Aktiviti perkebunan...projek yang baru dilaksanakan...projek ni lain dari yang dah Ada..projek Kebajikan yang aku sendiri yang buat ...cari penyakit orang kata...tambah Kerja yang Ada..tapi takpe yang penting Suka lihat Budak- Budak ni happy dengan Aktiviti yang dijalankan...idea ni cari barang terpakai dari segala yang Ada kat sekolah ni,..bodek dan buat baik sikit dengan Tukang kebun...hasilnya kerjasama yang mantap dengan dia orang amat memudahkan projek aku ni...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 30 April 2014
Ayah....terimbau kembali kenangan bersamamu..
Yang tinggal kini hanyalah sebuah motosikal yang ayah tinggalkan bersama memori- memori silam...jauh di sudut hati saya rindukan kemesraan ayah..gurau senda ayah,permintaan ayah yang bukan- bukan..dan saya sudah merasa duit bulan ini tidak lagi saya berikan pada ayah..semuanya untuk mak...
Ayah...sebenarnya dalam ramai anak-anak ayah, saya antara orang yang ayah manjakan..saya tidak akan lupa panggilan adik untuk saya oleh ayah..ayah selalu membawa saya bertemu dengan sanak saudara ayah..boleh dikatakan saya yang lebih mesra ...bila saya tengok orang menjala di tepian pantai terimbau balik waktu saya mengikut ayah menjala di tengah - tengah terik mentari...banyak ikan yang ayah dapat..sayu hati ni ayah...lihat pantai saya nampak bayang ayah di mana saja....semoga Allah merahmati mu....terima kasih ayah atas segala kasih sayang ini...ayah tetap hidup dalam hati saya...
Ayah.takdir rupanya saya tidak dapat bertemu dengan ayah buat kali terakhir...inilah pembalasan yang saya terima kerana semasa hayat ayah saya bukan anak yang terlalu berjasa pada ayah...apa yang terharu lafaz ayah memaafkan kami anak- anak serta isteri ayah amat terkesan di jiwa...tentangnya melihat ayah pergi...seolah- seolah tersenyum itu lah pengubat duka saya...semoga ayah damai disana...
Langgan:
Catatan (Atom)