Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 17 Jun 2014

Aktiviti Baru Jahitan tampal seribu...

Aktiviti baru yang aku buat untuk murid - murid aku...aktiviti jahit kain perca buat tampal seribu.bagi aku aktiviti ini menarik sebab hanya guna benda yang kita kitar semula je... Kotak- kotak dikutip kain carilah dengan tukang jahit yang baik hati yang boleh bagi kita free je.sebelum ni minat giler dengan felt..tapi bila lihat situasi sekarang yang ramai sudah dengan bidang Felt ini..terfikir lah Pulak kena cari kelainannya .

Pada cikgu -cikgu yang ajar Pendidikan khas tu aku cadangkan ini adalah salah satu aktiviti yang menarik dan boleh buat duit.tapi kerang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi benda ni kalau tak kena gaya bukan murid je jemu cikgu pun jemu???aku cadangkan masa buat aktiviti ini !umpan lah murid tu dengan lagu- lagu kegemaran semasa baru dia orang tak berganjak duk menjahit..kalau tak jahit satu tinggal jahit tinggal.

Aktiviti ini ada juga keburukan nya tahu...biasalah beb semua ada baik dan buruknya...nak tahu

1.jari- jemari yang lembut korang tu akan rasa keras dibahagikan tepi sebab asyik duk tekan jarum je..kasar dan mengerutu.kadang- kadang dalam masa menjahit tu korang terjahit jari sendiri...biasalah akan keluar darah..tapi jangan bimbang lah tidaklah sampai bawa ke hospital...kecuali korang memang anak manja tahap maksima dari kecil...

2.  Bila korang mula aktiviti ini,korang susah nak buat kerja lain,bersiap sedia lah dengan kerja- kerja yang tertunggak...sebab aku dah rasa..hahaaha

3. Satu lagi lengan  korang nanti akan rasa satu perubahan yang lain dari yang lain...tapi itulah nama pergorbanan demi nak ajar anak- anak murid..sakit sakit dahulu senang senang kemudian,pakailah kata- kata itu untuk memastikan aktiviti korang ni berjaya ya...


Kat sini adalah sedikit ilmu yang aku bagi untuk korang rasa nak ikut ya...ini pun aku belajar dari seorang makcik masa aku melawat Kg Budaya hari tu...belajar dalam msa 5 minit..jadi bila korang tengok hasil kat baah tu janganlah kutuk Pulak...nak gelak pun agak- agak lah ya...( kalau korang gelak pun mana lah aku tahu) kesimpulannya suka hati korang lah..hahaaha...

Bahan

Kain perca atau kain yang dah tak pakai atau cari je kat kedai beli kain yang murah
Gunting
Kertas/ kotak
Benang
Jarum
Pembaris


Gunting kertas ikut acuan yang korang duka.bulat ke ,empat segi ke,tiga segi k..
Gunting kain

Balut kan kain dengan kertas
Jahitan ikut suka hati korang
Hasilnya



Buat banyak- banyak..kalau boleh lakarkan dulu corak baru mula mencantum
Nak buat macam ni ke
Atau macam ni
Ini dah siap alas meja
Bantal hiasan
Alas meja


Camana...ada berminat tak..buatlah korang yang kreatif pasti hasilnya akan lebih kreatif...





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!