Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 9 Januari 2015

Tingkalaku kita pada zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak kita selalunya perkara-perkara yang macam ini sering kita lakukan..bila diingat dan dikenang....terharu pula...
Ini copy paste daripada orang lain yang sent pd saya.

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak? Mustahil tidak pernah terjadi. Rugi kalau x tengok. Jom tgk:-

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo 'free', lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air 'time' tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan 'chewing gum'. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit 'nugget' dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir 'sticker' lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli 'sharpener' yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19. Hembus nafas kat cermin tulis 'saya sayang awak.'

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila 'blackout', pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

28. Anda mesti tgh senyum sorang2 bila anda baca memori kat atas ni...

#salin klu pernah ada buat sume ini.. saya salin sbb saya tahu anda mesti pernah buat.. hihihi.. kenangan..😘

Rasanya semua kat atas tu aku pernah buat...rindunya zaman kanak-kanak dulu kan😂😂😂😂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!