Sewaktu pergi ke Serikin hari tu terjumpalah satu kedai yang menjual barangan lama.Selama nie tak perasanpun kewujudan kedai ni walaupun dah beberapa kali ke sana.Sedang asyik member membelek barang tembaga,terpandang pulak mata ni pada seterika baju yang sebijik sama dengan yang pernah ku pakai dulu.
Tau tak zaman persekolahan ku dulu sememangnya penuh dengan bunga-bunga penderitaan...kegelapan dan pastinya kerana kemiskinan yang menghimpit keluarga pada masa tu.Seingat aku waktu sekolah baju tak pernahpun bergosok..Namun bila dah ke alam sekolah menengah ,perasaan ingin melawa dan bergaya mulai timbul.Mungkin kerana perasaan mencintai dan dicintai itu mula wujud.
Pergi ke sekolah melihat orang lain dan rakan-rakan berbaju cantikmula terasa rendah diri.Rasanya pada masa tu takde matapun yang sudi memandang apatah lagi untuk jatuh hati.Hehe..Setiap petang biasanya aku akan panaskan arang supaya menjadi bara sebelum bara itu kuletakkan dalam seterika..Bayangkanlah terkadang apabila bara api tu terlalu panas habis hangus baju sekolah.Berlubang sebesar gajah.Dahlah baju tu dikutip oleh orang yang dah tak nak pakai lagi.Nak beli baru rasanya jauh panggang dari api.Terkadang bila tengok baju atau tudung dimakan oleh seterika yang panas tu menitis gok airmata sebab dah tudung dan baju dua helai je..Kalu dah rosak tinggallah sehelai je..Baju putih pulak tu dah bertukar warna.kekuningan.Nasib baik pada masa tu takde pulak guru yang menegur kenapa baju putih tak nampak macam putih.Letak sabun Fax satu bukupun belum tentu akan putih..rendam dengan clorox satu botolpun belum pasti berjaya..Namun itu lah kisah ku..Kejayaan kini kerana keperitan hidup mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan.Seterusnya berserah pada Dia Yang Satu..menentukan apa nasib kita selepas tu..Bagiku apa yang kukecapi kini adalah hasil perit lelah mencari kebahagiaan dan kini kutemui sinar disebalik kegelapan..
-Anak Pantai-