Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 2 Mac 2011

Teman-Selamat Hari lahir Buatmu (1 Mac 2011)

Roses 
Teman..Semalam adalah hari ulangtahun kelahiranmu..Pastinya doa dan harapanku dengan bertambahnya usia akan menambahkan lagi segala kenikmatan yang Allah kurniakan padamu.Maafkan diri ini kerana lambat menulis ucapan khas buatmu di blog usang ini..Tapi pasti kau faham bukan kesibukan kadangkala menghalang diri ini untuk menitipkan ucapan..

Belated Birthday Graphic #28 
 Sedar tak sedar persahabatan yang terjalin antara kita sudah sekian lama.Talinya begitu kukuh untuk sesiapa sahaja memutuskannya.Terima kasih teman kerana sentiasa hadir di kala diri ini keriangan mahupun dalam kesedihan.Sentiasa menjadi pendengar yang setia disaat mulut ini meluahkan perasaan yang terbuku di hati..
Semoga persahabatan kita abadi selamanya.
Roses for you

Hendaknya kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...
Hendaknya senyuman sentiasa menghiasi bibirmu...
Hendaknya mimpi indah sentiasa mengulit tidurmu...
Semoga kau tabah dalam apa jua dugaan dan cabaran yg tiba...
Selamat Hari Lahir ikhlas dariku untukmu....
Anak Pantai...


7 ulasan:

  1. Tq atas ucpn dan doa ank pantai....ingt mengingati..doa dan harapan antara kita sering seiringan bersama tautan jalinan persahabatan.mmg bertuah mempunyai teman spt mu...dan teramat pyh nk diganti andai terpisah nanti.Hrp2 jgn lah terpisah dan terputus kan.Brsyukur dgn nikmat yg dikurniakn..selama hayat ini telah byk ku kutip penglman dan pengajarn dlm mencari ERTI HIDUP....Doa ku jua agar ank pantai slmt dan dilindungi dr segala kesukaran n kesulitan dihari mendatang...nk smbt bby baru kn.dari lubuk hati yg ikhlas agar anak pantai selamat melahirkan bby yg ke 5 tanpa sebarang masalah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas doa dan harapanmu..

    BalasPadam
  3. Sedar tak sedar dah sebegini usia kita...mcm baru semalam melalui zaman remaja...tersa baru sgt.Cuma kudrat je yg terasa kurang kn.kalu ikt hati semua nak.

    BalasPadam
  4. memangpun masa begitu pantas berlalu...tak terasa pun bertahun kita berkongsi cerita...yang pasti dulu kini dan selamanya tetap sama

    BalasPadam
  5. Hati dan perasaan je sama tp yg lain dh berubah.

    BalasPadam
  6. Lagikan pantai sentiasa brubah inikan kita manusia

    BalasPadam
  7. hati dan perasaanpun sentiasa berubah -ubah juga

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!