Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 8 Mac 2011
Sepucuk Surat Daripada Siti Nor Atikah
Pagi nie aku terima sepucuk surat daripada bekas pelajar PPKI 2010.Entah apa mimpinya pagi nie menuliskan buat aku.namum tidak kunafikan sepanjang Atikah berada di sekolah dulu,aku memang perasan dia menyukaiku sebagai gurunya.Lantaran itu saban waktu ketika dulu aku menerima panggilan telefon pagi ,petang dan malam.
Antara isi kandungan suratnya:
Assalamualaikum Cikgu Norzita
Saya nak minta maaf dgn cikgu Norzita,kalau saya ada buatkasar dengan Cikgu norzita.Tolonglah maafkan saya.Saya takda niat nak marah semua cikgu mpun dosa saya .Saya sangat rindu dengan Cikgu Norzita.Saya tak nak jumpa dgn Cikgu Jamaludin dengan Cikgu Chong lagi sampai bila-bila.
bagi tahu dengan Headi dan Siti Nur Hidayah jaga kelas 4 baik-baik.Saya sangat sayang semua cikgudan semua pelajar itu sahaja selamat tinggal
(wassallam dai kepada Siti Nur Atikah)
Bagi tahu dengan Cikgu Badrul dengan Cikgu Ruhana.jaga diri baik-baik.
Terima Kasih....LOVE ISLAM
Love Islam
Kepada Love Islam terima kasih kerana sudi mengikuti Blog Memori Seorang Guru ..
Semoga berjaya menjadi seorang pendidik yang berjaya.Semoga kita menjadi antara guru-guru istimewa yang disayangi oleh anak-anak muridnya..
Langgan:
Catatan (Atom)