Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 22 Februari 2015
Ingatan untuk Kak Dah( Cikgu Paridah Awang)
Malam ini...tertiba ingatan pada insan yang ku panggil kak Dah.Insan yang begitu rapat suatu ketika dulu sebelum aku mendirikan rumahtangga.
Kenangan aku dengan Kak Dah banyak...tapi tak terdaya untuk kucoretkan semuanya di sini..
@ kak dah sebenarnya guru semasa aku belajar di SMK Ibrahim Fitri dan aku masa tu menjadi pelajar di situ.
@ bila aku menyambung pengajian di UKM dalam bidang Pendidikan rupanya kak dah pun sama .dan paling menarik rupanya satu kelas pula denganku..
@bila habis belajar aku dan kak dah ditempatkan di sekolah yang sama iaitu sekolah lama tempat aku belajar iaitu SMK Ibrahim Fikri.
@ di SIF kak dah menjadi penyelaras Pend.Khas dan aku pula di bawah nya.
@ masa tu..kami berdua bujang belum berkahwin.jadi kami macam satu kepala.mudah kemana saja nak pergi.
@ bagi aku kak dah ni seorang yang baik hati.sporting orangnya..
@ paling aku terharu.kak dah sedaya upaya memperkenalkan aku tempat-tempat di Terengganu bila mengetahui banyak tempat di terengganu ini tidak aku ketahui..macam tak caya kan..tapi realitinya itulah aku..masa zaman persekolahan hanya. beberapa tempat sahaja yang aku tahu.
@ kak dah pernah membawa aku ke rumahnya di Bukit Payung..itulah pertama kali aku kenal twmpat tu..berpeluang ke sana aku dapat mengenali adik beradiknya dan saudara maranya..tahulah aku insan peramah dah masa tu .jadi sekali jumpa semua macam dah kenal lama...bermula itu kemesraan kami berputik.
@ ada jugak bab lucu..kak dah cuba nak satukan adiknya dengan ku...tapi aku cakap aku dah berpunya...selepas tu dengar adiknya di Johor nak mendirikam rumah tangga..kak dah bawa sama aku ke johor.masa di rumah kakak kak dah di mercang.aku cukup mesra dengan ahli kelurganya...dengan kakak kak dah Azimah macam kakak sendiri.mercang pun kerana kak dah yang memperkenalkan aku tempat ni.
@..batu pahat.akan ku kenang...di mana aku tersalah makan rendang daging arnab yang kak azimah masak..sejujurnya daging arnab ini memang manis dan sedap rasanya..tapi bila ku tahu daging yang aku makan itu daging arnab.tekuk aku ni dah tak boleh terima lagi dah...pelikkan...
@..banyak tempat lagi yang Kak Dah kenalkan aku dengan tempat-tempat di Terengganu ni...lucunya aku sendiri tidak tahu kedudukan Sk Sultan Sulaiman di mana...betapa dulu tak berjalannya aku.
Yang menariknya di sekolah ini aku mengenali guru-gurunya hasil kak dah yang memperkenalkan aku pada mereka.Salah seorangnya menjadi teman paling rapat dengan aku..Ada waktunya kami akan ke sekolah itu pada waktu malam untuk aktiviti latihan tarian..enjoynya tika tu...sangat manis bila di kenang.
@..kami pernah bersama selama seminggu membawa pelajar membuat lawatan .boleh dikatakan macam melawat satu semenanjung.mana taknya bermula dr pantai timur dan berakhir di barat....enjoy dan enjoy dengan kepala yang sporting semuanua.hingga pemandu baspun menjadi kawan rapat kami waktu tu..
@...kak dah banyak memberi ilmu-ilmu tentang pengurusan ..katanya aku mungkin akan jadi sepertinya satu hari nanti.rupanya betul kak dah kata aku jadi penyelaras di SMK Pandan Jaya...apabila jabatan mengarahkan aku membuka program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di situ...ilmu dan cara kak dah aku ikuti...
@..di sekolah dalam tegas kak dah sentiasa membuat lawak-lawak lucu..hingga aku rasa tiada tekanan langsung waktu aku mengajar di situ..
@bila aku nak kahwin kak dah lah yang buat semua hantaran kahwin aku...cantik sangat dan aku suka.
Kak dah....sebenarnya tidak tertulis kenangan terindah bersama kak dah..
Banyak dan sangat manis..saya bersyukur di temukan insan seperti kak dah..
Terima kasih kak dah..doa dan harapan saya kak dah berbahagia bersama keluarga kak dah...rindu pada kak dah sentiasa ada.