LAPORAN
GURU BERTUGAS ( 2 FEB HINGGA 6 FEB)
TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS.
ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHIBARAKATUH DAN SELAMAT PAGI.
YANG BERUSAHA
PN MISIA HJ ZAIN ,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
EN RAZALIE BADAR,PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
EN SELAMAT MASUNI,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ,PENOLONG KANAN PPKI
YANG DIHORMATI
BARISAN KETUA BIDANG
RAKAN-RAKAN GURU
PEMIMPIN PELAJAR,
BARISAN PENGAWAS
SERTA YANG DIKASIHI ANAK-ANAK DIDIK YANG DIRAHMATI ALLAH
SELALU HENDAKNYA.
DIPAGI YANG INDAH INI,MARILAH KITA MEMANJATKAN KESYUKURAN
KERANA MASIH DIBERI KEIZINANDAN DIBERI PELUANG OLEH-NYA UNTUK DI ALAM MILIKNYA
JUA.
SESUNGGUHNYA MASA ITU EMAS,MASA IBARAT MATA PEDANG,MASA
IALAH KEHIDUPAN.DEMIKIANLAH ANTARA METAFORA DAN PERIBAHASA TENTANG KEPENTINGAN
MASA.
DEMI MASA ,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN
KECUALI ORANG –ORANG TAHU MENGHARGAI MASA.MINGGU PERTAMA DI BULAN FEB KITA
TELAH TINGGALKAN .HARI INI ISNIN 9 FEB 2015 .KITA MEMULAKAN LANGKAH CEMERLANG
MINGGU KEDUA.
TERLEBIH DAHULU CIKGU MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA
PELAJAR YANG HADIR PADA HARI INI.SANGGUH BANGUN AWAL DAN BERSIAP DIRI KE
SEKOLAH ADALAH JUGA SATU PERGORBANAN DAN PERJUANGAN DEMI MASA DEPAN DIRI DAN
KELUARGA KAMU SEKALIAN.
BERIKUT ADALAH LAPORAN SEPANJANG KAMI BERTUGAS.
a)Secara
keseluruhannya persekolahan berjalan seperti mana yang dirancang.
Disiplin berada dalam keadaan
terkawal.tidak ramai yang datang lewat ke sekolah .dan pelajar yang selalu
lewat ke sekolah pula adalah pelajar yang sama setiap hari.justeru itu,cikgu
memoho agar pelajar yang selalu datang lewat ke sekolah ini akan berusaha hari
demi hari untuk hadir awal ke sekolah.
Pelajar yang tidak memakai
tanda nama bagi cikgu mungkin kamu belum menerima nam tag kamu dan mungkin juga
hilang .namun cikgu yakin kamu telah menempah tanda nama itu di koperasi dan
belum lagi menerima nya..
Begitu juga pelajar yang masih
tidak memakai tali leher,stokin dan sebagainya.cikgu masih berfikiran positif
pada kamu sekalian walupun terkadang alasan yang diberikan semestinya tidak
logik dan masuk akal.
Cuma cikgu nak tegaskan di
sini kekemasan ,penampilan seseorang melambangkan sisi kehidupanya.bukan baru
dan cantik yang dilihat tetapi bagaimana kamu menaplikasinya dalam kehidupan.
Lumrah kehidupan di mana-mana
pun kita terikat dengan peraturan,sesiapa yang boleh mengikut peraturan ,dialah
insan yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
b) Semasa
guru bertugas meronda didapati ramai murid yang pandai mengisi masa lapang
dengan membaca buku dan menyiapkan kerja rumah sama ada sebelum perhimpunan
pagi, semasa peredaran guru dan semasa rehat. Syabas diucapkan dan diharap
tabiat seperti ini terus diamalkan.
c) Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku yang
baik seperti memberi salam dan ucap selamat kepada guru-guru yang berselisih
dengan mereka. Amalan mulia ini dapat diteruskan dan dipanjangkan kepada
rakan-rakan dan juga pelawat-pelawat yang datang ke sekolah. Dan cikgu juga
mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah kepada beberapa orang pelajar
yang membantu cikgu mengutip sampah di kantin dan kawasan sekitar selama kami
bertugas pada minggu lepas.cikgu minta maaf tidak dapat dapat menyebut nama-nama
pelajar ini kerana terlalu ramai. Tapi yakinlah Allah melihat tiap perbuatan baik kamu .Terima kasih
sekalung budi kerana membantu cikgu.
Ada kenangan manis bagi cikgu selama kami bertugas .cikgu dapat bersembang dan bermersa
dengan sebahagian pelajar..yang selama ini tidak berkesempatan dengan pelajar
semua..
Namun begitu cikgu ada
beberapa perkara yang ingin dinyatakan dan minta semua pelajar mengambil
perhatian ye.
d) Sikap segelintir murid lelaki
yang suka berlari-lari di dalam kelas dan ketika menaiki tangga. Andainya
terjatuh atau tersungkur, ini akan memudratkan semua pihak.kalau boleh hentika
perbuatan ini,pelajar semua bukan lagi berada di sekolah rendah..
e) Semua murid perlu peka
dengan persekitaran sama ada di kawasan kantin dan juga kelas supaya dapat
memastikan ianya bersih sebelum belajar.Buang sampah ditempat yang sepatutnya.dan
pastikan sampah yang berada di dalam bakul sampah di dalam kelas itu di buang.Masih
banyak kelas yang membiarkan sampah bertaburan dan membiarkan sampah begitu
sahaja.
Begitu juga masih terdapat kelas-kelas yang belum lagi
meletakkan bahan-bahan yang sesuai di papan kenyataaan di setiap kelas.
Sebelum balik pastikan suis kipas dan lampu telah ditutup.semasa
rondaan sebelum balik terdapat beberapa kelas yang terlupa berbuat demikian
.ini adalah salah satu pembaziran yang
kamu tidak nampak. Cikgu tak nyatakan kelas-kelas yang terlibat sebabnya cikgu
telah maklumkan pada semua guru dalam telegram sekolah.Justeru ,selepas ini
setiap warga di dalam setiap kelas apabila masa terakhir ,fikirkan beberapa
perkara sebelum pulang.tutup suis lampu dan kipas,tingkap dan pintu ditutup.kalau
boleh kuncikan kelas tu.dan jangan sesekali tinggalkan buku teks dan buku
latihan di dalam meja kamu. Banyak kelas yang cikgu masuk dan bila cikgu angkat
meja ..ada buku teks dan peralatan yang ditinggalkan.cikgu bimbang buku dan
peralatan itu hilang dicuri dan sebagainya.
f) kebersihan blok dan tandas semuanya berada
dalam keadaan baik .Cuma ada tandas lelaki yang berbau rokok.Cikgu berharap
minggu ini tidak ada lagi bau rokok itu..Kami hanya berharap yang
merealisasikan harapan kami adalah pelajar sekalian.
g) Tangga di tengah untuk laluan ke pejabat dan bilik guru adalah
dikhaskan untuk guru-guru dan pelawat sahaja.Pelajar sama sekali dilarang menggunakan
laluan ini Mohon juga diambil perhatian laluan jalan kaki setelah memasuki
kawasan sekolah adalah belakang blok bilik guru dan surau.harap diambil perhatian oleh pelajar semua
Secara keseluruhan cikgu rumuskan di sini,pelajar-pelajar
SMK DEMAK BARU ini sebenarnya masih berada dalam sahsiah dan tingkahlaku yang
terpuji.Berdisiplin dan mempunyai daya juang untuk belajar yang tinggi.Cuma Orang
kata sebab,nila setitik habis susu sebelanga,sebab seekor kerbau membawa
lumpur,semuanya akan terpalit.Elalkan kita menjadi nila dan kerbau yang dinyataka
itu.
CIKGU RASA HANYA
SETAKAT ITU SAHAJA LAPORAN KAMI GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS.JIKA ELOK
ITULAH ANUGERAH DARI ALLAH SWT BERIKAN,JIKA DISEBALIKNYA ITULAH KELEMAHAN YANG
YANG ADA PADA KAMI CIKGU-CIKGU.
CIKGU TINGGALKAN
DENGAN KATA-KATA
HIdup akan lebih tenang dan
ceria sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha untuk mengubah diri
berbanding mengubah orang lain.
Wassalam
DARIPADA
CIKGU NORZITA
MOHAMED
Tahniah cikgu Norzita kerana dapat membuat blog yang penuh dengan maklumat,pengalaman, nasihat dan panduan yang berguna terutama kepada guru-guru pendidikan khas.... Teruskan coretan dan bebelan anda... saya suka membacanya...
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamTerima kasih Cikgu
BalasPadam