Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 22 Ogos 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS BENGKEL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR & KEMAHIRAN HIDUP (MENGGUNAKAN BAHAN SEKITAR SEMULA) SMK DEMAK BARU.



Membuat Lilin daripada Minyak Terpakai

UCAPAN PENGACARA MAJLIS BENGKEL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR & KEMAHIRAN HIDUP (MENGGUNAKAN  BAHAN  SEKITAR SEMULA)
SMK DEMAK BARU.

LOBI SMK DEMAK BARU,KUCHING.
20 OGOS 2013

(PEMBUKAAN BENGKEL)

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…


YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH  HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU.

YANG BERBAHAGIA
TETAMU KEHORMAT PN VENDERY MILAH NATA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS



YANG BERUSAHA
PN VIJAYA DARI NERB,PENCERAMAH PADA HARI INI
EN MORISHITA MASATO
SUKARELAWAN JICA DARI JEPUN

YANG DIHORMATI
EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN
PENOLONG KANAN PPKI SMK DEMAK BARU

BARISAN PENOLONG KANAN .

CIK SHIHO HASHIMOTO
PENYELARAS AKTIVITI


 GURU-GURU ,PPM SERTA RAKAN-RAKAN  YANG DIKASIHI SEKALIAN



ASSALAMUALAIKUM WRT DAN SALAM SEJAHTERA. SALAM 1 MALAYSIA


ALHAMDULILLAH. BERSYURKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA KITA DAPAT MENERUSKAN MAJLIS KITA PADA PAGI  INI.
MEMULAKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI, MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA  EN JAMAL SHUKURI BOLHASSANPENOLONG KANAN PPKI SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ATAS  UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.

SIDANG MAJLIS YANG DI HORMATI.

KINI TIB ALAH MASANYA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN VIJAYA DARI N..R .E.B  UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG KESEDARAN ALAM SEKITAR (3R) .DIPERSILAKAN

HADIRIN SEKALIAN
DEMIKIANLAH TADI SATU CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR  YANG AMAT BERGUNA UNTUK PENGETAHUAN KITA  SEMUA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA  PN VIJAYA ATAS  CERAMAH DAN PENERANGAN YANG PENUH LENGKAP KEPADA KITA. SEMOGA  KITA SEMUA TELAH  MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PENERANGAN ITU TADI.

HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA KITA AKAN DIPERSEMBAHKAN DENGAN SATU DEMONTRASI PEMBUATAN LILIN DAN SABUN DARIPADA SISA MINYAK TERPAKAI OLEH ENCIK MORISHITA MASATO DAN CIK SHIHO HASHIMOTO ,SUKARELAWAN DARI JICA JEPUN.






DENGAN SEGALA HORMATNYA DI PERSILAKAN.


DEMIKIANLAH TADI BERAKHIRNYA  SATU DEMONTRASI PEMBUATAN LILIN DAN SABUN DENGAN MENGGUNAKAN SISA MINYAK TERPAKAI.SESUNGGUHNYA DEMONTRASI YANG DITUNJUKKAN AMAT BERGUNA BAGI SEMUA GURU DAN MURID-MURID YANG ADA DI SINI.


SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID  UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PENUTUPAN BENGKEL 
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.


MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN PENOLONG KANAN PPKI MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA PARA PENCERAMAH KITA PADA HARI INI.

DIPERSILAKAN PN VJIYA DARI NREB
DIPERSILAKAN JUGA
 EN MORISHITA MASATO
CIK SHIHO HASHIMOTO  DARI JICA JEPUN.


MAJLIS MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.

HADIRIN  SEKALIAN

MAJLIS JUGA TIDAK LUPA MENZAHIRKAN RASA BANGGA KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN BENGKEL KITA PADA HARI INI SEJUTA KALUNGAN  TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI  KEPADA NERB SERTA SUKARELAWAN JICA ,AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH TERLIBAT KHUSUSNYA KEPADA SEKOLAH AGAMA SHOAW DAN SEKOLAH SAINS KUCHING UTARA DAN JUGA SEMUA YANG  MENJAYAKAN BENGKEL PADA HARI INI.

DENGAN USAHA YANG BERTERUSAN KITA YAKIN DENGAN KERJASAMA SEMUA PIHAK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAPAT KITA KURANGKAN DENGAN AKTIVITI SEBEGINI.


SEKIAN TERIMA KASIH
SEKIAN,WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH.ASSALAMUALAIKUM WRT.

Merawat kaki dan tangan melencur







Apabila Terkena Air Panas

Petua 1
 
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi. 


Petua 2
Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka. 

Petua 3

Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak.
Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan..

Petua  4

Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 30 minit.
  
Sapukan krim atau losyen yang sesuai. 

Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan. 

Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja. 
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor

Petua 5

Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat. 





Petua 6
sapukakan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

Petua 7

Tampalkan  kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.


Petua 8

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.


Petua 9

Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.



Petua 10


Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.


Petua 11

Bancuhkan tepung tak kiralah tepung apapun..kemudian sapukan pada tangan dan kaki yang melencur.