Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 20 Januari 2015
Tabahkan Hati Bila Ujian Menghampiri
Ombak.....tiba-tiba rindu kamu
Petang ni jiwa rasa nak tengok sangat pergerakan ombak..mungkin jiwa dalam keresahan..kalau duduk di kampung dulu-dulu pastilah ombak tempat aku luah perasaan..walaupun ombak itu tidak mengerti perasaan tapi hati ini .tapi hati akan tenang apabila segala keresahan dan kesedihan dapat dilepaskan pada ombak dan pantai...ia ibarat teman yang paling rapat dalam hidup ini..apakan daya tika dan saat ini berpisah jauh aku dengan ombak dan pantai..
Mak....rindu ini untukmu...
Ayah sendu dihati sayu di jiwa mengenangimu...semoga dirimu tenang diàlam sana
Senyumlah
Senyumlah
Satu dunia akan tersenyum dengan mu
Senyum selalu
Tiada siapa yang akan menyakitimu...
Biarpun terkadang senyumanmu itu tidak balas.
Ingatlah..lontarkan senyuman sembunyikan kelukaan...
Cuti...bukan kemahuan fikiran.
Hari ini terpaksa mencutikan diri ...rasa malu tebal je muka kena bgatahu pengetua mohon cuti sebab pengasuh anak tidak datang kerana terlibat dengan banjir.semalam suami dah mencutikan dirinya..hendak tak hendak giliran aku pulak yang bercuti..
Dalam hati dah berkira nak melakukan pelbagai kerja...tapi balik dari hantar aimy ke sekolah..kepala tiba-tiba berdenyut dan tanda-tanda migrain mula menyerang..buja handbag telan ubat tahan sakit...dan aku pun tertidur berjam-jam biarkan azib bermain seorang....
Kita merancang Allah tentukan😂