
Happy....Happy..Happy.....
Hari ini ada perhimpunan kat sekolah.Bermula tahun nie perhimpunan diadakan setiap hari Jumaat..Satu yang menyentuh perasaan aku ketika pengetua berucap tadi..Beliau ada menegur pelajr-pelajar yang memakai tudung dan baju yang telah kekuningan...Aduh...kenangan silam kembali menjelma..Terimbas zaman persekolahanku dulu..Seingat aku zaman persekolahanku jarang sekali aku berbaju baru walau tahun baru silih berganti..Biasanya pakaian sekolahku dikutip oleh pemberian orang lain yang anaknya dah tidak mahu memakainya lagi..Apalah daya masa tu menangis airmata darah sekalipun mak pasti tak mampu nak membelinya..Hari ini airmata tertiba bergenang tetapi sebelum rakan guru ku perasan apa yang kurasa cepat-cepat kusapu agar jangan tertumpah..Aku dapat merasakan pelajar yang memakai baju warna kekuningan itu sebenarmya adalah golongan yang tak mampu...Siapa yang tak nak cantik dan kacak kan..Percayalah hanya orang yang pernah mengalami keperitan dalam ranjau menempuh kehidupan sahaja yang mengerti apa yang dia rasa...
Sabar ya...anak-anak murid cikgu...Biar kita susah hari ini asal kita akan senang kemudian....

Hari ini juga nak ucapkan terima kasih pada insan-insan yang saya sayangi...Pastinya ingatan dan kasih sayang ini sentiasa subur dihati...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!