Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 25 Mei 2011

Rabu-adakah sinar kebahagiaan hari ini.

Wednesday Graphic #9 
Pagi yang tenang..penuh syahdu .Tika pena ini menari menulis dan terus menulis,terdengar azan berkumandang .Sayu dan pilu rasa hati.Sentiasa suasana dan saat pagi yang hening kunantikan.Dalam hati tak lupa mengucapkan kesyukuran pada Ilahi lantaran nyawa masih ada.Masih berkesempatan menikmati kehidupan seterusnya.pasti jua hari yang bakal ditempuhi mengharapkan sinar kebahagiaan dan kecemerlangan dalam apa jua yang ditempuhi.
Sebenarnya mata ini dah mula melihat sekeliling seawal 2.00 pagi tadi.entah kenapa mata tak mampu terpejam lena.Kesempatan ku ambil memeriksa kertas peperiksaan Sejarah.Hajat hati hari ini akan kuedarkan keputusan markah sejarah murid-murid.Tapi hingga kini belum selesai nampaknya.Tinggal 2 set lagi untukku siapkan.Biasalah terkadang mood nak buat kerja tu hilang je..Semangat belum pulih..apatah lagi semalam satu khabar pulak yang bisa menambah kesedihan.Kesian pada seorang rakan guru yang bersusah payah mengusahakan projek dan apabila berjaya orang lain mengambil kesempatan..Aku dah merasa apa yang dia rasa..Beginilah kalau hidup disekeliling orang-orang yang mengambil kesempatan.tapi aku yakin Allah itu adil..Dan Maha Mengetahui segalanya..Aduh..tahap semangat untuk berada di Bumi Kenyalang ni kian pudar..Tapi dalam masa yang sama ,sayang sangat untuk berpisah dengan murid-murid istimewa di sini.Kekuatan aku dengan mereka. Tapi perpisahan ini akan berlaku jua..cuma masanya entah bila.Pada insan-insan yang materialistik dan mementing kan diri..semoga suatu hari nanti Allah mengurniakan keinsafan untuk terus bersama membantu insan-insan yang kekurangan.
Hari ini pasti jua melangkah ke sekolah dengan bermacam agenda.Persiapan pentas hari guru....nak buat banner,nak cari kain langsir yang hilang...disiplin menanti..pepagi lagi Cikgu Razalie dah bagitau semalam nak jumpa untuk membincangkan surat akujanji pelajar.Alhamdulillah Cikgu Safwan banyak membantu.Lega juga semalam aku dah siapkan laporan mesyuarat lembaga disiplin pasal budak nie..Rasanya banyak lagi yang berlaku pada hari ini..Tunggu jelah..
Hati dan perasaan..hari ini ok kut..semakin hari boleh menerima apa sahaja cabaran yang datang.Aku harapkan perasaan tenang pada pagi ini akan berpanjangan sampai malam nanti..Jauh di sudut hati ada kesedihan..tapi biarlah hanya aku yang tahu sebab apa.

Lagu nie...zaman saya kat sekolah dulu..sentiasa meniti dibibir ..

Layan Lagu lagi..


Sesekali lagu nie..sebagai terapi lawan stress beb.