Hari ini guru-guru dan murid PPKI termasuk beberapa guru daripada aliran perdana turut serta dalam bacaan yasin untuk disedekahkan pada arwah bapa mertua En Jamaludin yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari yang lepas..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 22 Julai 2010
Latihan Bowling PPKI SMK Demak Baru (BDC)
Semalam para guru,PPM,dan murid-murid PPKI mengikuti lagi aktiviti latihan bowling di BDC,Tabuan Jaya. Sayangnya tahun ini aku tak dapat nak turut serta hanya jadi penonton saje..Kalau tidak kerana pesanan suami melarang kumain,pasti aku yang paling awal join dalam balingan bola ni..Walaupun dah setahun lebih menjalani pembedahan kerana lahir aimy,tapi dia masih belum mengizinkan...Sayang dia kat isterinya nie..
Anak-anak muridku yang ceria dan sihat.
Ada yang masuk lokang ..Ada yang lebih pandai dari cikgu.
Langgan:
Catatan (Atom)