Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 22 September 2014

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT LHDN MALAYSIA KUCHING 2014.(CSR)



PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT LHDN MALAYSIA
KUCHING 2014.

MENGUMUMKAN KETIBAAN ROMBONGAN PROGRAM KAYUHAN KAYUH LHDN MALAYSIA YANG DIKETUAI YANG BERBAHAGIA,
DATIN  JOSEPHINE JOHN
PENGARAH NEGERI SARAWAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

TARIAN SELAMAT DATANG
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG YANG  AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI.
DIPERSILAKAN.
DEMIKAIANLAH PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG YANG TELAH DI PIMPIN OLEH CIKGU LINA DAN CIKGU SITI SURIANI.


NYANYIAN LAGU NEGARAKU/LAGU IBU PERTIWIKU/DEMAK GEMILANG

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

SEBAGAI PEMULA ACARA,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT HADIRIN DAN HADIRAT  BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU DAN DIIKUTI PULA LAGU IBU PERTIWIKU DAN SETERUSNYA DEMAK GEMILANG.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.



KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS


KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIRTUAN PUAN MERIAH SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA.

BISMILAHHIRAMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

YANG BERBAHAGIA,
DATIN  JOSEPHINE JOHN

PENGARAH NEGERI SARAWAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

YANG BERBAHAGIA
E SAIBUN SALAM
PENGARAH CAWANGAN KUCHING




MR KIEW KIM HIN
PENYELIA KANANPENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
WAKILI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

KALAU ADA PPD…………………………………………………………………….




 YANG  BERUSAHA

CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
 PENGETUA SMK DEMAK BARU KUCHING

EN MOHD FAISAL IBRAHIM
PENGERUSI  SKUAD SAYANG
 LEMBAGA  HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA CAWANGAN KUCHING

BARISAN PENGARAH CAWAGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA SARAWAK

YANG DIHORMATI,

USTAZ BUSMAN BIN RAMBLI
YANG DIPERTUA PIBG ,SMK DEMAK BARU

IBU BAPA

WAKIL MEDIA

TUAN –TUAN ,PUAN-PUAN,

DAN PARA PELAJAR PPKI   SEKALIAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS  PROGRAM CSR LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  MALAYSIA,KUCHING  2014,.


BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI PAGI YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

SYUKRA JAZILAN KEPADA USTAZ  BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.



UCAPAN PENGETUA

 HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU, DI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.


UCAPAN PENGARAH NEGERI LHDNM SARAWAK

SIDANG HADIRIN YANG DIMULIAKAN

TAK LENGKAP BAHTERA TANPA NAKHODA
TAK LENGKAP MALAM TANPA PURNAMA
TAK LENGKAP LAUT TANPA OMBAK BADAINYA
TAK LENGKAP GURU TANPA MURIDNYA
 TAK LENGKAP LHDN TANPA CUKAINYA
TAK LENGKAP SAMBUTAN TANPA UCAPANNYA…



TIBALAH MASANYA MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA  DATIN  JOSEPHINE JOHN
PENGARAH NEGERI SARAWAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA DATIN  JOSEPHINE JOHN,DI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN CENDERAHATI

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA EN SAIBUN SALAM DAN  YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI  MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA DATIN UNTUK ACARA PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN CENDERAHATI.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATIN JOSEPHINE JOHN UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PROJEK MENCUCI KERETA PPKI SMK DEMAK BARU KEPADA YANG BERUSAHA  CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU.
.

SETERUSNYA SEBAGAI  TANDA KENANGAN BUDI  TERIMALAH SEDIKIT  CENDERAHATI….
 MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA DATIN.
JOSEPHINE JOHN.

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI,DARI KAMI SEIKHLAS HATI.   ,.SEMOGA PROGRAM  CSR TAHUN DEPAN MASIH LAGI DI SINI..


SUNGGUH SYAHDU PERTEMUAN DENGANMU


LAMA TERPISAH AKHIRNYA BERTEMU

SUMBANGAN  DIBERI TANPA JEMU

SEMOGA TUHAN MEMBALAS JASAMU
.


PERSEMBAHAN NYAYIAN DARI ADIK HAZIQ

SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN PULA OLEH ALUNAN SUARA DARIPADA NYAYIAN ADIK..HAZIQ............................DENGAN TAJUK LAGUNYA....SI KATAK..........................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK HAZIQ ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.




PERSEMBAHAN NOPENG


SETERUSYA KITA AKAN DIHIBURKA DENGAN SATU PERSEMBAHAN NOPENG OLEH PELAJAR –PELAJAR PPKI.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN NOPENG  DARIPADA PELAJAR-PELAJAR PPKI DI BAWAH PIMPINAN CIKGU KAMARIAH KUNGGI.




NYAYIAN LAGU KEMERDEKAAN

BEGITU PANTAS DETIK MASA BERLALU,KITA BAKAL MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI. DENGAN PENUH KEDAMAIAN.INI JELAS MEMBUKTIKAN BETAPA BERUNTUNGNYA KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,HIDUP DI BUMI BERTUAH INI.
PARA HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN  LAGU PATRIOTIK  TANGGAL 31
DIJEMPUT BARISAN TETAMU KEHORMAT UNTUK KE ATAS PENTAS BAGI SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU INI.
KEPADA SEMUA YANG BERADA DI LOBI INI DIPERSILAKAN BERDIRI ,BAGI MENZAHIRKAN RASA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA,MARILAH SAMA-SAMA DENGAN PENUH SEMANGAT MENYANYIKAN LAGU TANGGAL 31, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK .

SESI BERGAMBAR
SEBAGAI TANDA KENANGAN  MAJLIS MENJEMPUT  YANG BERBAHAGIA DATIN  JOSEPHINE JOHN DAN SEMUA YANG HADIR KE HADAPAN UNTUK
SESI BERGAMBAR DIPERSILAKAN.
GIMIK
TUAN TUAN
PUAN PUAN ,HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
BAGI ACARA SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID BAGI MEMPERSILAKAN DAN MENGIRINGI  YANG BERBAHAGIA DATIN  JOSEPHINE JOHN ,BARISAN PENGARAH CAWANGAN SERTA DIF-DIF JEMPUTAN  SERTA IBU BAPA KE TAPAK CUCI KERETA.
MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN

PROGRAM BERSAMA PELAJAR
(DIURUSKAN OLEH CIKGU SAIE SEMENTARA MENUNGGU GIMIK SELESAI)

JAMUAN


PENUTUP

SEBELUM KITA BERSURAI,PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN SEGALA KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG ,KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF.
BUNGA DEDAP DI  ATAS PARA
ANAK DUSUN PASANG PELITA
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA
BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI..MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.

Mee Rebus Terengganu



Bahan-Bahan
Sebungkus mee kuning dicuci dan ditoskan dan dicelup seketika
Untuk Kuah
4 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah*
satu sudu lada hitam*
Bahan bertanda * ditumbuk
tumis bahan tumbuk tadi bersama bawang merah dan bawang putih mayang
masukkan air
Pecahkan telur
masukkan garam dan kiub know atau pearsa
sedikit gula
sedikit cuka.

celurkan sawi dan taugeh
untuk sambal tumbuk 3 ulas bawang putih bersama 4 cili halus 1 biji cili besar bersama cuka dan sedikit gula....Siap...

Singgang pedas ikan caru bersama terung masam


Bahan-Bahan
2 ekor ikan cengcaru dipotong dua
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas
11/2 inci kunyit hidup *
4-6 cili api *
(yang bertanda semua ditumbuk

2 keping asam keping
segenggam daun kesum
1 biji terung masam
air
garam

Caranya
Masukka bahan yang letak ditumbuk bersama air kedalam periuk
Masukkan asam keping,daun kesum ,terung masam dan ikan
Masukkan garam dan gula
tunggu seketika kemudian angkat,

Resepi Kacang Botol Goreng


Bahan-Bahan
 kacang botol 4 biji
4 biji cili api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Bawang besar dihiris bulat
sedikit air

Caranya
Tumbuk semua bahan
panaskan minyak tumiskan bahan yang ditumbuk
masukkan kacang botol yang telah dihiris bersama sebiji bawang besar yang dipotong halus
masukkan semua perasa
bila namapk kacang layu sedikit barulah ditup api..
(kalau tak suka belacan tukarka dengan 1 kiub know)

Resepi Masak Lemak Pucuk paku Bersama Telur Puyuh


Bahan-Bahan
Seikat pucuk paku ambil bahagian lembut sahaja
6 biji telur puyuh yang telah direbus dan dikupas kulitnya
4 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
3 biji cili padi ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
garam dan gula secukup rasa

Caranya
Didihkan santan bersama bahan yang ditumbuk sehingga mendidih
Perasakan dengan sekeping asam gelugor garam dan gula
masukakan pucuk paku dan telur
biarkan mendidih kemudian angkat.

Agar-agar santan gula melaka/sirap


Bahan-Bahan
10 gm agar-agar
2 cawan air/1/2 liter air
250ml santan(100ml santan kotak dan air
1biji telur masukkan dalam santan dan kocak dengan garfu
secubit garam

Bahan-bahan air gula
1/2 liter air/2 cawan
1 keping nisan/gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan disimpul

Caranya
Masak gula melaka yang diracik halus bersama air gula pasir dan daun pandan dan secubit garam
masak hingga mendidih sehingga dapat 2 cawan air
Dalam periuk lain masak 2 cawan air bersama serbuk agar-agar sehingga mendidih sambil dikacau.
kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka dan kacau lagi hingga mendidih
kecilkan api dan masukkan campuran santan ,telur dan garam kacau dan tunggu hingga menggeleggak kea atas api sederhana
bila mengeleggak biar seketika lebih kurang 1-3 minit sambil dikacau=-kacau hingga adunan berbintil.tutup api
Basahkan loyang dengan air kemudian tuang adunan santan.
sejukkan
 

Resepi Char Kueh Teow Sedap


Bahan-Bahan
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih diketuk
6 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis
1 sudu petis
2 sudu pati ikan bilis/udang
1 sudu garam
1 sudu gula

Untuk Mee
300 gm kuey teow
1 sudu cili boh
kerang
sedikit daun kucai & taugeh
2 biji telur

Caranya
Rebus udang dengan air,biala udang masak angkat udang dan toskan .air uadang dicampurakn dengan paste hingga pekat .matikan api.

Untuk mee
Tumis cili boh hingga garing
Masukkan 4 paste tadi Masukkan udang yang telah direbus
dan kerang
Letak 1/2 cawan air
masukkan kueh teow ,daun kucai dan taugeh.
Pecahkan telur.
Masak dlam 3-4 minit sahaja
pastikan api kuat ketika memasak

Resepi Pulut Kuning Gulai Ikan Tongkol Terengganu

Resepi
500 g beras beras pulut
1 keping asam keping
1 inci kunyit hidup tumbuk dan tapis airnya
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu gula
11/2 cawan santan pekat
1 sudu garam
Cuci beras pulut dan rendam semalaman bersama garam dan asam keping selama 2 jam atau semalaman.
Kukus sehingga naik wap dari tepi periuk
Angkat keluarkan pulut tuangkan santan yang telah digaulkan dengan sedikit garam dan gula.kacau dan masukkan semula dalam periuk pengukus.letakkan sehelai daun pandan.kukus lagi hingga naik wap.
Bila dah masak boleh ditekankan dalam acuan supaya berbentuk..
Kalau nak pulut berkilat masukkan gula setelah api ditutup....ikhlas cgu ita




Gulai Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol dikukus
1 mangkuk santan
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
3 keping asam gelugor
5 sudu cili giling
sedikit cili padi
Garam ,gula melaka.

Caranya
Kacau santan hingga mendidih kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar ,rempah dan asam keping kemudian masukkan ikan yang telah dikukus serat cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
Masukkan garam,gula melaka 
Biarkan kuah itu menjadi pekat






Resepi Nasi Lemak Ikan bIlis Terengganu


Photo: Nasi lemak dah siap
Bahan-Bahan
2 cawan beras atau beras siam wangi
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu kecil gula
1/2 sudu garam
2 helai Daun pandan

Cara Membuatnya
Masukkan beras dan segala-galanya dalam periuk.Tanak macam biasa

Sambal Ikan Bilis
3 Ulas Bawang Merah
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
Seiris lengkuas
Sebiji cili padii
4-5 Tangkai cili kering yang direndam dan dikisar
1 sudu besar nisan/gula melaka
1 sudu asam jawa
1 sudu kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan ikan bilis goreng
3 sudu besar untuk menumis

Cara Membuatnya
Kisar bawang merah,bawang putig,lengkuas ,halia dan cili
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga pecah minyak
masukkan air manisan asam jawa ,kicap manis,garam
Bila sudah pekat masukkan ikan bilis
Siap untuk di makan.

Resepi Basi Goreng Kampung


 Bahan-Bahan
3 cawan nasi putih
10 biji cili merah dan hijau ditumbuk
5 biji bawang merah dan 6 biji bawang putih ditumbuk kasar
ikan bilis digoreng
1 ikat sawi
3 sudu minyak masak
garam dan gula seukup rasa
secubit asam jawa
1 biji telur

Cara-Caranya
Panasakan minyak dalam kuali .
Masukkan bahan tumbuk tumis hingga bawang kekuningan.
Masukan ikan bilis
masukkan sawi,aram ,asam jawa dan gula secukup rasa
Masukkan telur
Masukkan nasi  hingga nasi berasap angkat.

Ahad, 21 September 2014

Resepi sate Terengganu





Photo
Bahan-Bahan
Daging ayam  sekilo dihiris 2.5cm
11/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
Minyak untuk merenjis (guna serai dalam minyak dletakka sedikit madu dan hirisan bawang merah)


Bahan Untuk dikisar halus
3 ulas bawang merah
2 buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm minyak hidup /2 sudu serbuk kunyit
4cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas

Cara Menyediakannya
Campurkan gula madu,minyak masak dan garam ke dalam bahan kisar
perap daging 3 jam ke atas
cucuk dengan lidi dan bakar
renjis minyak dengan serai (Lidi direndam di dalam air selama 2 jam untuk mengelakkan lidi terbakar).


Resepi Kuah Kacang

Minyak untuk menumis
air secukupnya
1 keping asam keping atau 1 sudu besar air asam jawa
2-3 sudu besar gula melaka
garam
250ml santan pekat
500 gm kacang tanah di sangal ,dibuang kulit ditumbuk/dikisar
2 batang serai diketuk
15 biji bawang merah
20-30 tangkai cili kering
2cm lengkuas dikisar
2ulas bawang putih dikisar
2 biji buah keras dikisar.

Ingat Tu...

Kenangan bukanlah percuma.namun kosnya sedikitpun tidak melibatkan wang ringgit.tetapi masa.
Semuanya bergantung kepada kita untuk bagaimana membuatkan setiap moment tersebut berharga.setiap anak2 layak untuk mendapat zaman kanak2 yang indah.janganlah mensia2kannya...

Mee Kolok Goreng

Photo: Mee kolok goreng 
Bahan-Bahan(1 hingga 2 Orang Makan)
100gm Mee Kolok dicelur dan ditoskan
sedikit hirisan daging/ ayam yang telah direbus
1-2 sudu cili kisar
1 sudu makan mee maggi cukup rasa
1 sudu makan kicappekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 biji telur
sedikit sawi dan taugeh
garam dan gula secukup rasa
daun sup/bawang

Cara-Cara
Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Tumis cili kering hingga garing
Masukkan daging/ayam dan kicap ,pecahkan telur
tambahkan gula dan garam
sedikit cuka
serbuk maggi dan akhir sekali mee ,taugeh dan sawi .taburkan dengan daun bawang dan sup
Gaul sekejap dan boleh hidangkan...Selamat Mencuba
 

Resepi Kek Minyak Gebu Dan Sedap


Photo: Kek minyak baru masak
Bahan-Bahan
5 Biji Telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu Barking Powder
1/2 cawan gula kaster
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovellate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil vanila
sedikit perisa yang didsukai
perwarna merah ,kuning,hijau

Cara-Cara
Ayak tepung bersama barking powder
Sapu loyang dengan mentega,letakkan kertas
panaskan pengukus

Pukul telur ,gula ,overlatte hingga kembang
masukkan susut pekat dan esen vanila
pukul sekejap
Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan sahaja

Akhir sekali masukkan tepung gandumsedikit demi sedikit
gaul rata.Selepas itu bahagikan kepada 3 adunan tuangkan kedalam loyang bersaiz 8" atau 9"
Kukus sehingga 45 hingga 50 minit ke atas.

Antara Nikmat Yang DitariK

Kalau Allah tak gerakkan hati...duduk dekatpun tak mampu nak jerguk mak walaupun sekejapkan...sedàngkan dgn kawan2 blh pulok setiap hari tanya khabar kut fb lah wasaplah...
Mungkin mak kita dah letak di no paling last org2 yg kita ingati....itulah nikmat yg Allah tarik balik tanpa kau sedari...

Resepi Donut Gebu





Siap satu menu donut gebu

Resepi

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis jenama mauripan
1 biji telur

Caranya
Cairkan mentega dan ketepikan
Gula dan susu disatukan dalam air suam.kacau sehingga larut.masukkan yis kacau lagi.biarkan selama 10 minit
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi
Masukkan campuran yis ke dalam mangkum yang diisi tepung
Gaul sebati dengan senduk kayu dan masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan seketika.tujuannya yis cepat mengembang.
Banyakkan tepung di tangan .bulatkan dan leperkan adunan dan terap acuan donut.

Sediakan minyak untuk mengoreng
Nampak kekuni gan angkat dan tabur gula caster.

Selamat mencubaikhlas Cikgu Ita

Photo: Siap satu menu donut gebu

Resepi

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis jenama mauripan
1 biji telur

Caranya
Cairkan mentega dan ketepikan
Gula dan susu disatukan dalam air suam.kacau sehingga larut.masukkan yis kacau lagi.biarkan selama 10 minit
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi
Masukkan campuran yis ke dalam mangkum yang diisi tepung
Gaul sebati dengan senduk kayu dan masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan seketika.tujuannya yis cepat mengembang.
Banyakkan tepung di tangan .bulatkan dan leperkan adunan dan terap acuan donut.

Sediakan minyak untuk mengoreng
Nampak kekuni gan angkat dan tabur gula caster.

Selamat mencubaó¾ £ikhlas Cikgu Ita

Resepi Sagu Gula Melaka

Sagu gula melaka...

Resepinya
300g sagu dicuci dan ditoskan
2 liter air
2 helai daun pandan disimpul
3/4 camca teh perwarna merah
1 keping nisan atau gula melaka dimasak dengan 11/4 air
1 cawan gula pasir dan daun pandan dimasak bersama gula melaka tadi
1 cawan pati santan dengan 1/4 camca teh garam..satukan dan panadkan sekejap.(simpan dalam peti ais)

Caranya
Didihkan 2 liter air bersama daun oandan dan perwarna merah
Masukkan sagu dan masak dengan api yang sederhana..hingga sagu menjadi jernih
Kacau sentiasa dan tutup api biar kan sagu seketika di dalam periuk
Tuang dan tapis sagu dibawah air paip untuk membuang kanjinya.
Masukkan dalam acuan yang disukai
Dan simpan dalam peti sejuk..tuang santan dan gula melaka apabila hendak dimakan..
Selamat mencubaikhlas dr Cgu Ita

Ikan ICT (Ikan Celup Tepung)

Baru siap ikan ict.ayam ala kfc dan udang celup tepung

Resepi ikan celup tepung

Bahan
5 ekor ikan kembung atau selayang
5 sudu tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur
1biji telur
Sedikit garam
Minyak yang banyak untuk mengoreng
Sedikit gula..hujung sudu kecil sahaja
Caranya
Bancuh semua bahan dengan meletakkan air sedikit demi sedikit
Panasjan minyak dengan api yang sederhana
Ikan dicelupkan dalam adunan
Kemudian digoreng hingga masak.💕cgu ita

Resepi Pulut Nyiur


Menu seterusnya pulut nyiur jelah..

Resepi Pulut nyiur

2cawan pulut
1/2 kelapa parut putih
Garam
Gula

Caranya
Masukkan pulut masak macam nasi biasa tapi kurangkan air takut lembik
Kelapa dikukus sekejap untuk elak dari cepat basi
Gaulkan kelapa bersama garam dan gula
Nak sedap lagi goreng ikan kering atau ikan kukus...makan dengan pulut yang telah digaul nyiur tadi...😛ikhlas Cgu Ita


Photo: Menu seterusnya pulut nyiur jelah..

Resepi Pulut nyiur

2cawan pulut
1/2 kelapa parut putih
Garam
Gula

Caranya
Masukkan pulut masak macam nasi biasa tapi   kurangkan air takut lembik
Kelapa dikukus sekejap untuk elak dari cepat basi
 Gaulkan kelapa  bersama garam dan gula
Nak sedap lagi goreng ikan kering atau ikan kukus...makan dengan pulut yang telah digaul nyiur tadi...ó¾°›ikhlas Cgu Ita