Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 6 November 2014

Resepi Cakoi Sedap

Cakoi bersos kastad manis antara menu pagi ini
Resepi 
Bahan :
400 g tepung - diayak
1 cawan air 1 sudu besar majerin - dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar.
Kacau agar sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Biarkan selama 6 jam.
Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain . Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Sos manis:
Bahan :
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3 - 4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste
Cara membuatnya : Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana. Kacau selalu dengan menggunakan whise sehingga sedikit pekat-pekat manja. Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!