Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 18 Disember 2009

Sekadar renungan

CABAR DIRI UNTUK BERJAYA

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… “. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ’standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ’standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ’standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ’standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ’standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ’standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ’standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ’standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ’standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003








“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi”
[Abu Tayyib al-Mutanabbi]


Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

Dari kaki tangga ke pintu menara (catatan 5)

Bermulalah perjuangan ku di universiti..tak sangka aku bergelar jua mahasiswi UKM..Majlis orientasi bermula..ada beberapa peristiwa lucu yang berlaku...sangat manis bila aku kenang hingga saat ni.Kebetulan kawan sebilikku belum sampai, aku berkenalan dengan orang yang bersebelahan dengan bilikku bernama Zuliani.Dia berasal dati Tanah Merah,kelantan.Kiranya dialah insan pertama yang menjadi kenalan dan sahabatku di UKM..Pada pukul 5 petang semua kami mesti berkumpul di dataran untuk mendengar taklimat..aku tak biasa dengan pintu bilik yang mempunyai tomboi..maklumlah rumahku yang tak layak dipanggil rumah manalah ada tomboi pintu..rupanya masalah yang sama juga dihadapai oleh kawanku Zu..aku tak tahu bagaimana nak kunci bilik.sebabnya bila aku keluar bilik, aku masukkan anak kunci untuk mengunci pintu tapi pintu itu terbuka balik.beberapa kali aku ulang..kesudahannya aku tinggalkan bilik tidak berkunci.
Malam pulak masalah lagi hinggakan anak kunciku dah belok hasil ujikaji ku dengan Zu.Akhirnya ku dapat jugak caranya,rupanya pintu itu bila nak keluar tekan saja tomboi tu dan tak payah masukkan kunci lagi..Aku dan Zu pergi berjumpa dengan Abang Fauzi untuk menukarkan kunci .Aku menipu dengan memberitahu kunci itu dah belok masa aku dapat petang tadi....

Pengalaman lucu yang kedua masa orientasi, aku yang tidak pernah tinggal di asrama manalah tahu akan ada aktiviti latihan kebakaran yang akan dilakukan bila-bila masa.Siang hari itu,aku dimaklumkan oleh ajk akan sentiasa bersedia apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran.Rupanya dia telah memberi gambaran akan ada latihan kebakarana nanti.Malam itu kami tidur awal..tepat pukul 3 kedengaran suara orang menjerit " api-api cepat lari ke dataran " aku membuka tingkap lalu kkucari dimana asap tapi tak kujumpa.aku mengambil keputusan selamatkan dulu sijil-sijil dan wang ku..selepas itu kulihat lagi tapi masih belum nampak apa-apa, justeru aku mengambil semua barang-barang dan pakaianku. dua beg aku bawak ke dataran.Fuhh lega aku dapat selamatkan barangku daripada terbakar.Tapi aku fikir jugak kenapa rakan sebilikku buat selamba je bila aku caka ada kebakaran.Dia langsung tak kemas barang.Sudahnya aku yang tertipu.Hanya aku dan beberapa orang yang bawak barang ke dataran..Malunya...rupanya hanya latihan kebakaran,patutlah yang dah biasa tinggal di asrama buat relak je...

Dari kaki tangga ke pintu menara(Catatan 4)

Masih ku ingat segala suka duka untuk aku mendapatkan segulung ijazah ini..terlalu sukar rupanya setiap kejayaan untuk dicapai.banyak dugaan dan cabaran perlu harungi.Perlukan satu kekuatan untuk menempuh ujian yang ditakdir......

Bermula episod untuk membuat persediaan sebelum ke universiti..ujian sudahpun bermula..emak dah buntu untuk mencari dan mendapatkan wang yang banyak untuk aku membiayai yuran dan membeli peralatan yang akan di bawa k UKMi ..Alhamdullillah..insan yang telah mengisi borang permohonan U dulu,mak nya telah sudi meminjamkan wang kepadaku sebanyak RM1000 untuk kegunaan aku di sana nanti dan membeli apa-apa yang perlu..Katanya bila aku dah dapat kerja nanti barulah fikir untuk aku bayar balik duit tersebut..Selesai satu masalah..Aku juga berusaha mendapatkan pinjaman dan bantuan daripada Yayasan Terengganu,..kuuruskan sendiri tanpa bantuan ayah yang tidak memperdulikan kesusahan ku ke U...Yayasan berjanji akan menjelaskan pembayaran yuran ku di sana..

Masalah pakaian juga menggangguku..Selama persekolahanku emak tidak pernah membeli pakaian baru untukku hingga aku tingkatan 6 aku masih memakai pakaian pemberian orang.kasut koyak dah menjadi biasa bagiku dan cukup cantik untukku dulu.Rupanya ke U juga aku masih memakai pakaian orang.Keluarga yang menolongku mengisi permohonan U dulu turut sama memberikan beberapa pasang baju yang terpakai kepadaku untuk di bawa ke U nanti.Selamatlah masalah baju dan lucunya aku membawa hanya 5 pasang baju sahaja dan hanya 2 helai tudung yang ku bawa.Itupun warna putih dan hitam.

Saat ke U tiba jua..aku telah ditemani oleh kakakku dan ayah lantaran orang lain tidak biasa ke Kuala Lumpur.Dalam hatiku melonjak riang kerana aku tak sabar untuk meninggalkan terlalu banyak duka yang berada di sini...Selamat tinggal penderitaan.

Sampai di Kuala Lumpur dan seterusnya bas membawa terus ke UKM Bangi.Memandang aku sampai awal iaitu dalam pukul 5 pagi sedangkan pendaftaran hanya bermula pada pukul 2 petang,jadi ayah mencadangkan ku tunggu sahaja di masjid UKM.Ayah meninggalkan aku dan kakak dimasjid dan dia keluar ke kuala Lumpur tanpa membelikan apa-apa makanan untuk kami berdua..Laparnya Tuhan saja yang tau...ayah ..hingga ke saat inipun kau masih tidak berubah untuk sekejap demi aku..ayah membiarkan kami tanpa makan dan minum hingga tiba ke saat pendaftaran..Pukul 2 kucari ayah..tapi ayah masih tiada..Aku membuat keputusan untuk membuat pendataran tanpa menunggu ayah...Sudahlah perut berkeroncong kerana belum makan dari malam tadi..kesian jugak kat kakak tapi apa boleh buat aku juga tak mampu untuk menolong...Setelah berbaris panjang dan menanti terlalu lama,tibalah giliran untuk aku membuat proses pendaftaran..pegawai yang bertugas memberitahu kepadaku bahawa aku belum lagi menjelaskan yuran.Dia tanya kepadaku berapa yang aku bawa.Aku katakan padanya aku hanya membawa duit sebanyak RM700 sahaja.Beliau mencadangkan kepada ku pergi ke PUSANIKA untuk membayar RM500 dahulu..kalau tidak aku tidak diterima untuk mendaftar..Ya Allah..ujianmu masih belum berakhir...kebetulan jam sudah menunjukkan hampi pukul 3.30 ,aku kena cepat sebelum bank tutup.

Aku terus keluar DEKTAR dan mata terus mencari-cari di mana ayah..Lautan manusia terlalu ramai.Bayang ayah dan kakakku tidak kujumpa walaupun 7 kali aku mengelilingi dewan yang cukup besar itu..Hampa..aku mengambil keputusan buang rasa malu dan terus berjumpa dengan seorang pegawai keselamatan..dengan airmata bercucuran kuceritakan masalahku padanya.Dia membawaku ke Pusanika dengan menaiki motosikal...terima kasih banyak-banyak atas curahan budimu...akan ku kenang hingga akhir hayatku..

Sampai di Pusanika..dugaan lagi ,aku mencari-cari di mana letakkan Bank .Bentuk bangunan pusanika begitu menguji kesabaran ku..Sudahlah masa suntuk,aku perlu cepat..Berpeluh-peluh mukaku barulah aku jumpa..Selesai membuat pembayaran diuji lagi.Aku tidak jumpa jalan keluar..cari dan cari akhirnya aku dapat keluar dari Pusanika dan aku dengan muka tak malu berlari dan terus berlari ke DEKTAR.Sampai muka berpelh dan berminyak terus aku diarahkan mengambil gambar untuk buat kad matriks.Sudahnya gambarku tak dapatku cerita...berminyak muka ku di dalam gambar...terima jelah..bukan senang nak senang ..inilah yang harus aku pegang sentiasa..Selesai proses pendaftaran ..aku di bawa dengan b as ke Kamsis Ungku Omar..Hati dah tak sabar...Seolah-olah duduk kat UKM ini aku dah tak susah lagi...Sedih jugak nak berpisah dengan kakak yang terlalu banyak berkorban untukku..tapi hati aku cukup girang bila bersalam dengan ayah..kerana aku dah tak sabar untuk berjauhan dengannya..Sedih dengar citer kakak..ayah langsung tak berikan kakak, makan hingga malam barulah kakak dapat makan satu burger..Ya Allah , manusia jenis apakah ayah ku ini...