Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 19 Mei 2011
Video Azib
Buat Anakku Muhammad Azib, emak rakamkan video ini buat tatapanmu bila Azib dewasa nanti.Ketika ini usia Azib baru mencecah 54 hari.Semoga memori-memori emak bersama Azib sentiasa diingatan walaupun emak tiada lagi di sisi Azib dan di alam fana ini.
Happy Birthday Ustaz Badrol Hisham Majid
Hari ini hari ulangtahun kelahiran rakan saya kat PPKI SMK Demak Baru, Ustaz Badrol Hisham Majid.Kak Ita doakan ustaz sentiasa dipanjangkan umur,murah rezeki,happy dengan insan tersayang disisi. Amin.
Semoga kita sama-sama bekerjasama berjuang untuk anak-anak istimewa kita yang tercinta.InsyaAllah..
Semoga kita sama-sama bekerjasama berjuang untuk anak-anak istimewa kita yang tercinta.InsyaAllah..
Ustaz nie garang dengan anak-anak murid tapi dalam masa yang sama sangat prihatin,baik...
Langgan:
Catatan (Atom)