Tip nak buat belajar itu menyeronokkan
1. Anggaplah buku dan nota sebagai teman karib yang faham isi hati kita,belajarlah berbicara dengannya.luahkanlah apa yang korang rasa,sedih ke,happy ke..
2. Bila buka buku senyumlah dulu kalau boleh biar sampai ke telinga...aura senyum tu buat kita lebih bersemangat nak belajar.
3. Buatlah perlumbaan sendiri antara kawan- kawan...siapa yang lebih dulu baca setiap topik...dalam kelas cuba-cubalah uji siap yang dapat jawab dialah hebat.
4. Cubalah setiap hari baca satu muka surat setiap mata pelajaran.daripada langsung korang tak baca...
5. Masa nak Study tu pilihlah tempat- tempat korang rasa buat korang tenang,kawasan bukit ke,tepi pantai ke,taman ke,bil stress lama mengadap buku bolehlah kita renung ciptaan Allah Yang Maha Besar..
6. Tanamkan dalam minda belajar tu satu pelaburan...kita belajar banyak ganjarannya tentulah lagi banyak kejayaan .lebih cemerlang lah korang dapat.
7. Fikirkan jugak rasa nak bangga kan kedua ibu bapa serta guru- guru atau paling pun untuk diri sendiri.
8. Senaraikan apa yang korang nak bila dewasa nanti kereta yang besar ,rumah yang 4 tingkat,baju yang mahal...semua tu bermula dengan kita harus belajar dan belajar.
9. Masa tulis nota tu gunalah pen warna warni..tulis nora dalam pelbagai bentuk.ikut minat korang...
10. Jauhkan sebarang bentuk teknologi,iPad ,laptop tv. Hp kerana benda- benda pembunuh senyap masa depan korang tanpa disedari
Itulah serba sedikit tip yang dapat diberikan...rasanya ada banyak teknik yang boleh korang praktikkan..ini sekadar sedikit dari Anak Pantai..hanya cikgu khas je.
Yang penting hitam putih masa depan sendiri yang menentukan...hidup ini usah dipersiakan...