Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 6 November 2014

Resepi Solok Lada Terengganu

Solok lada Terengganu..
Resepi
Bahan- bahan
Anggaran untuk 6 biji
6 biji lada solok
Basuh dan belah tengah jangan sampai putus

Bahan inti

4 ekor ikan selayang atau sardin
Secawan kelapa muda
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sudu halba
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit asam jawa
1 sudu halba
1/4 cawan santan pekat

Cara membuatnya

Bersihkan ikan. Ambil isinya dan buang tulang
Tumbuk atau blender hingga ikan hancur seperti nak membuat keropok lekor
Tumbuk kelapa bawang dan halia hingga lumat fan gaulkan kesemua bahan tadi hingga sebati
Sumbat inti yang ditumbuk ke dalam lada yang dibelah tadi
Kukus selama 10 minit
Siap intuk dimakan
Untuk Resepi Kita
Solok lada Terengganu..

Resepi

Bahan- bahan
Anggaran untuk 6 biji
6 biji lada solok
Basuh dan belah tengah jangan sampai putus

Bahan inti
4 ekor ikan selayang atau sardin
Secawan kelapa muda
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sudu halba
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit asam jawa
1 sudu halba
1/4 cawan santan pekat
Cara membuatnya
Bersihkan ikan. Ambil isinya dan buang tulang 
Tumbuk atau blender hingga ikan hancur seperti nak membuat keropok lekor
Tumbuk kelapa bawang dan halia hingga lumat fan gaulkan kesemua bahan tadi hingga sebati
Sumbat inti yang ditumbuk ke dalam lada yang dibelah tadi
Kukus selama 10 minit
Siap intuk dimakan󾌸

Untuk Resepi Kita

Resepi Talam Labu Yang Sedap

Jom makan talam labu
Resepi
Bahan A
250 gm labu dikukus hingga empuk dan dilecek
220gm gula pasir
200ml santan
70gm tepung jagung
60gm tepung sagu
2 biji telur
Bahan B
300ml santan
100gm tepung beras
100gm gula pasir
50gm tepung ubi
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
Satukan adunan A dan didalam bekas lain satukan bahan B.
Kukus bahagian A hingga masak
Kàcau bahan B sehingga sebati dan pekat di atas dapur tanpa henti ..kemudian curahkan diatas bahan A dan kukus lagi sehingga masak.
Untuk Resepi Kita..drp cgu ita

Resepi Cakoi Sedap

Cakoi bersos kastad manis antara menu pagi ini
Resepi 
Bahan :
400 g tepung - diayak
1 cawan air 1 sudu besar majerin - dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar.
Kacau agar sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Biarkan selama 6 jam.
Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain . Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Sos manis:
Bahan :
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3 - 4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste
Cara membuatnya : Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana. Kacau selalu dengan menggunakan whise sehingga sedikit pekat-pekat manja. Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

Resepi Kuih Keria

Kuih keria tidak dilupa
Bahan-Bahannya 
600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air
Cara membuatnya 
Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
Kemudian boleh diangkat,