Jangan anggap hidup kita biasa-biasa sahaja.kita pasti diuji atau dilambung ombak kehidupan .Namun ujian Allah petanda sebuah cinta dan rindu buat hamba-Nya Sampai masa dikirim -Nya ujian hati kepada kita.saat itu bersedialah wahai hati
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.