Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Jumaat, 9 Januari 2015

Kenangan Dapur Kayu

Ramai diantara kita pernah merasa dan berpengalaman menggunakan dapur kayu seperti ini kan
Begitu juga pada diri ini..melihat gambar dapur kayu ini mengingatkan aku pada tahun- tahun 70an.80an dan 90an yang mana ketika itu aku di alam kanak-kanak dan remaja..
Kesempitan hidup keluarga ketika itu memungkinkan kami tidak merasa dapur gas atau dapur minyak tanah..
Bila masak di dapur bukan sahaja tangan comot dan hitam tetapi muka tidak ketinggalan di makeupkan dengan arang dan debu-debu kayu.terconteng di pipi itu perkara biasa.mata berair kerana sukar hidupkan api adalah setiap hari dialami.terkadang rasa malas tahap gaban bila waktu hujan kayu api basah..masa itulah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menyalakan api.
Kerana dapur kayu api ni juga dapur rumah ku terbakar tapi nasib baik dapat diselamatkan oleh orang kampung.ini kerana kenakalan salah seorang kakak dan abang aku bermain masak-masak ketika mak berusaha mencari sesuap nasi dengan mengambil upah mengukus laksam dirumah orang...
Dapur kayu juga meninggalkan satu kenangan bila mana ketika aku tercuai didapur..ketika air yang aku masak tertumpah keseluruhannya di atas peha kiri aku..melompat bagai monyet aku ketika itu menahan kesakitan...dan sejam kemudian airmata mula keluar dan aku menangis kerana tidak tahan kepedihan nya..bila tengok parut ni...aku tersenyum sendiri...itulah antara kenangan yang kurasa mahal untuk sebuah kehidupan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!