Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 12 Januari 2012

Jiwang habis dengar lau nie- Ikhlas Merindu

Selamat Hari Lahir...Abang..

 
Selamat Hari Lahir Abang...Doa dan harapan ita Abang diberikan kesejahteraan yang berpanjangan.Dipanjangkan umur,jua dimurahkan rezeki.Terima kasih untuk kesekian kali kerana menjadi teman hidup yang memahami hati seorang isteri.Ita bersyukur pada Dia Yang Maha Kuasa kerana menghadirkan seorang insan yang begitu sempurna dalam hidup Ita.
Happy Birthday 
Ikatan kasih sayang kita bermula dengan jambangan bunga yang abang berikan untuk memulakan salam perkenalan.Dan salam itu Ita sambut hanya berniat untuk memainkan Abang lantaran Ita terlalu benci pada Abang kerana kejadian Abang memalukan Ita.Rupanya itu sebenarnya niat Abang untuk mendekati Ita.
Hubungan cinta kita bermula dengan dugaan demi dugaan yang Abang buat untuk Ita.Entah mengapa Ita begitu sabar dengan apa yang Abang lakukan.Selepas itu Abang pula ,diuji dengan perbagai cara oleh Ita ..Airmata seringkali menemani perhubungan kita...Suatu ketika jua hubungan kita hampir menemui jalan akhir.Pun begitu ,ketabahan Abang dan keikhlasan Abang dalam perhubungan cinta kita amat terserlah.Sebab itu,jauh di sudut hati terlalu menyayangi diri Abang.
Sepanjang kita di alam universiti,kita antara pasangan yang tidak begitu ketara .Pernah ada yang salah anggap dengan perhubungan kita kerana kita tidak menunjukkan secara terang kita menjalinkan hubungan.Pernah juga ,kita tidak berhubung selama sebulan walaupun tinggal di kampus yang sama..Lucunya teman-teman antara kita yang memberikan khabar.
Tau tak..saat yang paling Ita tunggu adalah apabila cuti semester..Kita semua pulang ke kampung masing-masing.Saat itu kerinduan amat memuncak.Dan Ita amat hargai kesungguhan Abang dengan setiap hari warkah dari Abang ita terima daripada posmen..Terkadang termalu pun ada dengan posmen kerana setiap hari surat dari abang pasti ita terima dengan helaian surat itu terkadang mencecah 20 muka surat.Ita tak tahu bagaimana nak gambar kan perasaan gembira ita itu pada Abang.

 Sebahagian surat-surat daripada Abang yang masih Ita simpan hingga kini.

 Kelab Kompang menemukan kita
 Surat-surat dan kad-kad ucapan daripada Abang
 Salah satu kad ucapan
 Surat yang berjela-jela tapi Ita tak jemu membacanya
 Guna dakwat merahpun ada
 Surat menggunakan kertas printer
 Antara lagu-lagu yang Abang tujukan

 Belakang suratkhabar pun pernah Abang tulis surat untuk Ita.

Surat-surat dan kad daripada Abang..
Abang ...
Pejam celik rumah tangga kita dah mencecah hampir 14 tahun.Suka duka kita kongsikan bersama.Dan ita bersyukur melahirkan zuriat Abang..Terimakasih Abang kerana menerima Ita sebagai isteri dan menerima mak,ayah serta ahli keluarga Ita sepenuh hati.

Lagu kenangan kita..
Birthday Graphic #74
Ikhlas
Isterimu
-Ita-