Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 1 September 2013

Kelebihan Limau Kasturi


Kecil namun banyak manfaatnya...
Nama saintifik bagi limau kasturi ni ialah Citrus Microcarpa. Limau kasturi bukan sahaja sedap untuk dibuat  minuman atau masakan kita, tapi sebenarnya banyak lagi kelebihan manfaat yang kita boleh dapat dari buah limau kasturi ni.  
Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Pelbagai Khasiat LIMAU KASTURI

1 . Ubat batuk
Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan selesema.


2 .Ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula

7 . Ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

11.Hilangkan Kesan minyak
Perah limau kasturi dalam piring dan campurkan sedikit garam. kemudian gosok pada pakaian terkena minyak. Biarkan selama 10 minit kemudian barulah basuh macam biasa.
12.Air limau nipis ini juga dapat mengurangkan masalah sembelih,kencing tidak lawas dan juga masalah gout.
13.Selain itu air limau juga dapat kita gunakan sebagai antiseptik.

14 Elok diminum sebelum memakan apa-apa makanan diwaktu pagi.

 Dibandingkan dengan oren yang diimport, limau kasturi jauh lebih berkhasiat.

Khasiat Petai


Petai beli kat Pasar Satok



Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). . 
 ang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai 

Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun 

Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar) 

Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu. 





Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.


Merokok
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.


Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.


Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.


Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.


Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.


Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.


Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih banyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.


Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.




Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.



Makan Buah Dabai

Inilah rupa buah dabai yang saya belikan kat Pasar Satok pada hari jumaat.Nak tahu sebanyak yang ada tu beratnya 250gm dengan harga RM7.50.Mahalkan .Tapi teringin nak makan saya belilah.
Buah dabai ni saya jumpa kat Sarawak je ada.masa mula jumpa dulu ingat buah anggur.susah juga lah nak masuk dalam tekak.tapi setelah duduk beberapa tahun kat Sarawak ni hati dah jatuh cinta dengan buah ni.Dalam keluarga saya jelah yang suka.anak-anak dan suami kurang sikit.buah ni rasanya lemak-lemak gitu macam buah engkalak jugak.
Semalam saya pun buat operasi makan buah dabai ni pagi-pagi buta. 
Nak makan buah ni rendam dahulu dengan air suam supaya buah ni jadi lembik sedikit
Dabai mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan buah lain kerana ia perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu sebelum dimakan kerana isinya sangat keras.
Selepas sepuluh minit barulah buah dabai boleh dimakan sama ada begitu sahaja atau dengan menggaulkannya di dalam kicap bercampur gula serta sedikit garam dan cili.
Bagi penduduk di Sarawak, mereka gemar memakan buah dabai dengan nasi yang masih panas dan dabai dijadikan sebagai ulam kerana rasanya lemak

Makan buah dabai dengan cincah garam dan cili...
Nasi goreng dabai untuk en suami...

Rupanya dabai ni ada juga kelebihan dia.kalau nak tahu bacalah kat bawah nie..


Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.

Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buah-buahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan

Buah dabai mengandungi protein, lemak dan karbohidrat.Selain isinya yang enak, bijinya juga boleh dimakan namun terpaksa memecahkan lapisan keras terlebih dahulu sebelum mendapat bijinya yang terasa seperti kacang segar.

Rugi tau kalau tak suka buah ni..alang-alang duduk kat Sarawak ni..hayati makanan nya sekali..
Pastinya saya akan rindu buah ni..

-Anak Pantai-


Andai Kasihkan Rasulullah ucapkanlah selawat.






"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,
maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"
(Riwayat al -tabarani daripada Abu Darda 'r.a)



Tempat dan waktu dianjurkan berselawat.


  • Sesudah laungan azan
  • Ketka hendak masuk dan ketika hendak keluar masjid.
  • Dalam Solat Jenazah
  • Dalam takbir-takbir hari raya
  • Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat
  • Pada awal dan akhir bacaan doa
  • Pada malam dan siang hari Jumaat
  • Dalam khutbah dan semasa bacaan doa qunut
  • Ketika orang menyebut nama Rasulullah S.A.W.

  • Tiap pagi atau petang ,ketika mengadakan majlis,ketika susah , sakit dan lain-lain.

Sekadar Renungan...

 
  • Percayalah Allah S.W.T mengangkat  darjat orang yang berilmu lebih tinggi berbanding orang yang hanya melakukan banyak ilmu tanpa ibadah.
  • Tanpa kesungguhan dan istiqamah maka ikhlas itu sukar diperolehi.Ingatlah ikhlas itu apabila kita berbuat sesuatu amalam kerana Allah dan bukan dari makhluk ciptaannya.

  • Biar hidup kita sentiasa didampingi ilmu .Bercinta dengan ilmu biar berterusan.Usah berhenti setakat yang ada.Selagi hayat masih ada ,selagi itu kisah kita berpanjangan.kerana dengan ilmu dengan sendirinya kita dapat melakukan ibadah dengan betul untuk kita bawa pulang ke alam akhirat nanti.
  •  Ikhlas membaca,ikhlas memahami ,ikhlas menyampaikan ...insyaAllah kita akan dapat menikmati kemanisan ilmu.
  • Tidak ada insan yang suka dipaksa,Tidak ada insan yang suka di dera.tidak ada insan yang suka dicerca,dan tidak ada insan yang suka dipersenda. 
  • Jadikanlah orang-oarang yang soleh itu sebagai teman paling akrab yang dapat sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan dan menegur kita andai melakukan kesilapan.
  •  

Doa dipohon ada waktunya

Photo: "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu."
Surah Al-A'râf, ayat 180

Berdoalah pada Allah dan syukurilah nikmat yg telah kita perolehi..#

llwanhezll


Waktu -waktu yang dianjurkan berdoa

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh
  2. Selepas setiap solat lima waktu
  3. Antara solat Zuhur,Asar dan Maghrib
  4. Antara azan ,iqamat atau selepasnya.
  5. ketika bangun tidur
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  8. Antara takbir solat hari raya
  9. Dalam khutbah Jumaat ,hari raya atau khutbah nikah
  10. Ketikan menziarahi makam Rasulullah
  11. Ketika melakukan pekerjaan dan urusan penting
  12. Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran
  14. Ketika ditimpa kesulitan,gundah gulana dan rasa gelisah
  15. Ketika terjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama terpisah
  16. Ketika hujan turun
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  18. Sepanjang malam,terutama sepertiga yang akhir waktu makan sahur
  19. Ketika khatam al-quran 30 juzuk
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.

Sumber rujukan:Gen Q Mei 2012.