersama dengan telur masin atau ikan masin tenggiri. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!