DYSPRAXIA
Apa itu Dispraxia?
Dyspraxia adalah kesulitan yang dialami seorang kanak-kanak dalam melaksanakan proses “pembentukan idea” untuk membuat satu gerakan terancang, proses dalam “perancangan gerakan” untuk mencapai idenya, dan proses “pelaksanaan gerakan “ atau action tersebut.
Siapakah yang belum pernah mendengar cerita fiksi yang terkenal di seluruh dunia bertajuk “Harry Potter”? Cerita yang ditulis dalam 7 siri novel ini diangkat ke layar lebar dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada seluruh dunia. Kejayan buku dan filemnya membuat penulis mahupun pengarah filem “Harry Potter” dikenali oleh dunia. Namun siapa yang menyangka, Daniel Radcliffe sebagai watak utama pemeran “Harry Potter” rupanya mengalami dyspraxia yang membawanya mengenal dunia lakonan.
Dunia sempat bertanya-tanya ketika Daniel Radcliffe memberi pernyataan mengenai dirinya yang mengalami dyspraxia. Apakah itu suatu penyakit yang berbahaya? Ataukah suatu kelainan yang perlu mendapat penanganan khusus?
Menurut Josette Protelli B.Sc, M.A, Developmental Verbal Dyspraxia (DVD) merupakan kesulitan perancangan pada kemampuan motor bercakap yang berkaitan pada prosedur berbicara. Namun kesulitan ini bukan beerti gangguan pada otot dan kemampuan kognitif, meskipun berpengaruh pada kemampuan bercakap dan berbahasa. Dsypraxia terjadi ketika otak cuba untuk memberi perintah terhadap otot untuk bergerak namun ternyata pesan tersebut tidak sampai dengan baik.
Dyspraxia seringkali tidak terlihat kerana secara umum, kanak-kanak yang mengalami dyspraxia menunjukkan tidak adanya perbezaan kondisi terutama secara fizik. Penyebab dari dyspraxia secara umum diketahui kerana adanya pembentukan sel pada otak yang tidak sempurna selama di dalam kandungan mahupun otak yang kekurangan oksigen selama proses melahirkan. Menurut Weiss dan Wilson (2004), dyspraxia merupakan hasil dari kurangnya perkembangan saraf dan fungsi minima otak.
Dyspraxia dapat mempengaruhi berbagai aspek pada kehidupan anak termasuk kemampuan intelektual, emosi, fizik, bahasa, sosial, dan perkembangan sensori yang dapat pada proses pembelajaran. Selain itu, dyspraxia juga dapat berhubung dengan kemampuan berbahasa, persepsi, dan berfikir kanak-kanak yang tidak sesuai dengan perkembangan yang diharapkan pada kanak-kanak secara umum.
Akibatnya, adanya hambatan yang timbul dalam proses pembentukan idea, dan gerakan motor. Kaerana kanak-kanak dengan dyspraxia memiliki pemahaman yang lemah dalam memahami suatu hal serta kesukaran dalam menyampaikan suatu pesanan menjadi tindakan. Ini bererti kegiatan fizik seringkali sukar untuk dipelajari dan dipertahankan, serta seringkali menyebabkan kanak-kanak menjadi ragu-ragu dan canggung. Seterusnya, kanak-kanak dengan dyspraxia kurang cenderung dalam koordinasi dan seringkali lupa pada kegiatan sehari-harian, kehilangan pakaian mereka, dan berjuang untuk mengingat hal yang mereka inginkan.
Di sekolah, kanak-kanak dengan dyspraxia mungkin memiliki kesukaran dalam matematik dan cerita tulisan. Mereka juga dapat menghindari permainan, lambat dalam menukar pakaian, tidak mampu mengikat tali kasut, menjadi kurang terorganisir, atau memiliki tahap perhatian yang pendek. Mereka sering merasa sukar untuk mengingat dan mengikuti instruksi, dan tulisan tangan yang tidak rapi adalah salah satu gejala yang paling umum.
Dyspraxia seringkali disamakan dengan disleksia (misalnya, kesulitan membaca, menulis dan ejaan) atau dyscalculia (misalnya, masalah dengan matematik), dan keadaan lain yang mempengaruhi belajar, seperti Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (AD / HD). Kelemahan dalam pemahaman, pengolahan informasi, dan pendengaran dapat berkontribusi dalam masalah yang dialami kanak-kanak dengan dyspraxia. Mereka juga mungkin memiliki rasa rendah diri, depresi, dan masalah emosional dan perilaku lainnya.
Sekalipun ada banyak kesulitan yang dihadapi kanak-kanak dyspraxia, penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak ini cenderung dan dapat yang cemerlang dalam sekolah dan kehidupan sehari-harian jika diberikan sokongan dan bimbingan yang tepat. Hal ini kita dapatt dari pelakon Daniel Radcliffe yang mengalami masa-masa sulit di dalam proses belajar di sekolahnya. Kerana tidak berhasil mengikuti proses pembelajaran di sekolah, maka ibunya pun memutuskan untuk memasukkan Daniel ke sekolah seni agar ia memiliki keyakinana diri yang lebih. Aktor kelahiran 23 Julai 1989 yang memulakan karier lakonannya melalui filem David Copperfield (1999) ini bahkan memiliki cita-cita sebagai seorang penulis kerana kekagumannya pada cerita Harry Potter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!