Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 6 Mei 2011

Mak..Saya Rindu!!

Miss you mom...
Mak.
Saya rindukan mak
Walau sebentar tadi pandang dan bercakap dengan mak dalam telefon..tapi tak sama bila pandang mak dekat dengan saya.

Lirik Lagu Selamat Hari Ibu

Dedikasi lagu ini buat mak yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati

Selamat Hari Ibu  
Kumpulan Hujan

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji


Gambar kenangan Mak dan Sa

 Bergambar kenangan dihadapan balai berlepas sebelum Mak dan Sa balik Terengganu.
Saya sedih nak lepaskan mak pergi..Tapi mak tetap akan pergi.Saat itu,semua saya lihat baik anak saya Alif dan juga suami seakan menyembunyikan satu perasaan,Saya faham mereka sedih seperti saya terutama Alif yang sangat rapat dengan neneknya.Begitu juga Aimy saat Mak dan Sa melangkah masuk ke balai berlepas ,Aimy berlari nak masuk ikut neneknya.Aimy dirumah memang terasa ketiadaan Sa dan neneknya.Nampak sangat kesunggulan di wajah ketiadaan neneknya.
Rumah saya dah hilang riuh rendah suara Mak dan Sa..Saya rindu saat itu lagil