Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 19 September 2015

Andainya kau Tahu

andainya kau tahu
setiap nafasku adanya kamu
andainya kau tahu
setiap gerakku aku ingin kau tahu
andainya kau tahu
setiap bicaraku ingin ada namamu
andainya kau tahu
setiap lenaku impikan mimpi bersamamu
andainya kau tahu
berjauhan denganmu membuatkan ku rindu
andainya kau tahu
cemburu ku kerana terlalu menyanyangimu
andainya kau tahu
sama sekali tidak kuingin kongsi kasihmu pada yang lain
andainya kau tahu
tiap doaku adanya kuselit namamu
andainya kau tahu
susah payahku kerana mu
andainya kau tahu
kuketepikan segala egoku keranamu
andainya kau tahu
rasa sakit yang teramat kini
bila kutahu aku kini bukan lagi berada di carta teratas hatimu

andainya kau tahu
saban waktu aku sengsara
dalam lakunan aku ciptakan
carilah senyumku di mana manisnya
carilah tutur kataku dimana keterpaksaan dan keikhlasan itu
dalam senyum ada airmata
tanda suka bercampur duka
itulah aku kini
seorang insan yang sedang duji..

-ANAK PANTAI-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!