Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 3 Mei 2017

DYSPRAXIA

DYSPRAXIA

Apa itu Dispraxia?

Dyspraxia adalah kesulitan yang dialami seorang kanak-kanak dalam melaksanakan proses  “pembentukan idea” untuk membuat satu gerakan terancang, proses dalam “perancangan gerakan” untuk mencapai idenya, dan proses “pelaksanaan gerakan “ atau action tersebut.
      Siapakah yang belum pernah mendengar cerita fiksi yang terkenal di seluruh dunia bertajuk “Harry Potter”? Cerita yang ditulis dalam 7 siri novel ini diangkat ke layar lebar dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada seluruh dunia. Kejayan buku dan filemnya membuat penulis mahupun pengarah filem “Harry Potter” dikenali oleh dunia. Namun siapa yang menyangka, Daniel Radcliffe sebagai watak utama pemeran “Harry Potter” rupanya mengalami dyspraxia yang membawanya mengenal dunia lakonan.
Dunia sempat bertanya-tanya ketika Daniel Radcliffe memberi pernyataan mengenai dirinya yang mengalami dyspraxia. Apakah itu suatu penyakit yang berbahaya? Ataukah suatu kelainan yang perlu mendapat penanganan khusus?
Menurut Josette Protelli B.Sc, M.A, Developmental Verbal Dyspraxia (DVD) merupakan kesulitan perancangan pada kemampuan motor bercakap yang berkaitan pada prosedur berbicara. Namun kesulitan ini bukan beerti gangguan pada otot dan kemampuan kognitif, meskipun berpengaruh pada kemampuan bercakap dan berbahasa. Dsypraxia terjadi  ketika otak cuba untuk memberi perintah terhadap otot untuk bergerak namun ternyata pesan tersebut tidak sampai dengan baik.
Dyspraxia seringkali tidak terlihat kerana secara umum, kanak-kanak yang mengalami dyspraxia menunjukkan tidak adanya perbezaan kondisi terutama secara fizik. Penyebab dari dyspraxia secara umum diketahui kerana adanya pembentukan sel pada otak yang tidak sempurna selama di dalam kandungan mahupun otak yang kekurangan oksigen selama proses melahirkan. Menurut Weiss dan Wilson (2004), dyspraxia merupakan hasil dari kurangnya perkembangan saraf dan fungsi minima otak.
Dyspraxia dapat mempengaruhi berbagai aspek pada kehidupan anak termasuk kemampuan intelektual, emosi, fizik, bahasa, sosial, dan perkembangan sensori yang dapat   pada proses pembelajaran. Selain itu, dyspraxia juga dapat berhubung dengan kemampuan berbahasa, persepsi, dan berfikir kanak-kanak yang tidak sesuai dengan  perkembangan yang diharapkan pada kanak-kanak secara umum.
Akibatnya, adanya hambatan yang timbul dalam proses pembentukan idea, dan gerakan motor. Kaerana kanak-kanak dengan dyspraxia memiliki pemahaman yang lemah dalam memahami suatu hal serta kesukaran  dalam menyampaikan suatu pesanan menjadi tindakan. Ini bererti kegiatan fizik seringkali sukar untuk dipelajari dan dipertahankan, serta seringkali menyebabkan kanak-kanak menjadi ragu-ragu dan canggung. Seterusnya, kanak-kanak dengan dyspraxia  kurang cenderung dalam koordinasi dan seringkali lupa pada kegiatan sehari-harian, kehilangan pakaian mereka, dan berjuang untuk mengingat hal yang mereka inginkan.
Di sekolah, kanak-kanak dengan dyspraxia mungkin memiliki kesukaran dalam matematik dan cerita tulisan. Mereka juga dapat menghindari permainan, lambat dalam menukar pakaian, tidak mampu mengikat tali kasut, menjadi kurang terorganisir, atau memiliki tahap perhatian yang pendek. Mereka sering merasa sukar untuk mengingat dan mengikuti instruksi, dan tulisan  tangan yang tidak rapi  adalah salah satu gejala yang paling umum.
Dyspraxia seringkali disamakan dengan disleksia (misalnya, kesulitan membaca, menulis dan ejaan) atau dyscalculia (misalnya, masalah dengan matematik), dan keadaan lain yang mempengaruhi belajar, seperti Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (AD / HD). Kelemahan dalam pemahaman, pengolahan informasi, dan pendengaran dapat berkontribusi dalam masalah yang dialami kanak-kanak dengan dyspraxia. Mereka juga mungkin memiliki rasa rendah diri, depresi, dan masalah emosional dan perilaku lainnya.
Sekalipun ada banyak kesulitan yang dihadapi kanak-kanak dyspraxia, penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak ini cenderung  dan dapat yang cemerlang dalam sekolah dan kehidupan sehari-harian jika diberikan sokongan dan bimbingan yang tepat. Hal ini kita dapatt dari pelakon Daniel Radcliffe yang mengalami masa-masa sulit di dalam proses belajar di sekolahnya. Kerana tidak berhasil mengikuti proses pembelajaran di sekolah, maka ibunya pun  memutuskan untuk memasukkan Daniel ke sekolah seni agar ia memiliki keyakinana diri yang lebih. Aktor kelahiran 23 Julai 1989 yang memulakan karier lakonannya melalui filem David Copperfield (1999)  ini bahkan memiliki cita-cita sebagai seorang penulis kerana kekagumannya pada cerita Harry Potter.

Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Kampong Jawa

ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2017

TARIKH                       : 3 MEI 2017  (RABU)
MASA                          : 9.00 – 1.00 PETANG
TEMPAT                      : SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TETAMU KEHORMAT  : Tn Misbahhudin bin Parmin ,
                                         Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,
                                         Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
                                         Jabatan  Kastam  Diraja Malaysia  Selangor           


BIL
MASA
PERGERAKAN/ AKTIVITI
TINDAKAN
1
9.00 am
Semua AJK bergerak untuk berada di tempat masing-masing

Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk penyambut tetamu bersedia 

AJK pendaftaran mengambil tempat.

Peralatan siaraya diperiksa.

Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa

Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah
AJK pendaftaran
AJK Siaraya
AJK kebersiahan
AJK persiapan tempat
2
9.40 am

PENGUMUMAN
“Mohon perhatian !   Mohon perhatian !
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Majlis akan bermula sebentar lagi.”

Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya sepanjang majlis telefon bimbit hendaklah ditutup atau tukar ke mode silent.
Setibanya VIP memasuki dewan, mohon semua untuk berdiri bagi bersiap untuk menyanyikan lagu Negaraku


AJK peralatan

3
9.50 am
- Ketibaan tetamu jemputan 
- Jemputan ke ruang menunggu
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis



AJK Penyambut tetamu
En Razak


4
10.00 am
-Pasukan bunga manggar dan pembawa bunga telur berbaris

Guru-guru telah beratur membentuk laluan.

VVIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di tengah-tengah pembawa bunga manggar. Pasukan kompang berada di belakang VVIP.

VVIP dibawa perlahan-lahan memasuki dewan.

Pembawa bunga manggar hanya berdiri di luar dewan.

PENGUMUMAN KETIBAAN

“ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan  Misbahhudin bin Parmin ,   Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,    Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia  Jabatan  Kastam  Diraja Malaysia  Selangor mewakili  Yang Berbahagia  Dato’ Sarip Bin Ismail , Pengarah Kastam Negeri Selangor, yang diiringi masuk oleh Yang Berbahagia En Muhamad bin Hasyim Naib Yang Dipertua PIBG  SMK Kampong Jawa , bersama Yang  Berusaha , Puan Noraizah Binti Mohd Nor , Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa , dan para Tetamu Khas yang lain.

 Sidang hadirin dipohon berdiri ”


Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.

Sambutan
AJK persembahan

AJK Protokol
5
10.05 am
VVIP telah sampai di tempat duduk

Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan.

Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada VVIP



NYAYIAN LAGU NEGARAKU

“Sidang hadirin sekalian,
Nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi dan hadirin serta hadirat sekalian dijemput untuk bersama-sama  menyanyikan lagu Negaraku.

 Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.


BACAAN DOA

Membuat  kerabu mencari lokan
Penambah selera  sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati  majlis pada pagi ini , dengan segala hormatnya dipersilakan  al fadhil ustaz Mohamad Rashid Bin  Mohamad Saleh untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan .”

Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b. Mohamad Salleh akan beredar dari tempat  juru acara.

Amin,amin Ya Rabbal Alamin….Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Al Fadhil Ustaz  Mohamad Rashid Bin Saleh atas bacaan doa itu tadi.


Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
6
10.15 am
UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
 semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam SMK Kampong Jawa terus cemerlang..
Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya  mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ;
1.Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin ,                                         Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,   Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia  Jabatan  Kastam  Diraja Malaysia  Selangor mewakili Yang Berbahagia  Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor

2. Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim Naib Dipertua  PIBG SMK Kampong Jawa
3. Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa
5. Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayob, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang
6. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
7. Yang Berusaha En Amir Syaifuddin Bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa
8. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
9. AJK PIBG , Ibu bapa ,guru-guru
10. Para tetamu jemputan , dan para penerima anugerah  yang diraikan  sekalian .”

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah ini bagi meraikan  Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Akademik  SMK Kampong Jawa tahun 2017 bagi menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah.
  Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan memiliki jati diri melalui pelaksanaan pengurusan pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
Untuk pengetahuan semua, SMK Kampong Jawa yang telah dipimpin oleh 6 orang pengetua kini giat berusaha mencapai visinya menjadi menjadi pusat pembelajaran progresif dan cemerlang. Buktinya , semakin ramai anak didik sekolah ini menunjukkan kehebatannya bukan sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, terdapat juga anak didik SMK Kampong Jawa yang kini menceburi bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan , pendidikan dan lain-lain.

Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.

Juruacara
7
10.20 am
UCAPAN PENGETUA

Para  hadirin yang dihormati sekalian
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan .Untuk itu ,majlis menjemput dan mempersilakan put Yang Berusaha  Puan Noraizah Binti Mohd Nor Penolong Kanan Pentabiran SMK Kg Jawa untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan”
 (Ucapan tamat )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha  Puan Noraizah Binti Mohd Nor , penolong kanan pentadbiran SMK Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.




8
10.30 am
UCAPAN YDP PIBG

Songket tenunan dahula kala
Gemersik indah tenunan mata
Setulis hati dipersila
Berucap sepatah dua kata

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim  Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan .   Dengan segala hormatnya dipersilakan .”
(ucapan tamat)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim   ,   Naib Yang DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.





9
10.35 am

UCAPAN PERASMIAN


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi


Sidang Hadirin yang dihormati sekalian

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia En Misbahhudin bin Parmin ,                                         Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,   Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia  Jabatan  Kastam  Diraja Malaysia  Selangor untuk menyampaikan ucapan  dan  seterusnya akan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.”
Majlis menjemput Yang Berbahagia  En Muhamad Bin Hashim  serta  Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa 2017.


VVIP memukul gong sebanyak 3 kali

Setelah selesai pukulan gong:


“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Yang Berbahagia En Misbahhudin bin Parmin ,                                         , Yang Berbahagia  En Muhammad Bin Hashim  serta  Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor kerana merasmikan majlis pada pagi ini .”

AJK persembahan

AJK Protokol



























10
10.45 am
PERSEMBAHAN NASYID
Hadirin Sekalian,
Seterusnya marilah kita sama-sama hayati  persembahanan nasyid  yang bertajuk __________________________yang akan dipersembahkan oleh murid-murid  dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi  Bermasalah Pembelajaran Dan Bermasalah Penglihatan  SMK Kampong Jawa.
Selesai persembahaan
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa.Untuk pengetahuan semua,kumpulan nasyid ini akan menyertai pertandingan Nasyid di Pertandigan Nasyid dan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas daerah Klang..Sama-sama kita berdoa agar kumpulan nasyid PPKI akan membawa pulang kejayaan.







11
11.00 am
REHAT

Terbangnya murai bersama merbah ,
Hinggap sebentar di Pohon Ara
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.


Majlis berehat sebentar. Dengan ini, majlis mempersilakan  Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim  dan Dan Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor  untuk menjemput Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin Bin Parmin serta tetamu-tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.


Majlis akan bersambung semula pada jam 11.30 pagi.



Setelah tetamu beredar

Para ibu bapa, guru dan penerima anugerah dipersilakan ke kantin untuk menikmati jamuan.


JK PA Sistem:
Lagu instrumental semasa reAAhat
12
11.30 am
PENYAMPAIAN ANUGERAH

Slot 1 :
PPKI, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Berkebaya batik berwarna merah
Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah pada pagi ini bermula dengan penyampaian anugerah kepada murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi diikuti oleh murid cemerlang peralihan , tingkatan 1 dan tingkatan 2. Majlis dengan berbesar hati menjemput  Yang berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor diiringi oleh Yang Berusaha  Pn Azwin Fairus Binti Ajidan untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


## Rujuk SENARAI PENERIMA ###
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Murid Terbaik Bermasalah Penglihatan

Seterusnya Anugerah Murid Terbaik Bermasalah Pembelajaran KKBP Inklusif

Selanjutnya, Anugerah Terbaik Mata Pelajaran PPKI
Berikutnya,
Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan Peralihan  
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Peralihan
Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan Satu
Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Satu
Murid Terbaik keseluruhan Tingkatan Dua
 Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Dua.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor dan Puan Azwin Fairus Binti Ajidan kerana telah sudi menyampaikan anugerah.


PERSEMBAHAN SCHOOL LAB

Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita persembahkan

Sidang hadirin ,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini akan berehat sebentar.Majlis pada pagi ini akan diserikan dengan  satu persembahan School Lab bertajuk Sistem Raspirasi yang akan  dipersembahakan oleh murid-murid dari tingkatan 3 .
Sama –sama kita saksikan.”
Terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan School Lab sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan School Lab itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Normadiah Binti kasiran dan Puan Hasfariza binti Hamzah.



13
12.00 pm
Slot 2:PENYAMPAIAN ANUGERAH

Anugerah murid cemerlang tingkatan 4 dan PT3


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kolah rupanya disangka perigi
Seela dekat ke arah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

penyampaian anugerah seterusnya ialah penyampaian anugerah kepada murid murid cemerlang tingkatan 4 dan murid cemerlang PT3. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia  En Muhamad bin Hashim ,NYDP PIBG SMK Kampong  Jawa diiringi oleh yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad,Penolong Kanan Kokurikulum  untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


## Rujuk SENARAI PENERIMA ###

Penyampaian anugerah dimulakan dengan
Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan Empat
-Terbaik Aliran Sains
1. Kaviarasu A/L Nandaguru 4 Sains  (BI,Bahasa Tamil ,Biologi,Fizik,Kimia,Pend.Moral dan PJK )
-Terbaik Aliran Teknik dan Vokasional
1. Chan Yee Lu 4PA
2.Muhammad Aidil b.Ramli 4SS (Sains,Sains Sukan ,Ekonomi Asas
3.Nur Anis Solehah bt Nor Halim 4PA.
-Terbaik Aliran Sastera
1.Muhammad Nur Imran bin Mohd Khalid 4TA (Tassawur Islam)
2.Muhammad Aiman bin Abd Malik 4TA
3.Muhammad Haikal Bin Razali 4TA
Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Empat
1.Nur Shariema Binti Shaharudin Terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu
2.Tan Hui Ying terbaik mata pelajaran Bahasa cina
3.Lee Ming Yao terbaik mata pelajaran Sejarah
4.Kevin Tan Tiek Wee terbaik mata pelajaran Matematik
5.Yee Shun Chang  terbaik mata pelajaran Matematik Tambahan
6.Ummi Izzati binti mohd Azni terbaik mata pelajaran Pendidikan Islam
7.Kogila A/P Murugan terbaik mata pelajaran Prinsip Akaun
8.Lishantini A/P Murugan terbaik mata pelajaran Perdagangan
9. Muhammad Azrin bin Zaidi terbaik mata pelajaran Pendidikan Seni.
10. Muhammad Nur Izzudean Bin Abd Wahab terbaik mata  pelajaran Pendidikan Sivik.
Seterusnya Anugerah Lonjakan Saujana
  1. Yee Shun Chang dari tingkatan 4 Sains
  2. Chiow Zhao Ying dari tingkatan 4 Sains
  3. Nur Aqilah binti Abdul Rahim 4 Sains Sukan
  4. Mohammad Aidil Firdaus Bin abd Razak 4 Sains Sukan
  5. Nurnajwa binti Ramly dari 4 Sains Sukan
  6. Muhammad Aidil Azhan bin Adnan 4 Sains Sukan
  7. Muhammad Nur Imran bin Mohd Khalid 4TA
Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah Murid Cemerlang PT3 Tahun 2016
  1. Riveneshwaran A/L Chandran Pencapaian 5A 2B 2C juga terbaik mata pelajaran Pendidikan Moral.
  2. Muhammad Zawawi bin Ismail Pencapaian 5A 1B 3C 1D
  3. Syatiqah Nursabrina binti Sabarudin pencapaian 4A 4B 2C juga terbaik mata pelajaran Sains.

Seterusnya pula Anugerah Terbaik Mata Pelajaran PT3 tahun 2016
  1. Nurul safura binti Abdullah  terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu
  2. Thevindan A/L Vijaya Kumar  terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  3. Seah Jun Keong terbaik mata pelajaran Bahasa Cina
  4. Ramkumar A/L Ramesh terbaik mata pelajaran Bahasa Tamil
  5. Nur Hamizah Huda Binti Mohd Shafeini terbaik mata pelajaran Sejarah, KHB(PK), Pendidikan Seni
  6. Nur Athirah Binti Muhamad Hamizi terbaik mata pelajaran Geografi
  7. Muhamad Afiq Danial Bin Muhamad Mahidir terbaik mata pelajaran KHB(KT)
  8. Nur Liyana Binti Mohd Afendi  terbaik mata pelajaran KHB(ERT)
  9. Calvin Edmond A/L Nixon Ramesh terbaik mata pelajaran Matematik
  10. Muhammad Hafizul Iqmal Bin Hasdi terbaik mata pelajaran PJK
  11. Muhamad Haikal Bin Zalani terbaik mata pelajaran Pendidikan Sivik


Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim  dan  Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad untuk menyampaikan cenderahati  kepada  Yang Berbahagia En Muhamad bin Hashim.


14
12.30 pm
PERSEMBAHAN TARIAN

Dari Kedah ke bandar Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan akhir memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

“Sidang hadirin  yang dihormati sekalian,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini sekali lagi berhenti rehat . Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong Jawa. Mereka akan mempersembahkan persembahan tarian di bawah kelolaan Pn Hasfariza Binti Hamzah, Pn Azmin Binti Ahmad Zubir dan Cik Aida “


Selesai persembahan:
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong Jawa.


awa”
Slot 3:
Murid terbaik SPM 2015, Tokoh murid, Penghargaan kepada GKMP dan Pendidikan Khas, Panitia P.Seni dan Panitia MPV


Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa


Hadiah diatur Nampak kemas
Tuan yang berbahagia senyum sekilas
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas

sIdang hadirin yang dihormati , kini tibalah saat yang dinantikan , kemuncak Penyampaian Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa Tahun 2017 bagi Anugerah Murid Cemerlang SPM 2016 dan Tokoh Murid. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia  Tuan  Misbahhudin bin Parmin ,   Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,    Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia  Jabatan  Kastam  Diraja Malaysia Selangor   Yang Berusaha oleh Puan Puziah Binti Tuban,Penolong Kanan hal Ehwal Murid  untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.







## Rujuk SENARAI PENERIMA ###
Penyampaian anugerah dimulakan dengan
Anugerah Murid Cemerlang SPM Tahun 2016
1.Mohd Dzul Asyraf bin Mokhtar  (8A ) juga terbaik mata pelajaran Produksi Multimedia
2. Lin Xin Wei (7A) juga terbaik Biologi,Fizik dan Kimia
3.Lim Ya Sing (7A) juga terbaik Matematik,Sains,Prinsip Akaun dan Perdagangan.dipersilakan bapa wakil  kepada Lim Ya Sing.
4. Kumuta A/P Selvam (6A) juga terbaik mata pelajaran Tamil ,dan Kesusasteraan Tamil.
5.Lim Sher Lin (5A)juga terbaik Matematik Tambahan dan Pendidikan Moral. Dipersilakan bapa kepada wakil Lim Sher Lin
6.Mardiana binti Abdul Rahman pencapaian (5A)
7.Seah Jun Yong (5A) juga terbaik Bahasa Cina .dijemput adik Seah Jun Yong sebagai wakil.
8. Fatin Batrisya Aida Binti Khairi Anuwar (4A)
9.Jannatul Firdaus bt Paqzi Alyutri (4A) juga terbaik mata pelajaran Sejarah,Pend.Islam,Tassawur Islam dan Kesusasteraan Melayu .Dijemput adik kepada  Jannatul Firdaus sebagai wakil.
10.Jaya Santiah A/P Chandiran (4A)  dipersilakan ibu kepada Jaya Santiah sebagai wakil.
11.Sarah Yasmin Binti Ramli (4A)
12.Siti Hajar Ahmad Faudzi (4A) juga terbaik Bahasa Melayu
13.Yap Weoi Meng (4A)
14.Ariez Daniel Bin Jamsari (4A)
Seterusnya
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran SPM 2016
1.Jawaharr A/L Nagatamby terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris
2.Muhammad Hafiz Bin Hazeri Terbaik mata pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Seni.
 Anugerah Tokoh Murid .
Berikut dibacakan sedikit biodata penerima Anugerah Tokoh Murid .
Dilahirkan pada 25 Julai 1999 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,Klang .Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik .Permata hati  kepada En Mokhtar bin Ibrahim dan Puan Nurul Ain Chin Abdullah. Memulakan alam persekolahan di SJK (C) Perempuan dan seterusnya menyambung persekolahan di SMK Kampong Jawa. Dari sekolah rendah lagi membuktikan kecemerlangan beliau iaitu Berjaya mendapat keputusan 4A ,2B ,1C dalam keputusan UPSR. Mendapat 3A, 4B, 3C pada keputusan PT3 dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat 8A,1B ,1C.
Selain cemerlang di bidang akademik ,beliau juga aktif dibidang Kokurikulum antaranya:
1.Menyertai Formasi Kemerdekaan tahun 2013
2.Menyertai Pertandingan Kawad kaki NGO 2014
3.Mendapat pangkat Lans Korporal Kaspa 2014
4.Menyertai PRS semenjak tahun 2015 hingga 2016
5.Naib Pengerusi PRS 2016
6.dan mendapat Anugerah Tokoh PRS 2016.

Penerima Anugerah tokoh Murid yang dimaksudkan adalah  Mohamad Dzul Asyraf Bin Mokhtar .Dipersilakan ke pentas untuk menerima anugerah.
Penyampaian seterusnya adalah Penghargaan Kepada semua Guru.
Hadirin dan Hadirat Sekalian
Cemerlangnya anak kerana kasih ibu dan bapanya
Gemilang mereka kerana didikan para gurunya
Pada hari ini,pihak sekolah juga tidak melupakan jasa guru-guru yang menggembeling tenaga serta wang ringgit dalam mendidik anak bangsa. Dengan ini, dijemput wakil bagi setiap bidang, dimulai dengan
Bidang Bahasa dipersilakan Pn Azwin Fairus Bin Ajidan
Bidang Kemanusian dipersilakan En Abd Razak bin Suparajan
Seterusnya Bidang Sains dan Matematik dipersilakan puan Hajah Paridah binti Mokhtar.
Seterusnya bidang teknik dan Voakasional dipersilakan Puan Ter Bee Ser
Dan yang terakhir Program Pendidikan Khas  Integrasi di persilakan En _______________________________________sebagai wakil kepada PuanNormala Misman.





Seterusnya, Anugerah Panitia Cemerlang (Peningkatan Gred Purata dan Peratus)
Pihak sekolah berasa bangga diatas prestasi dan pencapaian SPM bagi tahun 2016. Beberapa panitia telah mencapai peningkatan yang cukup membanggakan dan panitia yang masih mengekalkan rekod peningkatan gerd purata dan peratus.
 Dengan ini, majlis mempersilakan wakil Matematik tambahan Puan Noorbayah binti Saad . Peningkatan GP sebanyak ________ dan _________ % kelulusan.
Seterusnya wakil Kesusasteraan Melayu  Puan Siti Farhana bt Haidzil   Peningkatan GP sebanyak __________ dan ________ % kelulusan.
Berikutnya  wakil panitia Ekonomi Asas. Puan ________________________________ Peningkatan GP sebanyak ______ dan ________ % kelulusan.
Diikuti oleh panitia Prinsip Akaun  En Kumarababu A/L Karupen. Peningkatan GP sebanyak _______ dan ________ % kelulusan.
Panitia Cemerlang Lulus 100%
Seterusnya majlis menjemput wakil panitia produksi multimedia  Puan Umifarieza Binti Basri untuk menerima anugerah panitia cemerlang kerana mencapai peratus 100 % kelulusan.
Diikuti panitia pendidikan seni dan visual.dipersilakan Puan Noor Azidah binti Ali
Seterusnya panitia bahasa cina. Dipersilakan Cik Tan Hong Peng
Akhir sekali, dijemput wakil panitia Fizik .En Gunasegaran A/L Marappan.


Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah. Sesungguhnya ilmu itu sungguh mahal harganya. Maka hargailah serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba selama hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam. Usahlah mudah berputus asa sepanjang proses menimba ilmu. Kerana setiap hari , kita akan mempelajari banyak ilmu baharu samada secara sengaja mahupun tidak.

Terima kasih yang tidak terhingga  diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan  Misbahhudin bin Parmin ,    dan yang Berusaha  Puan Puziah Binti Tuban kerana telah sudi menyampaikan anugerah dan sumbangan .




PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha , Puan Puziah Binti Tuban untuk menyampaikan cenderahati  kepada  Yang Berbahagia  Tuan  Misbahhudin bin Parmin l.

Dipersilakan yang Berbahagia untuk menerima cenderahati.


Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi terima
Tanda ingatan kekal selamanya.



14
1.00 pm
PENUTUP

Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lembaran
Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.


Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini.


Burung terkukur terbang rendah
Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kg Jawa untuk sesi 2017. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak dalam meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang akademik SMK Kampong Jawa.

Renungilah kata-kata seorang cendikiawan
“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

15
1.00 pm
Majlis bersurai



PENGUMUMAN:
MOHON PENERIMA ANUGERAH SPM UNTUK BERKUMPUL DI LUAR DEWAN BAGI SESI FOTOGRAFI BERSAMA VIP DAN PENTADBIR. GURU-GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL UNTUK SESI FOTOGRAFI JUGA