Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 6 April 2011

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2011


Brazil Graphic #133



TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN  HARI GURU SMK DEMAK BARU 2011



PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.

 PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU.


MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA  DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT
TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.


BATU BERNAMA SI BATU BATA
TEMPAT HINGGAP SIBURUNG BALAM
GURU ITU IBARAT PELITA
MEMBERI CAHAYA SETIAP MALAM



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI


YG BERUSAHA
 EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU


YANG DIHORMATI
EN.........................................................
YG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI,
PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK



YANG DIHORMATI,
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS,

BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI ,KAKITANGAN SMK DEMAK BARU,AJK PIBG
DEMAK BARU. BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2011..”GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.



NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
BACAAN BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati



BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

UCAPAN WAKIL PELAJAR.


PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN
KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.


UCAPAN PENGETUA

TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TADA BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DIPERSILAKAN .

TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.


JASAMU DIKENANG
BUDIMU TAK TERBILANG
SEMANGATMU DIJULANG
KEPIMPINANMU GEMILANG
MENJADIKAN KAMI CEMERLANG...
TERIMA KASIH CIKGU....


UCAPAN YDP PIBG

PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN.................................... YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.


UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
DEMIKANLAH TADI TEKS UCAPAN DARPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL .

UCAPAN MENTERI PELAJARAN
SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .



ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA
DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN

KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN
     


BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU

BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN  MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DKETUAI OLEH EN ABDUL NASIR BIN MORNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.

ACARA PEMOTONGAN KEK
SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA  BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
PERSEMBAHAN MURID/GURU
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI KENANGAN DIHALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN YANG BERTAJUK “SELAMAT PAGI CIKGU”.

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI .SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.

SETERUSNYA PULA MARLAH KITA SAMA-SAMA SAKSKAN PERSEMBAHAN TARAN DARIPADA KELAB KEBUDAYAAN DI BAWAH PIMPINAN CIKGU SAIEE.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..



MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.



MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…


TERIMA KASIH DIUCAPKAN.BERBAKAT JUGA RUPANYA CIKGU KITA.SEMEMANGNYA SMK DEMAK BARU MEMPUNYAI RAMAI GURU DAN PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM BIDANG SENI..DAN TAHUN INI KITA BERBANGGA SEORANG BEKAS PELAJAR IAITU AMIR TELAH BERJAYA MENJADI PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-9.


PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.
PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.

BERSENJATAKAN PENA KERAMAT
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT
KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT
DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT
SEMOGA  JASA GURU MENDAPAT RAHMAT
DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI
KERANA SEMEMANGNYA..
GURU PENJANA TRANFORMASI  PENDIDIKAN NEGARA.


PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN..
ACARA PADA PAGI  YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM  KELAB DAN PERSATUAN KEPADA  INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU EN RAMBLI BIN HJ HASBI.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT  PENOLONG-PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA  KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.
TINGGI BUKIT SILANG GEMILANG
AIR PASANG TENANG-TENANGAN
BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG
DALAM HATI KENANG-KENANGAN
MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA SEMUA SAYANGI INI.


NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI  SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI

SEKIAN.SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…




 (Selamat Hari Guru 2011 kepada semua Pendidik Bumi Kenyalang.Teruskan usaha mengangkat martabat profesion perguruan.Mendidik anak bangsa ke tahap cemerlang)





(

94 ulasan:

  1. TERIMA KASIH ATAS CONTOH TEKS DIATAS...SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MERINGANKN KERJA SY SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH YANG DIBERI TUGASAN UNTUK MENJADI PENGERUSI MJLIS PD HARI GURU.

    BalasPadam
  2. sama-sama.mana yang baik tu jadikanlah panduan.Semoga berjaya.

    BalasPadam
  3. TIMA KASIH DAUN KELADI.. AKAK AMIK SIKIT2 ATAS IZIN YEK.. NAK TOP UP TEKS HARI GURU SEKOLAH AKAK.. AKAK SEDIA TEKS JE.. AHLI KADET BOMBA JADI PENGACARA MASA PERHIMPUNAN MINGGUAN UNIT KOKO.. KEBETULAN PLAK JATUH HARI GURU..

    BalasPadam
  4. terima kasih kak kerana berkunjung ke blog saya.Mana yg akak rasa baik tu ambillah..Mmg niat untuk membantu rakan-rakan blog.Selamat hari guru untuk akak.

    BalasPadam
  5. Thanks a lot.. Sy mmg mencari teks mc ni.. Maklumlah jd mc utk hari guru. Sy copy n edit k.

    BalasPadam
  6. Ambilah cikgu rina..Semoga segalanya berjalan lancar.Selamt Hari guru

    BalasPadam
  7. terima kasih cikgu diatas teks pengacara Majlis yg cikgu sudi kongsikan bersama.. :)
    sememangnya ia dapat membantu sy sbagai mc pd sambutan Hari Guru disekolah sy...

    Selamat Hari Guru buat cikgu! :)

    BalasPadam
  8. terima kasih sgt2 kak atas contoh teks ucapan di atas...sangat membantu saya....jasamu ku kenang....

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah jika teks saya dapat membantu..Selamat hari guru..semoga majlis berjalan dgn lancar

    BalasPadam
  10. mohon izin untuk menjadikan teks ini rujukan... maklum juruacara aamatur... Thanks atas perkongsian ilmu tsb

    BalasPadam
  11. ambillah..andainya ia boleh membantu.good luck.

    BalasPadam
  12. terima kasih kerana upload teks ucapan hari guru..sekurang-kurangnya dapat membantu saya dalam menyusun kata untuk hari guru nanti.

    BalasPadam
  13. syukran jazilan kat akak,sye amt mmerlukn teks ucapan diats tk mjlis hari guru isnin ni. selamat hari guru tuk akak,semoga allah sje yg dpt balas segala pengorbanan guru

    BalasPadam
  14. SELAMA HARI GURU UNTUK CGU NUR JG

    BalasPadam
  15. tqvm utk cth teks ucapan ini..mohon keizinan utk copy skit2 teks ini utk mjlis sek sya...

    BalasPadam
  16. terima kasih atas teks contoh cikgu ni.... tiru sikit-sikit ye....

    BalasPadam
  17. Mohon keizinan untuk copy teks ini, maklum gabra nk jd juruacara sok...moga beroleh keberkatan atas ilmu yang dicurahkan.Selamat Hari guru CIKGU!

    BalasPadam
  18. Cikgu Yati..Good Luck.Semoga berjalan lancar..buat relax je..

    Pada semua yang menjadi mc esok hari saya doakan yang terbaik.

    SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA.

    BalasPadam
  19. thanks akak sbb share kan teks ni, dapat saya guna sebagai rujukan n pinjam-pinjam ayat sikit, saya xpandai nk reka pantun, pinjam guna pantun-pantun akak ni, tambah seri lah sikit teks saya... Selamat Hari Guru ya.. ^-^

    BalasPadam
  20. Ambillah..Pantun tu pun ada saya rujuk kat org lain jugak..kita saling bantu membantu.Semoga berjaya.selamat hari guru buat cikgu juga.

    BalasPadam
  21. THANKS A LOT FOR THIS TEXT.
    THANK YOU TEACHER( 5x )
    MUAH.....................

    BalasPadam
  22. salam. mohon izin copy teks n pantun2. sangat2 berguna. tq n selamat hari guru.

    BalasPadam
  23. Ambillah cikgu saya izinkan.Selamat Hari guru

    BalasPadam
  24. salam cikgu, saya pun mohon copy n edit cikgu nye teks untuk hari guru sekolah saya yer... thanks.. SELAMAT HARI GURU :)

    BalasPadam
  25. ambillah azza..semoga berjaya

    BalasPadam
  26. thanks a lot for the text "hari guru". its very handy for me. happy taecher's day..

    BalasPadam
  27. terima kasih bebanyak akan cth teks ni. sgt bermakne jd rujukan. terima kasih lg sekali akak.

    BalasPadam
  28. sama2 dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Memori Seorang Guru

    BalasPadam
  29. Assalam cikgu...
    Rasanya belum tlambat utk mgucapkan Slmt Hari Guru kpd cikgu...
    Mekasih ya cikgu cuz share teks pgacaraan mjlis hr guru sbg panduan...ianya sgt bguna utk mcungkil idea2 bg guru2 mcm sya ni yg baru bgelar sorg cikgu...

    BalasPadam
  30. Selamat hari guru untuk cikgu juga..dan selamat menjadi sebahagian dr warga pendidik..semoga cikgu terus cemerlang

    BalasPadam
  31. salam...minta izin copy teks pgcr yer....tenkiu...

    BalasPadam
  32. Ambilah..jika boleh membantu

    BalasPadam
  33. salam... sy pun nak minta izin copy teks nak buat panduan. tq.

    BalasPadam
  34. sy tengah mencari teks ucapan untuk hari anugerah kecemerlangan....jumpa lak teks ni....izinkan sy copy n edit teks pn..terima kasih

    BalasPadam
  35. minta izin copy yer..sy tgh cari teks ucapn pengerusi majlis..sekurang2nyer teks ucapan ni dpt bantu saya...tq

    BalasPadam
  36. Sangat berguna. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  37. sama2..yg baik jadikan panduan ok..

    BalasPadam
  38. Terima kasih kerana sanggup berkongsi.Perjuangan sangat murni.Teruskan melakukan kebaikan anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana mengunjungi blog saya dan sebagai rujukan..semoga kita sama2 saling berkongsi idea.

      Padam
  39. tq ... sy bkl guru bm.. dan teks pncra majlis sgt penting sbagai persediaan utk sy... tq ats perkongsian yg sgt bguna ni :) ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama Ismiey Iz..saya doakan agar menjadi seorang guru yang dedikasi dan disegani..

      Padam
  40. izephoto corner28 Mac 2012 6:16 PTG

    TQ kerana menyediakan segala info untuk dikongsi bersama.Minta izin utk didwnload utk pencerahan minda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama...ambillah saya izinkan

      Padam
  41. Teks yg sgt berguna.. mohon copy utk digunakan pengawas saya.. moga Allah mbalas kesudian cikgu berkongsi ilmu.. thanx a lot.. selamat hari guru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama..mana yg rasa boleh membantu cikgu ambillah..Selamat hari guru 2o12.

      Padam
  42. Terima kasih cikgu...sy nak amik cth teks ni utk mc hari guru nex week...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..ambillah cikgu mana yg dapat membantu

      Padam
  43. Terima kasih kerana berkongsi teks ini...lega skit kepala... minta izin nak copy ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi...harap segalanya berjalan lancar

      Padam
  44. salam...minta izin copy ye cikgu...terima kasih

    BalasPadam
  45. salam..cikgu.
    terima kasih kerana sudi kongsi teks ni...minta izin copy ya cikgu..terima kasih banyak2 :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...amabillah cikgu andai rasa blh membantu

      Padam
  46. salam....terima kasih ckgu kerana sudi share teks.. sy sgt menghargainya.. :))

    BalasPadam
  47. Mintak izin utk menggunakan teks ckg sempena hari guru ini ye.TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambillah...semoga segalanya berjalan lancar.

      Padam
  48. SALAM...TERIMA KASIH KERANA SUDI KONGSIKAN TEKS UCAPAN INI...MINTA IZIN COPY YEW CIKGU...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih jugak kerana berkunjung ke blog saya...mana yg bersesuaian tu gunakanlah ya..teks di atas masih kurang sempurna...pandai2lah untuk menyusunnya menjadi yg terbaik..

      Padam
  49. Terima kasih daun keladi kerana berkongsi teks ini. Sangat membantu saya..

    BalasPadam
  50. terima kasih utk teks ini.. sgt membantu saya... tq... :)

    BalasPadam
  51. slam... terima kasih byk2 atas perkongsian.. mohon izin tuk copy yek cikgu.. bnyak mmbantu saya dlam menyiapan teks ucapan di sekolah saya.. terima kasih daun keladi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih jgk kerana menjadi kan blog ini sebagai bahan rujukan :)

      Padam
  52. salam..mohon izin untuk copy juga yer cikgu...untuk dijadikan sebagai panduan...terima kasih

    BalasPadam
  53. salam...nama saya lis...mohon copy yer tok dijadikan panduan sbg MC esok..terima kasih daun keladi....
    then saya nak tanya saudari ne cikgu Pendidikan Khas ker???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambillah Lis.

      Ya Cikgu Lis..saya cikgu P.khas ukm

      Padam
  54. Allah memberkati perkongsian Ilmu akak..terima kasih kerana sumber rujukan yang di paparkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Dik...hanya ini yg dapat sy bantu untuk memudahkan insan2 yg memerlukan

      Padam
  55. kak,leh amik idea dr teks akak ni ye..sy kene jd mc hari guru..time ksh kak...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah dik...mg untuk pengkongsian tu

      Padam
  56. ASSALAM AKAK.. saya shima, nak minx izin copy sikit2 teks akak ni utk sambutan hari guru peringkat IPG ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussala...ambillah dik..selamat maju jaya

      Padam
  57. sangat menarik untuk dilawati laman blog ini....pohon kebenaran untuk berkongsi info yang ada didalamnya sebagai rujukan...terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..mana yg rasa baik tu kongsilah ya..selamat berkenalan..

      Padam
  58. salam kak. izinkan saya ambil skrip ni sebagai rujukan. nervous menjadi emcee ni. terima kasih.

    BalasPadam
  59. Terima kasih untuk teks ucpn untuk hari guru. Sedikit sebanyak dpt mmbntu saya yg kbtuln mnjd pngrusi mjlis hari guru d skolah.. thanks a lot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga segalanya berjalan lancar ya

      Padam
  60. Saya kagum dengan anda ,seorang guru yang cukup rajin. Terima kasih kerana mewujudkan blog ini . Pohon izin untuk jadikan bahan dalam blog ini sebagai rujukan.SELAMAT HARI GURU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq cikgu...mana yg berguna tu ambillah ya

      Padam
  61. SALAM. MINTA IZIN AMBIL TEKS UCAPAN NI UTK RUJUKAN. TERIMA KASIH BANYAK2, SGT MEMBANTU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..ambillah...mana yg dapat membantu tu ya

      Padam
  62. selamat hari guru buat cikgu...saya suka bloq cikgu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima ksih bayak2....mana yg baik tu jadikan panduan ya

      Padam
  63. Salam cikgu ,minta izin copy teks ini.semoga Allah memberkati cikgu sekeluarga amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya silakan...semoga kita semua dirahmati

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com