Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 19 September 2015
Andainya kau Tahu
setiap nafasku adanya kamu
andainya kau tahu
setiap gerakku aku ingin kau tahu
andainya kau tahu
setiap bicaraku ingin ada namamu
andainya kau tahu
setiap lenaku impikan mimpi bersamamu
andainya kau tahu
berjauhan denganmu membuatkan ku rindu
andainya kau tahu
cemburu ku kerana terlalu menyanyangimu
andainya kau tahu
sama sekali tidak kuingin kongsi kasihmu pada yang lain
andainya kau tahu
tiap doaku adanya kuselit namamu
andainya kau tahu
susah payahku kerana mu
andainya kau tahu
kuketepikan segala egoku keranamu
andainya kau tahu
rasa sakit yang teramat kini
bila kutahu aku kini bukan lagi berada di carta teratas hatimu
andainya kau tahu
saban waktu aku sengsara
dalam lakunan aku ciptakan
carilah senyumku di mana manisnya
carilah tutur kataku dimana keterpaksaan dan keikhlasan itu
dalam senyum ada airmata
tanda suka bercampur duka
itulah aku kini
seorang insan yang sedang duji..
-ANAK PANTAI-
Angin Pantai
Berpupuk lembut menyentuh tubuh ku
Desiran ombak yang sesekali datang
Mrnghempas dada pantai
Mengalunkan bunyi yang cukup indah
Bagai memberi kesegaran pada minda
Yg sdg brserabut
Bila sesekali mata merenung
Jauh ketengah lautan yg tk brtepi
Ssekali keluhan meniti di bibir
Jiwa bagai kan mengerti keluhan hati
19092015
Sekadar Renungan
Tanpa senyuman wajah
tidak kelihatan ceria..
Tanpa hati perasaan akan menjadi mati...
MC lagi
Diuji lagi da akhirnya aku tak mampu bertahan..terpaksa bercuti selama 2 hari dan bersambung dengan cuti sekolah..hari ini pening dan muntah dan muntah datang lagi
Hairan kan menulis di saat aku pening tetapi inilah antara terapi cara aku..menulis melepasan perasaan di sini adalah satu yang menenangkan...
Hanya Untuk Kau Mengerti
Andai kejujuran dan keikhlasan sentiasa ada..
bukan kepuraan semata-mata.
Indahnya hidup ini
Andai kasih sayang serta pengorbanan di hargai
tidak perlu memuji atau mengeji
jua memerli
sekadar cukup memahami
hati ini..
perjalanan seorang insani
yang juga punya harga diri
untuk dimengerti..
-Anak Pantai-
Cukup sampai di sini
PPKI 6 Juara Kategori Pendidikan Khas.
Alhamdulillah masih menjadi juara bertahan untuk kategori Pendidikan Khas bagi pertandingan bulan patriotisme peringkat SMK DEMAK BARU.
Syukur berkat kerjasama anak-anak murid kejayaan menjadi milik kami..walaupun orang tak kejar tapi kita tetap kejar kejayaan.
Yang pastinya PPKI 6 mendapat pujian.sangat kreatif.dan wajar dijadikan penanda aras kepada kelas aliran perdana.itu kata pegawai penerangan yang menilai...
Alhamdulillah sekali lagi.