Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 9 Januari 2015

Nak bahagia ke???

KEBAHAGIAAN  AKAN DIDAPATI SEKIRANYA MASING-MASING BERUSAHA UNTUK MENCAPAINYA
USAHA MESTI BERSUNGGUH -SUNGGUH
HATI MESTI IKHLAS
JANGAN BERPURA-PURA SEMATA -MATA UNTUK MENARIK PERHATIAN UNTUK DI KASIHANI
JADILAH DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN PASTI AKAN TERIMA KAMU DENGAN HATI TERBUKA..

Kenangan Dapur Kayu

Ramai diantara kita pernah merasa dan berpengalaman menggunakan dapur kayu seperti ini kan
Begitu juga pada diri ini..melihat gambar dapur kayu ini mengingatkan aku pada tahun- tahun 70an.80an dan 90an yang mana ketika itu aku di alam kanak-kanak dan remaja..
Kesempitan hidup keluarga ketika itu memungkinkan kami tidak merasa dapur gas atau dapur minyak tanah..
Bila masak di dapur bukan sahaja tangan comot dan hitam tetapi muka tidak ketinggalan di makeupkan dengan arang dan debu-debu kayu.terconteng di pipi itu perkara biasa.mata berair kerana sukar hidupkan api adalah setiap hari dialami.terkadang rasa malas tahap gaban bila waktu hujan kayu api basah..masa itulah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menyalakan api.
Kerana dapur kayu api ni juga dapur rumah ku terbakar tapi nasib baik dapat diselamatkan oleh orang kampung.ini kerana kenakalan salah seorang kakak dan abang aku bermain masak-masak ketika mak berusaha mencari sesuap nasi dengan mengambil upah mengukus laksam dirumah orang...
Dapur kayu juga meninggalkan satu kenangan bila mana ketika aku tercuai didapur..ketika air yang aku masak tertumpah keseluruhannya di atas peha kiri aku..melompat bagai monyet aku ketika itu menahan kesakitan...dan sejam kemudian airmata mula keluar dan aku menangis kerana tidak tahan kepedihan nya..bila tengok parut ni...aku tersenyum sendiri...itulah antara kenangan yang kurasa mahal untuk sebuah kehidupan..

Mood kerja tolonglah datang

Sudah mula mencuba memasukkan mood kerja..tiada lagi masa untuk negum2.duk meroyan dll...
Dah lama tersedar masa begitu pantas berlari tapi sayangnya biarkan ianya pergi begitu sahaja tanpa aku kejari...

Dalam kepala sudah bermain bermacam -macam perkara yang difikirkan
Rancangan tahunan dan harian belum lagi terusik..apatah lagi rancangan harian untuk hari isnin ini
Rancangan untuk HEM.Rancangan untuk Kelab Staf..Rancangan untuk projek keusahawanan dan fertigasi dan pelbagai lagi..
Tahun ini banyak jugak tanggungjawab untuk aku laksanakan..rasa mcm tak mampu..tapi aku akan cuba hadapi  semampu yang dapat aku lakukan.

Kawan
Hidup ini indah ....kalau kita rasa ok dalam apa sahaja yang kau lakukan...

Tingkalaku kita pada zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak kita selalunya perkara-perkara yang macam ini sering kita lakukan..bila diingat dan dikenang....terharu pula...
Ini copy paste daripada orang lain yang sent pd saya.

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak? Mustahil tidak pernah terjadi. Rugi kalau x tengok. Jom tgk:-

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo 'free', lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air 'time' tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan 'chewing gum'. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit 'nugget' dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir 'sticker' lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli 'sharpener' yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19. Hembus nafas kat cermin tulis 'saya sayang awak.'

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila 'blackout', pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

28. Anda mesti tgh senyum sorang2 bila anda baca memori kat atas ni...

#salin klu pernah ada buat sume ini.. saya salin sbb saya tahu anda mesti pernah buat.. hihihi.. kenangan..😘

Rasanya semua kat atas tu aku pernah buat...rindunya zaman kanak-kanak dulu kan😂😂😂😂