Inilah gelagat sebahagian anak- anak murid saya dalam kelas..PPKI 3 gelagat mereka ini kadang mencuit hati saya kadang Pulak tu memang mencabar kesabaran saya...pantang iPad saya di atas meja akan beralihlah ditangan mereka..yang jadi mangsa saya lah .mereka suruh Posing macam- macam..kalau orang tak tahu macam saya ni yang suka bergambar..namun hakikatnya inilah sebahagian kegemaran mereka..bila saya kaji..salah satu buat mereka seronok dengan apa yang saya ajar...Ialah mengikut apa yang mereka suka..kadang tu saya cuba berada dalam dunia mereka...buat perangai gila- gila..bagi saya kita ajar lah dalam kaedah macam anda pun yang penting ilmu itu berjaya disampaikan kepada mereka.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.