Resepi
500 g beras beras pulut
1 keping asam keping
1 inci kunyit hidup tumbuk dan tapis airnya
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu gula
11/2 cawan santan pekat
1 sudu garam
Cuci beras pulut dan rendam semalaman bersama garam dan asam keping selama 2 jam atau semalaman.
Kukus sehingga naik wap dari tepi periuk
Angkat keluarkan pulut tuangkan santan yang telah digaulkan dengan
sedikit garam dan gula.kacau dan masukkan semula dalam periuk
pengukus.letakkan sehelai daun pandan.kukus lagi hingga naik wap.
Bila dah masak boleh ditekankan dalam acuan supaya berbentuk..
Kalau nak pulut berkilat masukkan gula setelah api ditutup....ikhlas cgu ita
Gulai Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol dikukus
1 mangkuk santan
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
3 keping asam gelugor
5 sudu cili giling
sedikit cili padi
Garam ,gula melaka.
Caranya
Kacau santan hingga mendidih kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar ,rempah dan asam keping kemudian masukkan ikan yang telah dikukus serat cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
Masukkan garam,gula melaka
Biarkan kuah itu menjadi pekat
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tq resepi nasi kunyit cuma bhg gulai ikan tu...rempah tidak disebut..rempah kari ke
BalasPadam