Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 5 Disember 2013

Bunga Matahari-Satu ketika suka tanam bunga ni...


Hari tu masa jalan-jalan masuk kampung saya terjumpa bunga matahari ni  tepi halaman rumah Kesah..nama salah seorang penduduk yang tinggal di Batu rakit.
Terkedu saya seketika...terbayang balik kenangan dulu
masa remaja suka sangat tanam pokok.. bunga
salah satunya pokok bunga matahari inilah..
banyak bunga ni kat halaman rumah dulu
tiap pagi saya pasti merenung bunga ni sebelum pergi ke sekolah...
Selain bunga matahari,pokok kembang pagi dan pokok bunga tahi ayam
turut menghiasi halaman rumah saya..
ternyata saya rindu saat itu

Jalan-Jalan masuk kampung Batu Rakit
















Salam dari desa

Salam dari desa...
tenang rasa hati menikmati suasana kampung halaman
dengar desiran angin
bunyi kicauan burung amat menenangkan
lain nya rasa angin kampung ni...
deruman ombak ganas memecah pantai seolah tahu kegusaran hati
gembiranya tika melihat tingkah anak-anak 
gembira dan ceria luar biasa
inilah indahnya sesekali balik kg.
gurau senda hila tawa sentiasa menghiasi
namun kemeriahan semakin sampai ke detiknya...
hanya beberapa hari saje
desiran angin pantai akan ditinggalkan tiada lagi hila tawa gurau senda
yang ada hanya sunyi sepi
 
 
 

Bila hati berbicara

Lama juga meninggalkan catatan jemari disini....kadang kala kesibukan membatasi diri untuk menitipkan apa yang terakam diminta tak tercoret di blog kesayangan ini..blog yang memberikan seribu ketenangan..kawan sejati diri yang sentiasa bersedia mendengar luahan hati...
  • mengertikah orang pengorbanan yang telah dilakukan...kadang kala diri sendiri sukar dimengertikan mengapa terlalu mudah kesian pada orang lain yang akhirnya diri sendiri susah.inilah sifat yang tak mampu dikikis...
  • kita boleh merancang..berangan untuk sesuatu perkara dalam hidup kita...ye..selalu saya berangan sifat ini sentiasa ada tahkala cuba menghiburkan hati..pejamkan mata bayangkan apa yang kita lakukan walaupun realitinya tak termampu kita rasai..itu sudah bisa membuat diri ini tersenyum..
  • selalu berangan untuk berkongsi keluarga dengan orang lain..yang boleh menerima kita seadanya..membahagiakan mereka dengan apa yang ada..buat orang sayang dan terima kita...masih berusaha ke arah itu .dan masih gagal buat mereka terima saya seadanya...
  • dalam diri ini hanya tahu untuk buat orang happy dan happy walaupun oarang sering berprasangka...hanya Allah tempat mengadu..
  • sering diuji dan biasa ujian itu gagal ditempuhi...
  • pada suami....dugaan dan cabaran untuk awak terlalu tinggi kerana memilih saya sebagai isteri...maafkan saya atau mungkin takdir malang buat awak kerana mendapat isteri seperti saya..
  • pada anak-anak...mengharapkan doa sentiasa dibir kalian buat kami sebagai ibu dan bapa.sesunguhnya semua ibu ingin menjadi ibu mithali yang menjadi kebanggaan anak-anak...bangga kah kamu dengan mak sepertiini yang gagal dalam segala-galanya...
  • pada mak dan ayah..telah cuba sedaya upaya untuk memenuhi selagi termampu..tapi saya tahu saya tak mungkin dapat membalas segala jasa dan pergorbanan mak dan ayah selama ini..
  • pada ayah mertua..maafkan saya kerana jarang saya berbicara dengan ayah..walaupun dalam hati terlalu menyayangi ayah seperti ayah saya sendiri..jarang saya ambil tahu pasal ayah..
  • pada adik -adik ipar..saya cuba untuk berada di dalam kelompok ini..menganggap kalian umpama adik sendiri menegur seperti darah daging demi untuk kebaikan bersama..maaf mungkin saya tidak wajar untuk melakukan itu...tiada kemesraan antara kita walau hakikatnya itu bukan impian saya...jarak dan masa semakin merenggangkan kita juga sesama anak-anak kita...kadang-adang terfikir menyesalkah kalian memiliki kakak ipar seperti diri ini....hanya kalian yang ada jawapannya..
  • pada kawan-kawan yang menganggap diri ini kawan..terima kasih kerana tidak menjadi talam dua muka...simpati dengan penuh keikhlasan dan tidak mempergunakan diri ini untuk kepetingan diri...
catatan ini lahir dari hati....kadang kala kejujuran itu amat pahit untuk ditelan...