Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 25 Mei 2018

Contoh Tesk Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kampong Jawa 2018


ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2017

TARIKH : 25 MEI 2018  (JUMAAT)
MASA : 9.00 – 12.00 PETANG
TEMPAT : SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TETAMU KEHORMAT : YB Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sungai Kandis


BIL
MASA
PERGERAKAN/ AKTIVITI
TINDAKAN
1
9.00 am
Semua AJK bergerak untuk berada di tempat masing-masing

Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk penyambut tetamu bersedia  

AJK pendaftaran mengambil tempat.

Peralatan siaraya diperiksa.

Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa

Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah
AJK pendaftaran
AJK Siaraya
AJK kebersiahan
AJK persiapan tempat
2
9.40 am

SEBELUM MULA MAJLIS
Assalamualaikum  salam sejahtera  Sidang hadirin sekalian
Bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan penuh gemilang,izinkan pihak majlis memaklumkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

Pertama
Sukacita mendapat  kerjasama para  hadirin yang membawa telefon bimbit untuk mengaktifkan mode senyap telefon masing-masing.Sila pastikan sekarang telefon bimbit  berada dalam mode yang telah dinyatakan tadi.
Kedua
Sebaik sahaja diumumkan perarakan masuk  tetamu kehormat ke dalam dewan,para hadirin mohon untuk berdiri sebagai tanda hormat sehinggalah mereka sampai ke tempat duduk masing-masing.Sebaik sahaja VVIP tiba ke tempat duduk,lagu Negaraku akan terus dimainkan.
Para hadirin juga diingatkan berdiri sekali lagi ketika VVIP dan rombongan meninggalkan dewan.
Ketiga
Para hadirin dimohon tidak meninggalkan dewan sehingga majlis selesai.Sekiranya hadirin perlu untuk keluar,hadirin dimohon keluar dengan tertib.
Keempat
Para hadirin tidak dibenarkan bangun meninggalkan tempat duduk untuk mengambil atau merakam gambar di dalam dewan ini sepanjang majlis berlangsung.
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan semoga majlis ini nanti dapat berjalan dengan jayanya. Terima kasih atas keprihatinan siding hadirin sekalian

AJK peralatan

3
9.00 am
- Ketibaan tetamu jemputan  
- Jemputan ke ruang menunggu
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis



AJK Penyambut tetamu
En Razak


4
9.15 am
Guru-guru telah beratur membentuk laluan.

VVIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di tengah-tengah pembawa bunga manggar. Pasukan kompang berada di belakang VVIP.

VVIP dibawa perlahan-lahan memasuki dewan.

Pembawa bunga manggar hanya berdiri di luar dewan.

Pengumuman

Hadirin Sekalian . Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri  Sungai Kandis yang diiringi masuk oleh Yang  Berusaha , Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib , Pengetua SMK Kampong Jawa bersama Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris, Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa bersama para Tetamu Khas yang lain. Sidang hadirin dipohon berdiri ”


Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.

Sambutan
AJK persembahan

AJK Protokol
5
9.25 am
VVIP telah sampai di tempat duduk

Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan.

Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada VVIP

Persembahan selamat datang

Pengumuman

“Sidang hadirin ! nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi .
Nyanyian lagu Negaraku berkumandang dan dinyanyikan oleh bersama tetamu serta hadirin

Terima kasih..hadirin dipersilakan duduk.


PERSEMBAHAN SILAT

Demikian tadi persembahan  seni silat gerak pendekar seirama dan sembah hormat daripada pelajar-pelajar SMK Kampong Jawa di bawah pimpinan G.M.S.P Muzafar Shah bin dato Prof Haji Mustafa Kamil. Di bawah Persatuan Perguruan Seri Penchak Melati Puteh  Malaysia.

Terima kasih diucapkan.



Bacaan Doa

Duduk bersama satu tujuan
Indah Majlis Gilang Gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan
.

Bagi memberkati lagi majlis kita yang penuh bersejarah ini,marilah kita sama -sama menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa , yang akan dipimpin oleh saudara MUHAMAD HAIKAL DANIEL BIN KHAIRAL ABIDIN dari Tingkatan 4 Arif .  Dipersilakan .”

Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b. Mohamad Salleh akan beredar dari tempat  juru acara.

Pengumuman

“Demikianlah bacaan doa yang telah dipimpin oleh  saudara MUHAMAD HAIKAL DANIEL BIN KHAIRAL ABIDIN.










Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
6
9.40 am
Juruacara memulakan majlis
Juruacara memberikan kata alu-aluan


ALUAN PENGACARA MAJLIS

Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon ara
Tetamu sudah melangkah datang
Lafaz Bismillah pembuka bicara
,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Bunga gantang di jeti Peramu
Indah warnanya bagaikan bara
Selamat datang para tetamu,
Dengan Izin mulakan acara.
Indah malam kerana bintang
Terang purnama kerana mentari
Selamat datang kami ucapkan
Ke majlis Anugerah Kecemerlangan  sambutan dirai

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis bertambah seri

Hinggap minum di tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.


Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1. Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sungai Kandis
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa
3. Yang Berbahagia Pn Anita Binti Md Idris, YDP PIBG SMK Kampong Jawa
4. Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kg Jawa
5. Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa
6. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
7. Yang Berusaha Pn Nomala Binti Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kg Jawa
8. Yang Berusaha En Amir Syaifuddin Bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa
9. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
10. AJK PIBG , Guru-guru , Ibu bapa
11.Yang diraikan para pelajar penerima Anugerah kecemerlangan dan
 hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian .”
Pertama sekali marilah kita sama sama memanjatkan rasa penuh  syukur ke hadrat Allah S.w.t  kerana kita dapat sama-sama hadir ke  majlis yang penuh berbahagia ini.
Dan bagi pihak majlis kami  ingin mengalu alukan ketibaan  serta merakamkan penghargaan  dan terima kasih atas kehadiran   Yang Berhormat  Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sungai Kandis serta hadirin sekalian ke  i Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik  SMK Kampong Jawa untuk tahun 2017  
“Sidang hadirin , pada pagi ini 25 Mei 2018,warga SMK Kampong Jawa bersama semua ahli jawatankuasa PIBG berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan  Akademik SMK Kampong Jawa untuk tahun 2017. .
Untuk pengetahuan semua, SMK Kampong Jawa yang pernah dipimpin oleh 7 orang pengetua kini giat berusaha mencapai visinya menjadi menjadi pusat pembelajaran progresif dan cemerlang.
Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Selain pencapaian akademik, majlis pada pagi ini, Pejabat Pendidikan Daerah Klang berbesar hati mengurniakan sijil Anugerah Kehadiran Penuh kepada murid yang berjaya mencapai kehadiran penuh dari bulan januari 2018 hingga april 2018.

Juruacara
7
9.50 am
Ucapan Pengetua

Pengumuman:

Ucapan aluan pembuka kata
Ucapan aluan pembuka kata
Merai jemputan pemanis bicara
Agenda ucapan majlis bermula
Memulakan agenda ucapan tuan pengetua

Sidang hadirin yang dihormati ,
Memulakan bingkisan ucapan,Majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib, Pengetua SMK Kg Jawa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan penuh tunduk kasih  dipersilakan”
Setelah selesai ucapan alu- aluan Pengetua

Pengumuman:

“Demikianlah ucapan Yang Berusaha  Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib.Pengetua SMK Kampong Jawa. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih .”





















8
10.00 am
Ucapan perasmian

Pengumuman:
Hadirin dan hadirat  yang dimuliakan,

Saat dan ketika yang kita nanti-nantikan kini tiba
Dahan semulur dilapah bebiri
Batang jerami ,tunduk ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami.

Tuah tersenyum pada si teja
Duduk bersimpuh sambil bersila
Madah dihulur sembah diberi
Yang Berhormat santun dipersila


Sidang Hadirin yang dihormati

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan  Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sungai Kandis untuk menyampaikan ucapan beliau yang seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.”



“Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis  Anugerah Kecemerlangan Akademik  SMK Kampong Jawa 2017 pada pagi ini .”
(JK persembahan koir diminta bersiap sedia)





AJK persembahan

AJK Protokol



























10
10.10 am
Persembahan multimedia

Pengumuman:

“Sidang hadirin ,  majlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan multimedia hasil kreativiti Pn Umi Faiezah dan En Mohd Izzuan  “ 
Sama –sama kita saksikan.”

Setelah Persembahan multimedia

“ Demikianlah persembahan multimedia yang penuh informasi  hasil kreativiti Pn Umi Faeizah dan En Mohd Izzuan ”


11
10.15 am
Rehat

Pengumuman:

Yang Merah Itu Saga,
Yang Lorek itu Kendi,
Yang Indah itu Bahasa,
Yang Elok itu Budi


Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah pada pagi ini bermula dengan penyampaian anugerah Sijil Kehadiran Penuh PPD Klang.Untuk pengetahuan semua,SMK Kampong Jawa merupakan antara  19 buah sekolah menengah dan rendah yang terpilih untuk menjadi rintis bagi program anugerah kehadiran penuh anjuran PPD.Anugerah ini terdiri daripada dua fasa .Fasa 1 kehadiran penuh dari Jan hinggaApril dan fasa kedua kehadirann penuh dari Mei hingga Ogos.Anugerah ini diharapkan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.Untuk fasa 1 SMK Kampong Jawa telah menyenaraikan 168 orang kehadiran penuh dari Jan hingga April.Tahniah untuk anak-anak murid yang berjaya dan diharapkan dapat mengekalkan untuk fasa kedua.

Bagi merealisasikan acara ini, Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris diiringi oleh Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan anugerah.
Untuk makluman anugerah yang diberikan adalah dalam bentuk sijil.
 Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mempersilakan saudara:
(senarai penerima)


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada  Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris dan Yang Berusaha  Puan Puziah Binti Tuban kerana telah sudi menyampaikan anugerah.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Puan Puziah Binti untuk menyampaikan  cenderamata kepada Yang Berbahagia   Puan Anita Binti Md Idris.

JK PA Sistem:
Lagu instrumental semasa rehat
12
10.30 am
Penyampaian anugerah

Slot 1 :
PPKI, Peralihan, Tingkatan 1,Tingkatan 2 dan Tingkatan 4

Pengumuman:
Bertanam Lada berbatas Rimbun,
Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Sumur digali terbitlah airnya



Hadirin yang di hormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaandan kecemerlangan.Oleh itu murid-murid sepatutnya diberikan penghargaan.Semoga ia akan menjadi pencentus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah seterusnya dengan penyampaian anugerah kepada murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi diikuti oleh murid cemerlang peralihan , tingkatan 1,  tingkatan 2 serta tingkatan 4.Bagi merealisasikan acara tersebut , Majlis dengan berbesar hati menjemput ………………………………………………. diiringi oleh Yang Berusaha  Pn Noraizah Binti Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik  untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Untuk makluman ,penerima akan menerima plak dan sijil penghargaan.



## Rujuk SENARAI PENERIMA ###
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah ……………………………………………………………………..

Seterusnya anugerah …………………………………………………………………………..

Selanjutnya, anugerah ………………………………………………………………………………….
Berikutnya, anugerah ……………………………………………………………………………

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha ……………………………………….. dan Puan Noraizah Binti Mohd Nor kerana telah sudi menyampaikan anugerah.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Puan Noraizah Binti Mohd Nor untuk menyampaikan cenderamata kepada ……………………………………………..

Pengumuman:

.
Sarang merbah di pohon nangka
Manis madunya enak di makan
Majlis kini berehat seketika
Dendangan Angklung kami persembahkan..


“Sidang hadirin ,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini akan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada persembahan  iaitu persembahan Angklung daripada Pelajar Program pendidikan khas dan integrasi  SMK Kampong Jawa“ di bawah bimbingan  Pn Illiana Syazni binti Ibrahim dan Pn Nor Afifah bt Yaacob dengan tajuk lagunya “Tian mi mi
Selesai persembahan:
Demikianlah tadi persembahan yang begitu semangat daripada pelajar-pelajar  PPKI SMK Kampong Jawa.
Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing dan pelajar  atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.





13
10.50 am
Slot 2:
Anugerah murid cemerlang pt3, SPM dan tokoh murid

Pengumuman:

Melati kuntum berhias rotan
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang kita teruskan
Pelajar bertuah kita hargai.

Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita kini berjaya
Jika disulami tekad dan semangat waja


Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah seterusnya ialah penyampaian anugerah kepada murid murid cemerlang  pt3, dan SPM, Panitia Cemerlang Peningkatan Peratus dan GPS serta Panitia Cemerlang Lonjakan Saujana, . Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha  Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib, Pengetua SMK Kg Jawa mengiringi  Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sungai Kandis untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penerima Anugerah  Cemerlang akan menerima , Plak  berserta Sijil Penghargaan. Mana kala Penerima Anugerah Tokoh  murid dan anugerah calon SPM Pend.khas akan menerima plak ,sijil dan berserta dengan hadiah iringan.


## Rujuk SENARAI PENERIMA ###

Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah …………………………………………………………………..

Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah ………………………………………………………………………

Seterusnya anugerah ……………………………………………………………………………


Hadirin yang dihormati sekalian,

Pihak sekolah berasa bangga diatas prestasi dan pencapaian SPM bagi tahun 2017. Beberapa panitia telah mencapai peningkatan yang cukup membanggakan dan panitia yang masih mengekalkan rekod pencapaian kelulusan 100 %. Dengan ini, majlis mempersilakan wakil panitia ……………………………………. untuk menerima anugerah peningkatan GP dan peratus. Peningkatan GP sebanyak ……… dan ………..% kelulusan.
Seterusnya panitia ………….. Peningkatan GP sebanyak …………. dan …………… % kelulusan.

Berikutnya panitia ………………………. Peningkatan GP sebanyak ……………. dan ………..% kelulusan.
Diikuti oleh panitia …………... Peningkatan GP sebanyak …………. dan ………… % kelulusan.

Seterusnya , penyampaian anugerah panitia cemerlang lonjakan saujana. Untuk makluman Yang berhomat dan hadirin sekalian, anugerah ini diberikan kepada panitia yang telah mencapai peningkatan prestasi dalam peperiksaan SPM 2017 sebanyak 20 % peningkatan peratus kelulusan.
Dengan ini, majlis mempersilakan wakil panitia ……………………
Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah ……………………………………………………………………………

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Pengumuman:

Sidang hadirin yang dihormati , kini tibalah saat yang dinantikan , kemuncak Penyampaian Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa Tahun 2017 bagi Anugerah Calon Bekeperluan Khas Terbaik SPM negeri Selangor 2017.sertaAnugerah Tokoh Murid  


Anugerah Calon Bekeperluan Khas Terbaik SPM negeri Selangor 2017

Tokoh Murid


Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei dan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Sebagai tanda terimakasih  sekalung budi Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib ,Pengetua  SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan cenderahati kepada yang
 Yang Berhormat Tuan Haji Shuhaimi Bin Haji Shafiei.

Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat yang telah dipilih sebagai ADUN Sungai Kandis.   


14
11.15 am

Hadirin yang dihormti,
Sesungguhnya ilmu itu sungguh mahal harganya. Maka hargailah serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba selama hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam. Usahlah mudah berputus asa sepanjang proses menimba ilmu. Kerana setiap hari , kita akan mempelajari banyak ilmu baharu samada secara sengaja mahupun tidak.



AJK Jamuan
14
11.20 am
Selesai

Pengumuman:
PENUTUP:

Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kg Jawa untuk sesi 2017.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar -pelajar yang menerima anugerah pada hari ini .semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang yang diceburi di hari-hari mendatang .Renungilah kata-kata seorang cendekiawan “ kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa”`.

Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan.

Terima kasih sekalung budi
Daripada kami seikhlas hati

Dengan ini ,majlis memohon kemaafan atas segala keterlanjuran ,kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabilah taufik walhidayah assalamualaikum dan salam sejahtera.




15
11.30 am
Majlis bersurai



PENGUMUMAN:
MOHON PENERIMA ANUGERAH SPM UNTUK BERKUMPUL DI LUAR DEWAN BAGI SESI FOTOGRAFI BERSAMA VIP DAN PENTADBIR. GURU-GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL UNTUK SESI FOTOGRAFI JUGA