Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Jumaat, 30 Ogos 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN 2013 DI SARAWAK


MAJLIS PERASMIAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN 2013 DI SARAWAK

1st announcement
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
PARA TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
TERIMA KASIH.

2sd announcement 
KERJASAMA PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA SILENT MODE,KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI

PARA TETAMU JUGA DIPOHON UNTUK TIDAK MEMBUAT SEBARANG BENTUK RAKAMAN DALAM MAJLIS KONSULTASI BAJET INI.TERIMA KASIH.

(sebelum mula majlis perasmian)
(apabila kendengaran siren motorcade)
MOHON PERHATIAN,
DIJEMPUT PARA HADIRIN UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI. TERIMA KASIH
(ketibaan YB Menteri kewangan 11 & Dif kehormat diiringi dengan penari)
MENGUMUMKAN KETIBAAN,
YANG BERHORMAT,
DATO 'SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
MENTERI KEWANGAN 11.
(diiringi tarian daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak)
(pause-Menteri Kewangan 11 mengambil tempat .Tarian masuk sehingga tamat).
DEMIKIANLAH TADI TARIAN YANG DIPERSEMBAHKAN DARIPADA JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI SARAWAK YANG DIBERI NAMA HARMONI SATU MALAYSIA.
(PAUSE)

BISMILLAHI RAHMAANI RAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1MALAYSIA.

YANG BERHORMAT,
DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH,
MENTERI KEWANGAN KEDUA

YANG BERBAHAGIA,
DATUK NOZIRAH BT BAHARI
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN (PENGURUSAN)


YANG BERHORMAT,
TAN SRI DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN ABDUL GHANI
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK.
YANG BERBAHAGIA,
DATUK MAD YAHAYA BASIMIN
SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
YANG BERBAHAGIA
DATU JABIDAH BT MONSERI
PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN SARAWAK
YANG DIHORMATI KETUA-KETUA JABATAN,
TUAN-TUAN,
PUAN-PUAN,
DAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.
SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN
TERBANG SEIRING DITEPI KALI
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN
MOGA DIIRING RESTU ILAHI
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.

MAJLIS PADA PAGI  ,TERLEBIH DAHULU,INGIN MENGALUKAN -ALUKAN KEHADIRAN YANG BERHORMAT,
DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH DAN PARA HADIRIN SEKALIAN, KE MAJLIS PERASMIAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN 2013 DI SARAWAK.

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN TELAHPUN DIADAKAN DENGAN JAYANYA DI PUTRAJAYA PADA 3 JULAI YANG LEPAS.DAN PADA HARI INI TIBALAH GILIRAN KAMI PULA 9 AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN BERKOLOBORASI DAN BERGADING BAHU UNTUK MENJAYAKAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN DI SARAWAK PULA.
BERTEMAKAN "MOF BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT,MENYAMPAIKAN KHIDMAT TERBAIK":KAMI AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN DI SARAWAK MENGHARAPKAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN INI DAPAT MENJADI SATU PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN MESEJ INI TERUS KEPADA RAKYAT.

LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH
DAHAN TERIKAT TALI PERKASA
SEPULUH JARI  KAMI MENADAH
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI, DIJEMPUT ENCIK MOHD SHAHFRI BIN MUKHTAH UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.

DIPERSILAKAN.

**********DOA RECITAL*****

TERIMA KASIH ENCIK  MOHD SHAHFRI BIN MUKHTAH. 
BAGI MEMULAKAN MAJLIS PADA PAGI INI DIJEMPUT HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK SAMA-SAMA BERDIRI UNTUK NYAYIAN LAGU NEGARAKU,LAGU IBU PERTIWIKU DAN AMANAH YANG AKAN  DIIRINGI OLEH KOIR LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI CAWANGAN SARAWAK.
**********************************************************
TERIMA KASIH.HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN DIJEMPUT DUDUK.
SUDILAH TUAN JALAN BERLAPAN
JALAN BERLAPAN DI MALAM KELAM
SULAH DATU BERI UCAPAN
KATA ALUAN PEMANIS KALAM.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATU JABIDAH BT MONSERI,PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN SARAWAK SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN DI SARAWAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN .DIPERSILAKAN.
******UCAPAN ALUAN OLEH PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN***

TERIMA KASIH YANG BERBAHAGIA DATU JABIDAH MONSERI ATAS UCAPAN ITU TADI.

MAKAN NASI DI TEPI BUSUT
MAKAN BERKUAH SI AIR KARI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT 
MENDENGAR AMANAT DATUK MENTERI..
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMJENPUT YANG BERHORMAT DATO SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH MENTERI KEWANGAN KEDUA,UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN 2013 DI SARAWAK.
DIPERSILAKAN

******UCAPAN YB***********

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO" SERI ATAS UCAPAN ITU TADI.

SEBAGAI KEMUNCAK MAJLIS HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN DI SARAWAK PADA HARI INI,DIJEMPUT YANG BERBAHAGIA ,DATU' JABIDAH BT MONSERI,PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN SARAWAK UNTUK MENGIRINGI YANG BERHORMAT DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH SERTA DIF-DIF KEHORMAT UNTUK NAIK KE PENTAS UNTUK MELANCARKAN  GIMIK PELANCARAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN 2013 DI SARAWAK.

TERIMA KASIH YANG BERHORMAT DAN DIF-DIF KEHORMAT SEKALIAN.

BAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN DIJEMPUT SEKALI LAGI KOIR KUMPULAN KOIR LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI CAWANGAN SARAWAK YANG MENGGELARKAN DIRI MEREKA SEBAGAI KOIR D'HASIL DIBAWAH PIMPINAN ENCIK ZAIFUL AMRI AEDIN UNTUK PERSEMBAHAN KOIR YANG BERTAJUK SATU MALAYSIA.

PARA HADIRIN SEKALIAN DIJEMPUT BERSAMA-SAMA UNTUK MENGIBARKAN BENDERA DAN MENYAYI BERSAMA-SAMA.

****LAGU SATU MALAYSIA****

BANYAK KELUK KE PENARIK
KELUK TUMBUH POHON KUINI
NAN ELOK BAWALAH BALIK
NAN TAK ELOK TINGGALLAH DI SINI.

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA
ANAK DUSUN PASANG PELITA
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA

DIJEMPUT SEKALI LAGI DATU JABIDAH BT MONSERI,PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN SARAWAK UNTUK MENGIRINGI YANG BERHORMAT DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH SERTA DIF-DIF KEHORMAT UNTUK MELAWAT KE KAUNTER-KAUNTER PAMERAN.

SEKIAN SAHAJA MAJLIS KITA PADA HARI INI.

SAYA AKHIRI DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH,WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLAHI WABARAKAATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA.


(teks ni saya ambil dengan en suami sempena majlis ni..terima kasih kerana dapatkan untuk saya dan terima kasih pada yang membuat teks ni ya..)


Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998