Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 18 November 2016

Bila Jemari Menulis


Hidup ini terkadang kita tak mampu nak jangka,terkadang tiba-tiba kita diuji dalam kegembiraan dalam kita bergelak ketawa ada airmata yang mengalir.
Adakala ujian kita mampu hadapi dengan tenang ,adakalanya kita jatuh terduduk dan tak mampu kita atasi.Namun sebagai hambaNya kita tahu hanya Dia tempat kita mengadu dan tempat kita bergantung harap.Semoga kita tidak lupa padaNya .


Takwim Unit Kurikulum PPKI


TAKWIM  UNIT KURIKULUM
PPKI SMK KAMPONG JAWA
 2017
BULAN
TARIKH
AKTIVITI / PROGRAM
TINDAKAN
JANUARI
03.01.2017
Taklimat Ibu Bapa
Pendaftaran Murid Baru
PK Pendidikan Khas
En. Hairuddin Bin Md. Zain (D)
En. Nasrul Hisham Bin Nasaruddin
03 - 04.01.2017
Ujian Saringan
BM - Cik Norazuwana Binti Ismail
BI - Pn. Illiana Syazni Binti Ibrahim
Mate - Pn. Auni Binti Amin
05.01.2017
Penempatan Murid
Pn. Miti Fateema Yusliza Binti Mohd Yusoff
Pn. Azma Binti Ibrahim
26.01.2017
Mesyuarat Panitia Bilangan 1
PK Pendidikan Khas
Setiausaha Panitia
Jan - Okt
Program Nilam
Pn. Mageswarie A/P Subramaniam (D)
Pn. Nurul Hazwani Binti Nik Cik
Guru BM
Jan - Okt
Program Bacaan Yassin dan Moral
En. Muhammad Faried Shah Bin Mohd Nor (D)
Pn. Annapoorani A/P Ganesan (D)
Jan - Okt
Pencerapan Guru
PK Pendidikan Khas
Ketua Panitia - Pn. Norzita Binti Mohamed
Penyelaras BP - En. Hairuddin Bin Md. Zain
Penyelaras BL - En. Nasrul Hisham Bin Nasaruddin
FEBRUARI
    30.01.2017  -
30.04.2017
Pemilihan Murid-murid Inklusif
En. Nasrul Hisham Bin Nasaruddin
01.02 - 28.04.2017
RPI
Pn. Mageswarie A/P Subramaniam
Semua Guru
20 - 24.02.2017
Minggu Bahasa Melayu
Cik Norazuwana Binti Ismail (K)
Pn. Yusnita Binti Asman (D)
Pn. Nor Afifah Binti Yaacob
En. Zawawi Bin Abdullah
MAC
Minggu Bahasa Inggeris
Pn. Annapoorani A/P Ganesan (K)
Pn. Illiana Syazni Binti Ibrahim (D)
Pn. Rozilah Binti Kaswati
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
30.03.2017
Mesyuarat Panitia Bilangan 2
PK Pendidikan Khas
Setiausaha Panitia
APRIL
Lawatan Penanda Aras
Pn. Faridah Binti Abdul Rahman (K)
Pn. Suhana Binti Husin (D)
Minggu Pendidikan Khas
Pn. Faizatul Fazalila Binti Mokhtar (D)
MEI
Mesyuarat Panitia Bilangan 3
PK Pendidikan Khas
Setiausaha Panitia
02 - 06.05.2017
Penyemakan Buku Murid Kali Pertama
Pn. Nurul Hazwani Nik Cik
En. Nasrul Hisham Bin Nasaruddin
15 - 19.05.2017
Peperiksaan Pertengahan Tahun
En. Zawawi Bin Abdullah
Pn. Illiana Syazni Binti Ibrahim
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
JUN
Ihya’ Ramadhan dan Program Moral
Pn. Azma Binti Ibrahim (K)
Pn. Loo Yook Foon (K)
Pn. Nur Tasnim Binti Ismail (D)
JULAI
03.07 - 30.09.2017
RPI
Pn. Auni Binti Amin
Pn. Mageswarie A/P Subramaniam
Semua Guru
OGOS
02 - 04.08.2017
Lawatan Perdana
Pn. Noraini Binti Said (K)
Pn. Mageswarie A/P Subramaniam
Pn. Norzita Mohamed (D)
26.08 - 03.09.2017
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
OKTOBER
02 - 06.10.2017
Penyemakan Buku Murid Kali Kedua
Pn. Nurul Hazwani Binti Nik Cik
En. Nasrul Hisyam Bin Nasarudin
23 - 27.10.2017
Pentaksiran Akhir Tahun
Pn. Illiana Syazni Binti Ibrahim
NOV
06.11.2017
Lawatan Fertigasi
En. Zawawi Bin Abdullah (K)
En. Nasrul Hisham Bin Nasaruddin (D)

25.11 – 01.01.2018
CUTI AKHIR TAHUN



Selasa, 15 November 2016

Resepi Puding Diraja

PUDING DIRAJA PAHANG
Bahan untuk Jala Emas:
7 biji telur
2 senduk gula
2 cawan air
2 helai daun pandan
Bahan untuk hiasan:
3-5 biji pisang lemak manis (Jangan masak sangat)
buah ceri merah dan hijau
kacang gajus
buah strawberry
Buah prune
Almond
**sedikit butter untuk mengoreng pisang tersebut
Cara menjala:
Masukkan air bersama air gula dan daun pandan dalam kuali dan tunggu sehingga gelegak
Sebatikan kuning telur tadi dan tapis untuk mengelakkan ia susah keluar waktu menjala
Masukkan dalam botol muncung tiga (botol roti jala) atau kelongsongkan daun pisang dan buat lubang yang kecil pada hujungnya (cara zaman dulu)
Sedia menjala. Untuk menjala pastikan jangan diangkat botol tersebut untuk mengelakkan daripada putus (tak cantik ler)..dengan cara picit secara membulat ikut bentuk kuali
Tunggu dalam 2 minit sedia diangkat dan toskan ia.
Goreng pisang menggunakkan butter (jangan dipotong pisang tersebut)
Air gula jangan dibuang terus masukkan pisang yang digoreng tadi.
Bahan untuk kuah:
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 tin air (guna tin susu tadi)
1 sk esen vanila
1 sudu gula
1 helai daun pandan
Cara buat kuah:
Masukkan susu cair, kuning telur, gula, esen vanila dan air ke dalam bekas
Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali
Kukus bahan tadi  di dalam dalam periuk yang berisi air panas mengelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul
Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat
Tutup api dan sejukkan
Masukkan dalam peti ais
CARA HIDANG:
Bila nak makan, letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding
Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnyer
Tuang kuah yang sejuk atasnyer

Puding Di raja

Ini adalah kali ketiga saya buat puding di raja..seronok dan satu kepuasan bila saya buat kawan-kawan memberikan komen yang positif..alhamdulillah.
Resepi Puding Raja (Rujukan: Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pekan)
Bahan-bahan
    4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
    1 cawan biji gajus – digoreng
    2-3 genggam urat emas/jala emas {resepi boleh dilihat di bawah}
    200g buah prun – dipotong empat
    Buah ceri merah/hijau
    Buah anggur
    2 sudu besar minyak sapi {untuk mengelakkan pisang daripada melekat}
    Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
    1 tin (410 g) susu cair/sejat {saya guna 2 tin susu cair Ideal}
    3 biji telur – diambil kuning sahaja {saya guna 5 biji telur kuning Gred B}
    Daun pandan – disimpul
    Air sebanyak ½ tin susu {Air saya gandakan sebanyak 1 tin susu}
    1-2 cawan gula (ikut rasa)
    Esen vanila
    {Saya menambah 1/4 cawan tepung kastard}
Cara memasak
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak    yang berlebihan.
Goreng biji gajus. {Saya goreng biji gajus dalam minyak yang sama goreng pisang tadi}
Kuah Puding
Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
Resepi Jala/Urai Emas (Rujukan: Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pekan)
Bahan-bahan
    30biji telur ayam – diambil kuning sahaja {saya guna 20 biji telur Gred B)
    800g gula halus {saya kurangkan sehingga 400g}
    3 helai daun pandan
    8 cawan air {saya kurangkan menjadi 4 cawan air}
    Daun pisang untuk dibuat corong
Cara memasak
Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan tuskan.
Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan.
Nota
    Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas

Sambal kerang petai

Bahan bahan:
1/2 kilo kerang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.

Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
Akhir sekali masukkan kerangdan  kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Pisang Sira

Bahan-bahan :
5 biji pisang nangka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan
Setitis pewarna kuning sekiranya suka
Cara menyediakannya :
Masak gula bersama air di dalam periuk. Masukkan juga daun pandan bersama. Biar sehingga menggelegak dan gula larut.
Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
Kecilkan api dapur. Titiskan setitis pewarna kuning dan masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang. Pewarna ni kalau tak nak letak pun tak apa.
Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk. Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.

LEMPENG SEDAP

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 sudu tepung pulut
1 cawan kelapa parut/serbuk santan segera
1 biji telur
3/4 cawan air - jika adunan terlalu kental, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak
Cara:
1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut,  garam dan air.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan glis dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah, terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng masak.
6. Hidangkan bersama pencecah kegemaran.

Resepi Sup Kaki Ayam

Bahan2:
Kaki ayam (dibersihkan dan dipotong 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Sedikit rempah ratus 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga)
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sayuran2 (kentang, carrot, bunga kubis, jagung kecil)
Air
2 biji tomato
Daun sup
Cara2:
Tumiskan bahan yg dihiris bersama rempah ratus.
Masukkan kaki ayam.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan garam dan lada sulah.
Apabila mendidih masukkan sayuran.
Masak sehingga kesemuanya empuk