Melihat gambar di atas mengingatkan diri ini pada pengorbanan kakak saya ni. Tersentuh hati saya saya imbas balik apa yang telah dia korbankan pada saya dan adik-adik selama ini.Andainya dia tidak korbankan pelajaran mungkin dia juga berada seperti kedudukan saya hari ini.Dia lah yang menjaga makan minum kami sekeluarga...Seingat saya jadual kakak saya ini penuh padat ..jadual secara tidak langsung wujud tanpa disedari.Seawal pagi kakak telah bangun membuat kan kerja-kerja rumah.Membasuh baju,menyapu sampah ,mengangkut air dari telaga yang agak jauh.Emak pulak selepas azan subuh sudah bergegas ke bandar Terengganu untuk membeli barang-barang jualan.Tanggungjawab di rumah digalas sepenuhnya oleh Kak Jan.Saya pulak tika tu hanya tau bangun pagi dan pergi ke sekolah.Tika itu adik seperti Jo,Ida dan Ja ,Kak Janlah yang mengasuhnya,pakai makan dia orang,semuanya Kak Jan yang buat.Seolah-olah mereka pula anak Kak Jan Itu belum masuk lagi mengemas dan menjaga kedai..Penatnya Hanya Allah sahaja yang tau kan.Hanya waktu petang sahaja bila diri ini pulang dari sekolah kita bergilir-gilir melakukan kerja.Kita berdua sememangnya diuji dengan begitu kuat..Tapi kerana ujian itu menjadikan kita seorang yang tabah.
Kak Jan..
Sememangnya dirimu insan yang amat mulia.Patutlah semua adik beradik kita begitu menyenangimu.
Dirimu sunyi dalam keriuhan tapi kau sembunyikan di sebalik wajah dengan hilai tawa dan gurauan.Hidup Kak Jan dan dunia Kak Jan hanya pada adik-adik kita dan juga membantu mak mengalas tanggungjawab rumahtangga.Penat lelah kak Jan ketepikan demi membantu mak tika dulu.Dunia percintaan jua Kak Jan abaikan sedangkan diri ini tau Kak Jan jua insan yang ingin dicintai dan mencintai.
Kak Jan.
Pengertian Kak Jan suatu ketika dulu ,sehingga kini akan tetap diri ini kenangi.Dirimu insan yang paling memahami kemahuan dan kehendak diri ini.Kak Jan sentiasa menjadi tempat meluahkan rasa hati.Kak Janlah juga menjadi penyokong kuat untuk diri ini terus berusaha dan berusaha hingga hari ini diri ini sudah dapat mengapai apa yang dimpikan selama ini.
Kak Jan..semoga hidupmu sentiasa diberkati..hari-harimu sentiasa ceria menemani..