Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 20 September 2015
Pernah tak
Hargailah sementara masih ada
KITA TIDAK MENGHARGAI
benda depan mata
kita tak nampak
PENGORBANAN dia
Sehingga nanti
dia lenyap ,hilang dan tiada
dan
tiba-tiba terasa kehilangan
sesuatu dan saat itu kita mula
RINDUKAN DIA.
apakan daya
dia tiada lagi di depan mata
untuk kau luahkan segala
saat itu kau akan rasa
peritnya LUKA..
-Anak Pantai-
Satu Tanda
Resepi pucuk paku goreng
1 ikat pucuk paku
Beberapa ekor ikan bilis
I camca besar sos tiram
Garam dan gula
Sedikit air
3 ulas bawang putih di ketuk
Cili halus dihiris
Panaskan minyak.tumis bawang putih dan ikan bilis.cili yang dihiris.
Masukkan sos tiram.air dan sedikit garam dan gula.
Masak sekejap.rasa ok dan angkat
Resepi Sup Ayam Sedap
Bahan
Beberapa ketul ayam
1/2 inci halia -ditumbuk
3 ulas bawang putih- ditumbuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji buah tomato dibelah 4
Kentang dipotong 6
Air secukupnya
Gatam secukup rasa
Daun sup/ daun bawang
Caranya
Bersihkan ayam dan toskan
Panaskan minyak tumis semua bahan hingga naik bau
Masukkan air
Masukkan ayam
Masukkan kentang.
Masukkan tomato
Masukkan garam dan perasa
Taburkan dengan daun sup dan bawang goreng
Resepi Kari Kepala Ikan Merah
BAHAN
kepala ikan merah
2 sudu rempah cap BABaS
2 sudu rempah kari ikan Peladang
1 sudu halba
3 ulas bawang halia..dimayang halus
Sedikit halia..dimayang halus
5 ulas bawang merah..dimayang halus
2 tangkai daun kari
4 biji belimbing buluh
Air
Asam jawa
Gula.garam secukup rasa
2 biji bawang besar
1 biji tomato
Caranya
Tumiskan halba.daun kari dan bawang .halia uang telah dimayang halus.
Masukkan rempah yang sudah dibancuh dengan air.
Masukkan air..ni kari tanpa santan.
Biarkan hampir mendidih masukkan ikan.
Masukkan gula .garam atau serbuk perasa
Tunggu hingga nampak pecah minyak.tutup api dan bolehlah hidangkan..
Inilah salah satu menu tengahari tadi..
Sira Pisang Terengganu
1 sikat pisang kelat siam
Gula secukupnya
Secubit garam
Beberapa kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Sedikit air
Pisang di potong 2 atau3
Masak air dengan gula.sedikit garam dan bunga cengkih..tunggu mendidih masukkan pisang
Masak dengan api sederhana sehingga pisang lembut dan berkilat.
Inilah menu kami petang ini..
Sangat mudah dibuat tapi disukai oleh semua.
Beberapa sebab punca mengatuk
Sedih sungguh melihat situasi murid yang tidur di dalam kelas sewaktu menjawab soalan peperiksaan...
Rasanya..sepanjang persekolahan dulu aku tidak pernah tidur waktu peperiksaan berlangsung...
Sedihkan kalau ibu bapa tahu yang anak pergi sekolah tapi tidur...kenapa ya...
Rasanya beberapa faktor ini adalah puncanya
× tidak cukup tidur..terlalu lama berjaga melayari laman-laman sosial.
× tidak ada matlamat dalam hidup..tiada cita-cita....
× pengaruh rakan dan mudah terikut kawan..kawan tidur aku tidur...barulah geng .
×boring dan suasana kelas sendiri menyumbang tiada semangat untuk belajar
× tiada tindakan tegas dan motivasi dariada guru..nak tidur ..tidurlah janji tidak bising dan ganggu kawan.
× tak ambil sarapan pagi..mungkin yak sempat sebab bangun lambat atau mungkin mak tak masak.datang sekolah dengan perut kosong.
×tidur berlebihan juga menyumbang risiko mengantuk di siang hari dan di dalam kelas.
× boring tengok penampilan guru dan tiada ciri kasih sayang..
×makan terlalu bànyak akan menyebabkan kita lemah..jangan makan banyak sangat.
×kurang darah merah. Atau anemia akan menyebabkan kita lemah .sesak nafas.sering berdebar-debar..
× kurang minum air masak juga menjadi faktor kita mudah rasa mengantuk...jadi bawalah bekal air kosong banyak- banyak kat sekolah..
-ANAK PANTAI-
Ingatan Daripada Mantan Pengetua
Terharu saya menerima ucapan hari lahir dari mantan pengetua SMK DEMAK BARU
hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat cikgu
..
Segala jasa dan pengorbanan cikgu tetap akan dikenang dan terpahat di hati