Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 23 April 2013

Lagi Pantun guru

 
Bila stress inilah kerja saya...menulis dan terus menulis..
lepaskan tekanan dengan cipta pantun...
 
Sekalung doa setulus hati
Buatmu guru yang disayangi
Jasamu guru terpatri di hati
kasihmu guru harum mewangi
 
Padi dituai rupanya huma
keladi jangan dipegang daun
Ilmumu guru kami terima 
Penyuluh hidup sepajang tahun.
 
merah sungguh si buah saga
tergantung elok di atas sana
Ilmu dicurah sangat berharga
menjadikan kami insan  bijaksana 
 
Jangan dicabar si anak teruna
Jangan dicuit si nak dara
Pesan guru sangat berguna 
jadi pedoman hidup sejahtera..



 
 
 

Aku Ada kerana Kau Ada












Dekat tapi Berjauhan

 
Dekat tapi berjauhan itulah yang mampu diri ini taksirkan pada sebuah perhubungan antara mak dan ayah
seminggu ini disudut hati tersimpan satu perasaan kecewa dan terkilan.
Kecewa untuk menyatukan kembali mereka berdua.
Terkilan hanya beberapa hari sahaja ayah akan tinggalkan kami dan kembali ke kampung.
Hati dah mula berfkir yang bukan-bukan..
Masih kah ada lagi peluang untuk tnggal sebumbung dengan ayah lagi.Walaupun semalam ada ayah meluahkan dia sudah berpuashati dapat merasai pengalaman menaiki kapal terbang.Sudah sampai kuchingpun dia sudah cukup bersyukur.Walaupun aku cuba memujuknya untuk tinggal lebih lama dengan kami.Namun kepuasan ayah yang tidak bergerak ke mana-mana membuatkannya tidak sabar kembali ke kampung.Dan hari ni bila insan tersayang sudah mengesahkan tiket ayah...hampir airmata ini gugur...Sah ayah akan pergi jua.
Mungkin selama ini ayah tidak ernah tahu kesedihan yang aku rasa.Kisah silam telah lama cuba kubuang dari kotak ingatan...Apa yang ada diminda cuma ingin bahagiakan mereka berdua.
Sementara mereka masih ada sebolehnya cuba menunaikan segala yang diinginkan tapi apakan daya...Hanyaa Allah sahaja yang tahu...
Hari ini dan hari-hari seterusnya aku mula menghitung hari menghitung detik yang semakin hampir untuk ayah meninggalkan kami...
Untuk ayah..
  • Maafkan saya kerana saya mungkin tidak dapat memenuhi segala yang ayah impikan.Namun percayalah bila permintaan ayah tidak mampu saya tunaikan ,hati saya akan begitu sakit..
  • Saya rindukan suasana dulu...bila agaknya telinga saya ni dapat mendengar ayah dan mak bersama macam dulu...atau mungkin impian tidak lagi menjadi kenyataan.
  • Saya doakan ayah sentiasa sihat sejahtera..kerana saya jauh untuk menjaga ayah..Mungkin ini takdir kita..
  • Apapun doakan juga saya bahagia bersama anak-anak dan suami..
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah selalu..
In Sha Allah. 

* betullah kata orang ada hal dalam hidup yang tidak dapat kembali iaitu:
Kata-kata
Waktu
dan
Kesempatan