Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Selasa, 19 Julai 2011


TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK
CRISTAL BOWL
20 JULAI 2011

MENGUMUMKAN KETIBAAN CIKGU JAIDAH HJ ALEK, TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SARAWAK .
PARA HADIRIN DIMINTA BERDIRI.
______________________________________________________________________________

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM PEMBUKA KATA,
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA PEMULA BICARA.

BERJALAN KE HILIR MELALUI PERMATANG
PERMATANG ELOK SERING DIGUNAKAN
KALAU SUDAH SEMUANYA DATANG
MOLEK KIRANYA KITA MULAKAN.

YANG BERBAHAGIA ,CIKGU HAJAH JAIDAH BINTI ALEK.TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN SARAWAK.

YANG BERUSAHA,CIKGU FATIMAH HJ HAMID .KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS & SWASTA JABATAN PELAJARAN SARAWAK.MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PENDIDIKAN KHAS 2011.

YANG DIHORMATI,

 EN RAMBLI HJ HASBI,PENGETUA SMK DEMAK BARU SELAKU PENGANJUR BERSAMA

CIK RAHMAH LED ,KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK.

EN BEDUIE UNE,PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING.

PEGAWAI-PEGAWAI PPD  DAN WAKIL 

PENGETUA-PENGETUA,GURU-BESAR-GURU BESAR,

PENOLONG –PENOLONG KANAN

PENGURUS-PENGURUS PASUKAN ,

GURU-GURU  .

TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN, IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN…

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.


DIPANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI,LANTARAN DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA,DAPAT KITA BERSAMA-SAMA  BERKUMPUL, DI DEWAN INI BAGI MENGIKUTI MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PENDIDIKAN  KHAS NEGERI SARAWAK 2011.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN.

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN ,PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING TERBUKA KALI INI TELAH MENERIMA SEBANYAK  20 BUAH PENYERTAAN DARI SEKOLAH RENDAH DAN 11 BUAH  SEKOLAH DARI SEKOLAH MENENGAH .PADA KEJOHANAN KALI INI JUGA TURUT DISERTAI OLEH MURID-MURID SEKOLAH MENENGAH BERMASALAH PENDENGARAN.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

DENGAN NAMA ALLLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU DARIPADA ILAHI TERHADAP USAHA MURNI YANG KITA LAKUKAN.
UNTUK ITU, DIJEMPUT  AL FADZIL USTAZ  BADROL HISHAM BIN MAJID UNTUK MEMBACAKAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN
.
TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADROL HISHAM BIN MAJID KERANA  BACAAN DOA SEBENTAR TADI.




UCAPAN ALU-ALUAN

PPKI WARGANYA  AMAN SENTOSA
MEMBENTUK INDIVIDU BEKERJAYA DAN BERDIKARI MISI UTAMA
DENGAN TIADA MELENGAHKAN MASA
KITA MULAKAN MAJLIS PERTAMA.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT CIKGU FATIMAH HJ HAMID ,KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN SWASTA PELAJARAN NEGERI SARAWAK ,MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK  2011,  UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.


MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN  TERIMA KASIH KEPADA  CIKGU FATIMAH HJ HAMID ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

UCAPAN ALUAN PEMBUKA ACARA
SALAM DIBERI TETAMU DIMULIAKAN
UCAPAN TUAN TERSIRAT MAKNA
DALAM HATI TERSEMAT SETIA.



UCAPAN PERASMIAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN PERASMI MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI.

MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA CIKGU  JAIDAH HJ ALEK ,TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI  SARAWAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PENUTUPAN PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK  2011. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA .

UCAPAN TUAN MENYERIKAN MAJLIS
WARGA PENDIDIK TAMPAK CERIA
KESUDIAN TUAN MERASMIKAN MAJLIS
BANGGANYA KAMI TIDAK TERKIRA.

HADIRIN SEKALIAN,

SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN PENUTUPAN PADA HARI INI,MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK FATIMAH HJ HAMID ,UNTUK MENGIRINGI CIKGU JAIDAH ALEK KE LANE_____UNTUK MEMBUAT BALINGAN PENUTUPAN RASMI PERTANDINGAN TEN PIN  BOWLING PENDIDIKAN KHAS 2011.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

DENGAN BALINGAN ITU TADI MAKA RASMI SUDAH MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PADA HARI INI.


PENGUMUMAN KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,MASA YANG DINANTIKAN TELAHPUN TIBA IAITU KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG.

BAGI MENYEMPURNAKAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH,MAJLIS MENJEMPUT CIKGU FATIMAH HJ HAMID  KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN SWASTA JABATAN PELAJARAN SARAWAK   UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG  KATEGORI SEKOLAH RENDAH.

TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH KUMPULAN DARI SEK________________________________________DENGAN JATUHAN PIN KESELURUHAN SEBANYAK________________________.

SETERUSNYA NAIB JOHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH JATUH KEPADA KUMPULAN _________________________________________DENGAN JATUHAN PIN KESELURUHAN SEBANYAK________________________.

DAN JOHAN  BAGI KATEGORI SEKOLAH RENDAH PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING TERBUKA PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK TAHUN 2011 DIMENANGI OLEH KUMPULAN___________________DARI SEKOLAH___________________DENGAN JATUHAN PIN KESELURUHAN SEBANYAK___________________________.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG.TERIMA KASIH KEPADA CIK FATIMAH HJ HAMID KERANA SUDI MENYAMPAIKAN HADIAH.

SETERUSNYA DIUMUMKAN PULA KEPUTUSAN BAGI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH.
UNTUK ATURCARA SETERUSNYA ,MAJLIS BERBESAR HATI MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA CIKGU JAIDAH HJ ALEK BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG.DIPERSILAKAN.

TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH KUMPULAN DARI SEK________________________________________DENGAN JATUHAN PIN KESELURUHAN SEBANYAK________________________.

SETERUSNYA NAIB JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH JATUH KEPADA KUMPULAN _________________________________________DENGAN JATUHAN PIN KESELURUHAN SEBANYAK________________________.

DAN JOHAN  BAGI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING TERBUKA PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK TAHUN 2011 DIMENANGI OLEH KUMPULAN___________________DARI SEKOLAH___________________DENGAN JATUHAN PIN KESELURUHAN SEBANYAK___________________________.

SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMAIN TERBAIK BAGI KATEGORI SEKOLAH RENDAH TELAH DIMENANGI OLEH ADIK_________________________________________________MENGUMPUL  JATUHAN PIN SEBANYAK___________________

BAGI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH,DIPERSILAKAN ADIK______________________________DARI SEKOLAH____________________________DENGAN JATUHAN PIN SEBANYAK____________________.
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PASUKAN –PASUKAN YANG BERGELAR JUARA.MEMAG ADAT BERTANDING ,KALAH MENANG MENJADI TARUHAN.GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMANYA.MASA-MASA YANG MENDATANG KITA BELUM TAHU SIAPA YANG BAKAL BERGELAR JUARA.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG-KENANGAN, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI,CIKGU FATIMAH HJ HAMID DIIRINGI OLEH CIK RAHMAH BINTI LED  UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA . DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA  CIKGU FATIMAH HJ HAMID DIATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA.
 PENUTUPAN /NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU


NYAYIAN IBU PERTIWIKU

HADIRIN ,HADIRAT SEKALIAN ..

DENGAN INI MAKA MAJLIS KITA SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA.
MAJLIS MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PENDIDIKAN KHAS 2011, MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN SEANDAINYA ADA KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG .




PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN  MAJLIS INI. 

 SEKIAN TERIMA KASIH.MAJLIS MEMOHON BERUNDUR DIRI.

SEBELUM MAJLIS BERSURAI,DIJEMPUT HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU.