Jumaat yang mendung...Perjalanan ke sekolah hari ini ditemani rintik-rintik hujan..Alhamdulillah sampai ke sekolah dengan selamatnya...Datang ke sekolah dengan lapang rasa dihati..Bangun pagi pukul 3.30 tadi lepas sembahyang terus buat sarapan untuk anak-anak dan suami tersayang..Hari ini bekal untuk dia orang bi hoon dan cucur cendawan untuk suami dan makaroni goreng untuk anak -anak..Fuhh lega sangat dan senang hati kerana hari ini berjaya lagi buat sarapan buat mereka .Yang pasti dia orang makan masakanyang aku masak bukan orang lain yang masak...
H
appy....Happy..Happy.....
Hari ini ada perhimpunan kat sekolah.Bermula tahun nie perhimpunan diadakan setiap hari Jumaat..Satu yang menyentuh perasaan aku ketika pengetua berucap tadi..Beliau ada menegur pelajr-pelajar yang memakai tudung dan baju yang telah kekuningan...Aduh...kenangan silam kembali menjelma..Terimbas zaman persekolahanku dulu..Seingat aku zaman persekolahanku jarang sekali aku berbaju baru walau tahun baru silih berganti..Biasanya pakaian sekolahku dikutip oleh pemberian orang lain yang anaknya dah tidak mahu memakainya lagi..Apalah daya masa tu menangis airmata darah sekalipun mak pasti tak mampu nak membelinya..Hari ini airmata tertiba bergenang tetapi sebelum rakan guru ku perasan apa yang kurasa cepat-cepat kusapu agar jangan tertumpah..Aku dapat merasakan pelajar yang memakai baju warna kekuningan itu sebenarmya adalah golongan yang tak mampu...Siapa yang tak nak cantik dan kacak kan..Percayalah hanya orang yang pernah mengalami keperitan dalam ranjau menempuh kehidupan sahaja yang mengerti apa yang dia rasa...
Sabar ya...anak-anak murid cikgu...Biar kita susah hari ini asal kita akan senang kemudian....
Setiap masa kita akan berdepan cabaran. Setiap usaha kita pasti berdepan halangan. Mencapai sebuah impian, pasti membuat kita menempuh dugaan yang sentiasa menanti, bagai sungguh mengerikan..........
Hari ini juga nak ucapkan terima kasih pada insan-insan yang saya sayangi...Pastinya ingatan dan kasih sayang ini sentiasa subur dihati...
Sedih sangat andai kalian tiada di sisi,......