Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 15 November 2016

Resepi Pisang Sira

Bahan-bahan :
5 biji pisang nangka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan
Setitis pewarna kuning sekiranya suka
Cara menyediakannya :
Masak gula bersama air di dalam periuk. Masukkan juga daun pandan bersama. Biar sehingga menggelegak dan gula larut.
Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
Kecilkan api dapur. Titiskan setitis pewarna kuning dan masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang. Pewarna ni kalau tak nak letak pun tak apa.
Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk. Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!