Sementara menunggu waktu berbuka,anak-anak tak mahu balik rumah masih nak tuntut janji yang dibuat oleh ayahnya semalam.Inilah bahana berjanji dengan anak kalau tak ditepati.Semalam Alif merajuk betul dengan ayahnya kerana ayahnya dah janji bila balik kerja nak bawak dia orang pergi ke Supermall .Tapi hujan begitu lebat merosakkan rancangan tersebut.Alif tetap menutup janji walaupun jam diketika itu hampir menunjukkan 10 minit lagi waktu berbuka.Ayahnya pulak mengatur strategi lain,ssuruh Alif siapkan game sampai dapat mata yang telah ditetapkan oleh ayahnya.Alif dengan tekun melakukannya dan akhirnya berjaya.Adam sudah boleh menerima kenyataan tapi Alif terus menuntut janji.Azan berkumandang waktu berbuka dah sampai,Alif terus menanggis dan rajuknya sehinggalah 8.30 malam baru dia berbuka puasa.Dalam hati geram pada ayah tapi keadaan juga tidak mengizinkan..Cuma pengajarannya kalau rasa janji sukar untuk ditepati janganlah berjanji kesian kat anak..Hari ini bawa dia orang pergi..rupanya bukan nak pergi bazaar Ramadan,tapi nak pergi beli buku fiksyen sainsnya..
Aksi ini dapat dirakam sementara menunggu ayahnya sampai kerana kami berjanji berjumpa di Supermall.Yang pasti aku tunaikan dulu hajat dia orang sebelum ayahnya..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 19 Ogos 2010
Kenapa Aku Nak Balik Raya
Bila tiba bulan Ramadan pastilah hari raya sentiasa menjadi bualan dibibir.Apatah lagi bagi insan-insan yang merantau seperti aku ni..Hari Raya dah lama fikir.Balik ke tak itu yang selalu di tanya oleh mak dan keluarga kat kampung...Kalau tanya pada aku ni..jauh di dasar hati pastilah aku nak balik bila tiba raya..
Kenapa aku nak balik raya:
Kenapa aku nak balik raya:
- Pastilah yang utama aku tak mahu ketinggalan mengucup tangan mak ayah bila tiba pagi raya..selagi mereka masih ada..Banyak dosa-dosa aku selama ini..Bila teringat segala perbuatan dan tingkahlaku aku selami ini terasa berdosa benar aku..terutama sekali pada ayahlah....
- Hari raya merupakan juga hari yang menyatukan semua sedara mara adik beradik..terkadang kerana hari raya je boleh jumpa..hari yang lain belum lagi dapat jumpa..
- Aku nak balik raya juga sebab tak tahan dengar pertanyaan balik tak raya tahun ni..kerana aku tau bila pertanyaan itu diajukan pastilah tandanya kita adalah insan-insan yang diharapkan pulang masa raya.hihi perasannya aku..
- Kalau aku balik raya pastilah akan menguntum senyum dibibir mak aku..kerana aku tahu harapan mak pada hari raya adalah berjumpa dengan semua anak-anaknya.
- Aku nak balik raya sebab aku nak makan air tangan masakan mak aku.Bila aku balik raya pasti mak tak akan lupa buat ketupat nasi dan kuah kacang untuk aku.Kerana mak memamg tahu aku sangat suka melihat mak mengayam sarung ketupat lepas tu rebus menggunakan dapur kayu kat tanah.Suasana itu yang membuatkan meriahnya di petang raya.
- Aku nak balik raya sebab walau meriah manapun di kg orang pastinya tak dapat diganti dengan kemeriahan kampung sendiri.Maklum terlalu banyak suka duka yang meniti sealiran dengan peredaran masa .Dari kecil hingga dewasa kenangan di bulan Ramadan dan hari raya di kg sentiasa menghiasi diri.Kenangan masa kecil dan zaman persekolahan pastilah meriahnya lepas berbuka.Lilin dan tempurung antara barang permainanku setiap malam.Letak lilin dalam tempurung lepastu berjalanlah di tempat-tempat yang gelap dengan kawan sekampung.Saat itu perasaan takut semua hilang sebab keyakinan tinggi dalam diri bulan puasa mana ada hantu..Itu yang selalu orang -orang tua sebut.Di sekeliling pagar pula di terangi pelita .Indah sungguh suasana ketika itu.Bila remaja pulak,teringat saat-saat pergi terawih bersama warga tua kat kampung tu..kini insan-insan yang menemani ku solat terawih telah pergi mengadap Ilahi..Semoga rohnya dicucuri rahmat yang abadi.Bulan Ramadan juga mengigatkan aku pada seseorang...sayangnya kasihnya tidak dapat kuterima kerana insan lain lebih dulu mencuri pintu hati ..Hingga saat ini aku rasa dia masih tidak dapat memaafkan aku.
- Aku nak balik raya sebab suasana riuh rendah ketika puasa dan menyambut syawal amat-amat aku rindui...Gembira melihat anak-anak bermain tanglung dan bunga api terkadang detuman mercun dari kenakalan dua orang abang ipar sudah cukup membuatkan suasana bertambah meriah. Apatahnya kerana Kak Jan dan Kak Long akan melatah dengan mengeluarkan kata-kata yang terkadang lucu jugak.
- Aku nak balik raya tahun ni sebab raya kedua nanti adik aku nak bertunang dan hari tu jugak ulangtahun perkahwinan aku yang ke 12 tahun.
- Tahun ni aku nak pergi sembahyang raya bersama-sama anak dan suami,kakak-kakak dan adik-adik bersama -sama lagi.Tahun lepas dah diberi peluang,harap tahun ini aku masih berpeluang lagi ...
- Bila tengok gambar ketupat nasi nie...pasti terbayang suasana petang raya.Aduh syahdunya....
Langgan:
Catatan (Atom)