Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Isnin, 28 Februari 2011

Teks Pengacara Majlis Sempena Lawatan Dari Guru dan Pelajar PPKI SMK Tabuan Jaya,Kuching.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA..DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Selamat datang kami ucapkan
Kepada rombongan SMK  Tabuan Jaya sekalian
DI SMK Demak Baru kita dipertemukan
Semoga sillahturahim dapat dijalankan

Pergi ke Pahang ke pantai Peramu
Membawa bekal kuih cara
Hari ini kita bertemu
Moga kekal menjalin mesra.


YANG DIHORMATI, CIK HAJAH NORIA BINTI GHANI,KETUA ROMBONGAN DAN PENYELARAS PPKI SMK TABUAN JAYA,EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ,PENYELARAS PPKI SMK DEMAK BARU,GURU-GURU,PPM,IBU BAPA SERTA RAKAN-RAKAN SEKALIAN...

ALHAMDULILLAH ,SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA JUA ,KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DI PAGI INI.SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR PPKI TABUAN JAYA KERANA SUDI MELUANGKAN MASA KE SMK DEMAK BARU KHUSUSNYA KE PPKI.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN

PPKI Tabuan Jaya aman sentosa
PPKI Demak Baru pun sama
Dengan tiada melengahkan masa
kita mulakan aturcara pertama


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA,MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU AGAR PERKONGSIAN ILMU ANTARA KITA DI BERKATI.
UNTUK ITU MAJLIS MENJEMPUT ADIK MOHD QAMARUL IZZAT BIN SABERAN UNTUK MEMBACAKAN DOA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MOHD QAMARUL IZZAT BIN SABERAN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.SEMOGA MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN ROBBUL IZZATI.

UNTUK MENERUSKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN,PENOLONG KANAN PPKI SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN TAKLIMAT PROGRAM PPKI SMK DEMAK BARU.MAJLIS MEMPERSILAKAN...

Bersarang terkukur di daun palas
burung kelicap di daun selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ATAS TAKLIMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN..


Anak dara duduk dibendang 
Tidak lupa  padi ditampi
Ilmu yang baik jadikan teladan
Segala yang buruk letak ke tepi.


Majlis seterusnya menjemput Cik Hajjah Noria binti Ghani Penyelaras program PPKI SMK Tabuan Jaya untuk menyampaikan sedikit ucapan ringkas.Dipersilakan.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIK HAJJAH NORIA ATAS UCAPAN ITU TADI.

HADIRIN DIHORMATI SEKALIAN..

Jangan kita bersukap malas
Buangkan juga sifat beragan
Kami memberi tidak minta di balas
Hanya umtuk kenang-kenangan..


SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA CIK HAJJAH NORIA BINTI GHANI .DENGAN HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ATAS PENYAMPAIAN CEDERAMATA ITU TADI.

DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA KAMI PPKI SMK DEMAK BARU.SEKALI LAGI,PPKI SMK DEMAK BARU MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SEKOLAH KAMI ANTARA DESTINASI LAWATAN.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang di caci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan


DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK SESI LAWATAN DAN AKTIVITI SETERUSNYA.


SEKIAN.TERIMA KASIH..