TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN
TARIKH : 23 NOV 2018
TEMPAT: BILIK WAWASAN SMK KAMPONG JAWA
MASA : 11 .00 PAGI
DAUN SELASIH USAH DIPILIS
IZINKAN SAYA MULAKAN MAJLIS.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib ,Pengetua SMK Kampong Jawa
Pn Shuhara Hamizan bt Abu Hanifah ,Penolong Kanan Pentadbiran ,SMK Kampong Jawa.
YANG DIKASIHI ,PNHAJAH FARIDAH BT ABDUL RAHMAN ,RAKAN YANG DIRAIKAN..
Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tuan Hj. Muzikir B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum
Pn Normala Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas
.
YANG DIHORMATI,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Dan
Rakan- rakan guru serta kakitangan SMK KAMPONG JAWA
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK SMK KAMPONG JAWA.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN
DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN…
HARUM SEMERBAK SI BUNGA MELUR
JADI HIASAN TAMAN LARANGAN
SEJAMBAK PANTUN MESRA DIHULUR
SETULUS INGATAN MENGIMBAU .
SAAT PERTEMUAN BERAWAL DENGAN KEBAIKAN ,MAKA AKHIRILAH SEBUAH PERTEMUAN DENGAN PERPISAHAN YANG MEMILIKI KENANGAN INDAH.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN KURNIA-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI BILIK INI PADA PAGI YANG PENUH HENING DAN DAMAI UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN JUA MENCIPTAKAN KENANGAN SEMPENA MAJLIS __________________________ PERSARAAN UNTUK YANG DIRAIKAN YANG DIKASIHI PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN GURU PPKI SMK KAMPONG JAWA.
SEDIH HATI TIDAK TERKIRA,BERAT HATI INGIN MELEPASKAN PERGI.NAMUN APAKAN DAYA WALAUPUN DENGAN LINANGAN AIRMATA ,YANG TERJADI KAN TETAP TERJADI ITU SUDAH PASTI.,KAMI TETAP MERESTUI PEMERGIAN YANG DIRAIKAN .
PISANG EMAS PISANG BERANGAN
SELANG SELI SIPOHON ARA
BERSARA PUAN TERASA KEHILANGAN
DOA KAMI PUAN SEJAHTERA
BACAAN DOA.
HADIRIN SEKALIAN,
.
TANGAN DI TADAH RESTU DIPINTA
PADA YANG ESA POHON SEGALA
INAYAH DAN TAUFIQ HAJAT TERMETRA
AGAR MAJLIS DIBERKATI JUA.
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAHKAN TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN MUHAMAD FARIED SHAH BIN MOHD NOR
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
AMIN,AMIN YA RABBAL ALAMIN…..MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN MUHAMAD FARIED SHAH BIN MOHD NOR DI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
TAYANGAN MULTIMEDIA
BACAAN BIODATA/PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
RAUT WAJAH PENUH KETENANGAN
TIDAK TERKALAM KASIH DIJUNJUNG
JASAMU TETAP DIKENANG
BUDIMU TETAP DISANJUNG.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
IZINKAN SAYA MEMBACAKAN SERBA RINGKAS BIODATA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN.
BAK KATA PERPATAH ,TAK KENAL MAKA TAK CINTA.TIDAK LENGKAP RASANYA MAJLIS ,TANPA MENGENAL EMPUNYA DIRI INSAN YANG DIRAIKAN PADA PAGI YANG DAMAI INI
DISINI SAYA MEMBACAKAN SEDIKIT BIODATA YANG DI RAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN.
DILAHIRKAN PADA 22 SEPTEMBER 1964 DI TAIPING,PERAK .MERUPAKAN ANAK KEEMPAT DARIPADA 4 ORANG ADIK BERADIK.TELAH BERUMAHTANGGA DAN MEMPUNYAI 4 ORANG CAHAYA MATA. SEMUANYA PEREMPUAN.MERUPAKAN SEORANG IBU DAN ISTERI YANG BERJAYA KERANA ANAK SULUNG DAN ANAK KEDUA TELAH PUN MENJADI PEGUAM DAN ANAK KETIGA PULA BARU SAHAJA MENAMATKAN PENGAJIAN DALAM PERUBATAN DAN BAKAL MENJADI SEORANG DOKTOR TIDAK LAMA LAGI.
YANG DIRAIKAN MERUPAKAN LULUSAN SARJANA MUDA PERAKAUNAN(UUM) PERNAH JUGA MENGAMBIL DIPLOMA PERAKAUNAN DI UITM DAN DIPLOMA PENDIDIKAN DI MAKTAB TEKNIK CHERAS.
MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK PADA 1.JAN 1992 DI SEK MENENGAN KEMUNING TAIPING.PERAK.PADA 26 MEI 1994 TELAH BERTUKAR PULA KE SEKOLAH SEKSYEN 19 ,SHAH ALAM .SELEPAS ITU KE SMK PENGKALAN AUR ,CHANGKAT JERING PERAK PADA 16 FEB 2003.
SETERUSNYA TAKDIR ALLAH PERPINDAHAN DEMI TUGAS SEKOLAH KE-4 KE SMK ALANG ISKANDAR ,BAGAN SERAI PERAK.SELEPAS ITU BERPINDAH PULA KE SMK _________________________ SUNGAI BAKAP,SEBERANG PERAI SELATAN PADA 1 JUN 2010.
DAN PADA 1 JAN 2014 BERMULANYA KHIDMAT BELIAU DI SMK KAMPONG JAWA SEHINGGA KINI.
ENAM BUAH SEKOLAH SELAMA DI ALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PASTINYA SERIBU SATU CERITA KENANGAN SUKA DUKA..YANG AKAN MENJADI MEMORI SEORANG YANG BERGELAR GURU
HADIRIN DAN HADIRAT SEMUANYA …
DI BAWAH SELIAN DAN PENYEDIAAN JK MULTIMEDIA ,KAMI MEMPERSEMBAHKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN TAYANGAN MULTIMEDIA UNTUK TATAPAN INSAN YANG SEDANG KITA RAIKAN IN. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI PERSEMBAHAN TERSEBUT.
BEGITULAH TADI DAPAT KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ANDUL RAHMAN .MUDAH-MUDAHAN IANYA DAPAT MEMBERI SUMBER INSPIRASI BUAT KITA SEMUA.
CUKUPLAH SETIAP KENANGAN YANG TELAH KITA TANAM ,AKAN MENJADI KENANGAN YANG TUMBUH SUBUR ,MENABUR BENIH SUKACITA DI ANTARA KITA .KARENA KITA TIDAK PERLU BERADA DI SINI,KITA TIDAK HARUS SELALU BERSAMA,KITA HARUS MELANGKAH UNTUK SATU DESTINASI .
SEMUA CERITA DI SEKOLAH INI AKAN BERAKHIR,CANDA,SENYUM,KEBAHAGIAAN DAN SEMUA MOMEN AKAN MENJADI SATU KENANGAN YANG TIDAK TERNILAI.
TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA.BENAR KATA PEPATAH MELAYU, YANG PATAH AKAN TUMBUH YANG HILANG AKAN BERGANT INAMUN YANG HILANG TIDAK AKAN SAMA DENGAN YANG BERGANTI. WALAU BAGAIMANAPUN,YANG HILANG AKAN TETAP DIINGATI KEKAL ABADI DI DALAM HATI.
.UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SIDANG HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN SHUHARA HAMIZAN BINTI ABU HANIFAH,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ,UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BAGI MEWAKILI BARISAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN .SMK KAMPONG JAWA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PN SHUHARA HAMIZAN BINTI ABU HANIFAH ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN PUAN FARIDAH ABDUL RAHMAN
SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
TERBANG DI AWAN BURUNG JENTAYU
KERANA PENAT GUGUR KE BUMI
TAMPILAH PUAN KAMI MERAYU
BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI
HADIRIN YANG DIHORMATI,
KINI TIBA KETIKA YANG DINANTI BAGI MENDENGAR BINGKISAN KATA DAN AMANAT.
SEKOLAH MENENGAH KAMPONG JAWA DENGAN PENUH BANGGA MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN MENERUSKAN TIRAI PERSADA UCAPAN,MENYAMPAIKAN AMANAT,UNTAIAN KATA KALUNGAN WACANA,SALAM PERPISAHAN BUAT KENANG-KENANGAN BUAT KAMI DI SMK KAMPONG JAWA MENERUSKAN PERJUANGAN DI ALAM PERDIDIKAN
DIPERSILAKAN.
DEMIKIAN ….SATU PENYAMPAIAN DAN PENGUCAPAN YANG TELUS MEMBAWA MESEJ DAN MAKNA YANG KUDUS DARI YANG DIRAIKAN .JASAMU PASTI KAMI ABADIKAN…AJARMU PASTI KAMI TIDAK LUPA.TEGURANMU PASTI MEMBINA KAMI.IANYA AMAT LUAS UNTUK DIUKUR.IANYA AMAT MAHAL UNTUK DINILAI.
MAJLIS MERAKAMKAN SEPENUH PENGHARGAAN DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN.
BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
BELI CENDAWAN DI PEKAN ARA
MARI DIISI KELAPA DITANGAN
MESKI PUAN AKAN BERSARA
KAMI DI SMKKJ DILUPA JANGAN.
BAK AIR YANG MENGALIR
TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU
DISINI KAMI PASTI MERINDU
HAKIKAT SEORANG INDIVIDU
BERNAMA PUAN HAJAH FARIDAH
JELINGLAH KAMI JIKA MASIH RINDU BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU.
SELAMAT BERANGKAT DALAM DOA BERKAT
SELAMAT BERISTIREHAT DARI SEGALA MUSLIHAT
SELAMAT BERSARA DENGAN SEUNYUMAN MESRA
SENYUMLAH SEINDAH SURIA
SETELAH MENCURAHKAN SEGALA-GALANYA
PASTI BEROLEH KEREDAANNYA.
BAK AIR YANG MENGALIR
SAMPAI SINI KENANGAN TERINDAH PASTI TERUKIR.
BAGI PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA BUAT YANG DIRAIKAN PUUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN.
PENUTUP
PARA HADIRIN SEKALIAN,KITA TELAHPUN BERADA DIHUJUNG ACARA
ADA PASANG ADA SURUTNYA
ADA PANGKAL ADA HUJUNGNYA
ADA HULU ADA HILIRNYA
ADA PERTEMUAN ADA PERPISAHANNYA
ADA HILANG ADA GANTINYA
ADA AWAL ADA AKHIRNYA.
DENGAN ITU ,BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI,MAJLIS INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN KERANA SUDI BERSAMA KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI DAN KAMI SEMUA MENDOAKAN AGAR YANG DIRAIKAN BERTAMBAH CERIA DAN BAHAGIA DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
MAJLIS TURUT MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAUN KELADI,TERIMA KASIH MENJUNJUNG BUDI KEPADA HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH INI.
DI KESEMPATAN INI JUGA ,KAMI INGIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN ANDAI ADA SALAH SILAP SEPANJANG KAMI MENGACARAKAN MAJLIS INI.
TUAI PADI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN
INTAILAH KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN..
BINTANG BARAT TERBIT PETANG
BINTANG TIMUR TERBIT PAGI
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG
ADA UMUR KETEMU LAGI
.
SESI BERSALAMAN
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT SILA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN UNTUK BERADA LUAR PINTU UNTUK KITA ADAKAN SESI BERSALAMAN . DIPERSILAKAN
UNTUK MAKLUMAN SEMUA,SELEPAS INI MAJLIS MENJEMPUT WARGA SMKKJ UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN PERAKAN YANG DIRAIKAN UNTUK KE KERETA BERHIAS .SEBAGAI LAMBAIAN TERAKHIR DARIPADA WARGA SMKKJ BUAT YANG DIRAIKAN.
PUNCH OUT
PERARAKAN KE KERETA