Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 21 Mac 2016

Anak Pantai

Anak Pantai..
Laut Dan Ombak
Adalah teman,
Sesekali Menganyam
Pasir menjadi taman,
Kerana Pantai Adalah
Teman Setia....

Suka Duka Bermula
Disini,
Setiap Memori Tidak
Pernah Mati..
Sering Melewati Waktu2 Yang Berlari...

Biarpun Masa Kian
Menjauh,
Menderap Tanpa Henti,
Hati Dan Jiwa Tetap
Disini....
Kerana Anak Pantai
Tidak Pernah Lupa
Asal Usulnya....

Terima kasih Abdul Ghani Ghani atas nukilan ini

Rabu, 16 Mac 2016

Aku Anak Pantai

AKU ANAK PANTAI

Hari ini, tika ini...
Aku hambakan diri di depan wajahmu
Membiarkan angin pantai meratah wajahku
Ku berdiri dri tepian pantai ini..
Ombakmu menganas tetap spt  dulu
Tak pernah berubah wlau dimakan masa
Berpuluh-puluh tahun berlalu
Tetap pantai

diusia kecilku
Aku antara insan yg kagum dgn kesetiaanmu
Tak pernah berubah, tak pernah mbosankan
Air yang masin tetap seperti dulu
Angin masin yg xpernah penat berhembus
walau masa beredar, walau usia berubah
terasa nikmatnya ketenangan ini dari-Mu

Seketika aku terbuai disini
Dengan kenangan masa lalu
Diri ini membesar  dlm hidup
penuh kemiskinan,
Bersama mak, ayah dan sedarah dagingku
Membesar dalam irama pantai

Walau sesekali dilambung ombak
Walau dibawah pokok kelapa
Yang  lembut berendoi ditiup angin
Hati xpernah rasa kecut atau gentar
Bertemankan  bunyi  ombak malam
Menjadi muzik pengulit tidurku...

Bertapak dipasir putih halus bak mutiara
Syahdunya angin pantai meramas wajah ini
Segala yg membelit jiwa dan fikiran
hanyut di bawa ombak pantai...
Seperti faham jiwa ini sdg terluka

Ketika ini...
Terasa tenang jiwa ini hanya Allah yg tahu

Dari dulu hingga kini dan selamanya..
Inilah tempatku.. Jatuh bangunku
Menjadi anak pantai...
Ombak menjadi kawanku
Angin berhembus kencang menjadi sahabatku
Sejuk mlm menjadi selimutku
Hari ini aku didepan mu
Pantai Batu RakitKu

Khamis, 10 Mac 2016

Luka dilukai.....selamat tinggal kenangan...selamat tinggal impian...tiada lagi harapan...kuburkan sahaja segala kenangan.....hanya aku ....

Akmal

Akmal

Pelajar ini murid bermasalah pembelajaran iaitu austisme dan rabun.tidak tahu apa-apa.masih minum air menggunakan botol susu..entah kenapa sejak hari pertama persekolahan di PPKI SMK KG JAWA aku mula menyukainya